CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lubang Gergasi Di Jepun Mendap Semula, Datuk Bandar Fukuoka Minta Maaf

29-11-2016 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12714| Komen: 104

Lokasi lubang benam yang dibaiki dalam tempoh seminggu di Jepun baru-baru ini terpaksa ditutup semula apabila tanah di kawasan itu mendap semula.

Memetik kenyataan Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima di Facebooknya, rangkaian televisyen CCN melaporkan Takashima terpaksa meminta maaf apabila jalan tersebut ditutup semula selepas permukaan tanah mula tenggelam kira-kira 6.8 sentimeter.

Masalah tersebut timbul pada Ahad lalu sehingga menyebabkan berlaku kesesakan teruk kerana lubang benam itu terletak di kawasan persimpangan yang sibuk.

Selain itu, Datuk Bandar Fukuoka itu turut minta maaf kerana tidak mengeluarkan amaran kepada penduduk tentang kejadian terbaharu itu.

Menurut laporan CNN lagi, pakar telah menjangkakan berlaku pergerakan memandangkan simen dan tanah digunakan dalam kerja-kerja pemulihan tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tempoh yang diperlukan pihak berkuasa Fukuoka untuk membaiki semula jalan itu.


Terdahulu, rata-rata media tempatan dan luar negara memuji kepakaran Jepun untuk membaiki lubang benam seluas 30 meter lebar dan 15 meter dalam di Fukuoka, barat daya negara itu dengan hanya menggunakan tempoh masa 14 hari sahaja.- CARI

Add Image Caption Here

19

Bagus
19

Marah
25

Terkejut
28

Sedih
24

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (134 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 29-11-2016 12:28 PM
kalau kat jepun, dah lama dah pemimpinnya bunuh diri/letak jawatan..







eh jap..
Quote rospinki 29-11-2016 12:32 PM
ada kaitan barangkali dgn sumpahan gergasi filem ultraman..kan..sebijik mcmfilem ultraman tiba2 ditengah2 bangunan berlubang dan keluar giant menghancurkan kota metropolitan..tittt tittt tiitt otoman datang..swashhhh!
Quote Changa 29-11-2016 12:42 PM
CARI-LTS replied at 29-11-2016 12:27 PM
Lokasi lubang benam yang dibaiki dalam tempoh seminggu di Jepun baru-baru ini terpaksa ditutup semul ...

Apa kata acik acik kepam sekalian?  
Quote TuntungReturn 29-11-2016 12:43 PM
ni mest syarikat kroni yg buat ni
Quote shamsadis 29-11-2016 12:44 PM
dulu bila ada yang memuji bab ni, aku gelak je ko ingat boleh kambus begitu sahaja, elok la tu, kambus lagi, esok lusa mendap lagi, kambus lagi, mendap lagi
Quote HazeLJoseph 29-11-2016 12:48 PM
Bahaya juga tengok gaya mendap dia
Quote oppol 29-11-2016 12:58 PM
Jepun kaki songlap...
Quote oppol 29-11-2016 01:00 PM
Ingatkan jepun ni dah maju...
Quote chinta89 29-11-2016 01:04 PM
kalau kat mesia, ade ke yg nk mtx maaf bagai???
Quote FARRAZOOL 29-11-2016 01:07 PM
chinta89 replied at 29-11-2016 01:04 PM
kalau kat mesia, ade ke yg nk mtx maaf bagai???

Memang idokkk lerr jawapannya
Quote kemaruk 29-11-2016 01:08 PM
so, shinzo abe dah letak jawatan lom?
Quote gekkou 29-11-2016 01:12 PM
at least usaha la juga nk pulihkan dalam kadar yg segera
at least usaha la juga nk minta maaf sbb kejadian berulang/ berlaku
entah2 esok2 letak jawatan


kalau di mesia?
(nk juga aku bandingkan  ...)
Quote gaara_X 29-11-2016 01:15 PM
sekurangnya menteri bertanggungjawab...bukan main salah sana sini....ahaks!!
Quote damian_lee 29-11-2016 01:22 PM
mana group ... "Kalau kat Malaysia ......... " ... ????
Quote Changa 29-11-2016 01:26 PM
damian_lee replied at 29-11-2016 01:22 PM
mana group ... "Kalau kat Malaysia ......... " ... ????

set set batak luar negeri kekdahnya.
macam peghak sangat dengan luar negeri gitu konsep nya.

akak pernah cikcur a few negara maju, namun begitu akak tak ada la nak rate tanah air ibu pertiwi ini teruk, ok ok jah bagi akak.
tak semua benda di negara maju itu bagus, ada jah benda yang lagi haus dari tanah air ini
Quote imthegirl 29-11-2016 01:29 PM
Akak mula tengok yg dorang share beria ria kat fb tu akak dah cakap dalam hati ni seminggu dua mesti jadi balik. Ko ingat nak baiki jalan mendap gitu main korek tanah lombong pastu turap tar je ke. Kalau kambus tanah pastu simen memang la siap dalam 3 4 hari
Quote chinta89 29-11-2016 01:29 PM
FARRAZOOL replied at 29-11-2016 01:07 PM
Memang idokkk lerr jawapannya

sentap kalau set set tu baca
Quote lkick2113 29-11-2016 01:35 PM
mana forumner yg berlagak macam engineer semalam kata tanah runtuh kat serendah tu makan berbualan nak baiki....kat jepun kununnya seminggu baiki, then mendap semula, mana???? nak cakap kontraktor kroni???? cer tunjuk muka sikit kat thread ni.....aku nak tgk....
Quote batman_2007 29-11-2016 01:36 PM
Ok la tu. Usaha tu penting dri 24jam mencapub sajork.
Mesti gov mereka sdg usaha lebih keras lg

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.052211 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top