Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini, mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap dua suspek kes dera.
Suspek merupakan seorang ibu dan teman lelakinya yang dipercayai suspek utama kes dera di Flat Paya Nahu. Menurut portal Bernama, aduan diterima pihak Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan pada awal pagi tadi seterusnya membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun. Lebih menyayat hati, mayatnya ditemukan dalam keadaan berbalut dengan selimut dan disorokkan di dalam tong ikan dalam bilik di rumah berkenaan.
Kakak mangsa yang berusia 4 tahun dipercayai turut menjadi mangsa dera dan ditemukan dengan pelbagai kesan lebam dan kecederaan di tubuhnya. Menurut Astro Awani, Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Dan 325 Kanun Keseksaan. - CARI
|
5
Bagus |
9
Marah |
1
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manehnya replied at 24-11-2016 03:34 AM
x sangup membaca............... sedih.............. why... whyy.............
betina, plz la k ...
ADVERTISEMENT