CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Kahwin Bajet Tetap Disayangi", Lelaki Ini Kongsi Tips Lucu Tapi Berguna

29-11-2016 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8763| Komen: 23|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sumber Foto: IG Kotakchenta

Musim cuti sekolah dah tiba lagi dan pastinya ramai pasangan yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada masa ini.

Biasanya ramai memilih untuk melangsungkan hari bahagia mereka dengan mengadakan majlis besar-besaran. Maklumlah sekali seumur hidup nak merasa kan?

Namun, bagi pasangan yang berfikiran jauh dan bercita-cita untuk membeli rumah awal selepas kahwin, ikuti tips yang dikongsikan oleh Tuan Azizul Azli Ahmad.

Tips "Kahwin Bajet Tetap Disayangi":

1. Kad Kahwin- Jangan tempah yang mahal, kita sahaja syok sendiri. Lepas kenduri semua orang buang ke tepi.


2. Kenduri- Buat sehari, sekalikan lebih jimat, kita bukan anak menteri.

3. Baju Kahwin- Lebih murah sewa dari tempah, lebih hebat kalau boleh dipakai pergi kerja.

4. Jangan berlumba hantaran siapa lebih banyak. Pakat dengan calon suami dia 5, kita balas 7 dengan berus giginya sekali.

5. Cenderahati- Bagi yassin bercetak nama pengantin, tak perlu botol kaca ada ikan di dalamnya.

Sumber Foto: IG Kotakchenta
6. Buat hantaran sendiri- Buat origami pandai takkan hantaran minta orang lain gubahkan.

7. Buat satu akaun khusus untuk Projek Kahwin. Masukkan dana dan jangan belanja lebih dan elakkan guna kad kredit.

8. Jangan datang pameran perkahwinan, nanti dari buat sederhana, jadi majlis kahwin anak raja pula.

9. Jangan guna DJ atau set karaoke, pasangkan sahaja lagu Opik atau Maher Zain sudah cukup buat tetamu cair telinga.

10. Jangan buat pinjaman peribadi, semua yang pernah buat dah menyesal. Mereka malu nak cerita, nanti orang kata padan muka.
 
Sumber Foto: IG Kotakchenta
11. Buang rasa malu, kahwin sederhana itu sunnah. Kita bukan anak Kak Mah.

12. Tetapkan jumlah tetamu, kawan ofis, saudara mara dan jemaah surau. Jangan jemput satu stadium bola.

13. Jangan buat majlis waktu cuti sekolah, semua jadi mahal. Mak andam kata semua dah penuh tempahan, sebab itu jadi mahal.

14. Guna bunga plastik bukan dosa, tak perlu bunga segar sebab bukan boleh buat ulam makanan.

Sumber Foto: IG Kotakchenta
15. Buat bajet dulu baru 'survey' katering, kalau tak mereka akan bagi cadangan makanan paling mahal dan 'grand'.

16. Masuk pertandingan bagi menang pakej berbulan madu. Semua ditaja, kita pun seronok.

Agak lucu bila dibaca, tapi sebenarnya amat berguna. Semoga tips ini bermanfaat kepada bakal pengantin! -CARI

Sumber Foto: IG Kotakchenta
32

Bagus
22

Marah
23

Terkejut
31

Sedih
20

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 29-11-2016 06:38 PM
boleh la jadi inspirasi nak kawen nt
Quote munchkin 29-11-2016 07:46 PM
Aku paling suka kita bukan anak kak mah

Bunga plestek tu suma tak payah. Nak buat apa.

Hantar jemputan pakai whatsapp. Sekali ngan map tempat kawin or waze tempat kawin lagi mudah.
Quote seramado 30-11-2016 04:21 AM
Bgs sgt info laki ni
Quote Baronia 30-11-2016 05:06 AM
Sokong tips2 ni. Moga permudah bagi mereka yang betul2 nk kawen.
Quote sarahmirza 30-11-2016 09:15 AM
munchkin replied at 29-11-2016 07:46 PM
Aku paling suka kita bukan anak kak mah

Bunga plestek tu suma tak payah. Nak buat apa.

Teringat dulu staff kat office jemput kahwin kat email.
Ada akak sorang ni komen, "Tak ada kad tak nak datang".

Quote tipuware 30-11-2016 09:37 AM
aku kawin tahun 2010, semua aku bt cam dalam senarai kecuali no 3 (pasal kat kedai takde design songket kuning yg aku nak)  5 (pasal makayah aku yg decide nak kasi kek) 14 (pasal aku memang nak bunga hidup) dan 16(pasal bz DIY benda2 lain smp terlepas pandang yg ini).. dan rezeki aku juga, zaman aku dan kawan2 aku bukan jenis bridemaid yg cuma tau pakai baju cantik bawa dulang. kawan2 aku yg tlg buatkan hantaran, bunga tgn, hiasan kek sanding, hiasan meja beradab dan kereta pengantin.

pls cari kawan2 yg reti menolong dan bukan sekadar nak nampak cantik pada hari majlis. cam BBNU zmn skrang ni, dah jarang ada kawan2 yg betul2 boleh menolong gini, kebanyakkan cuma nak jadi bridemaid dan prop gambar aje.

lagi tips: takyah nak sponsor kawan2 nye kain utk bridemaids kalau tak perlu/takde budget. aku dlu cuma sponsor pengapit aku aje, pasal dia byk tlg diy persiapan majlis aku dan dia yg kenalkan aku kat suami aku hihi..

yg no 9 tu amat penting, pasal akan ada tetamu yg pantang dapat mic, terus majlis tu jadi majlis dia, so baik awal2 terus keluarkan dr list.

lagi 1, kalau bab hantaran tu, kalau nk cukupkan syarat , brang2 buat dalam 4 kategori: agama (alquran/ telekung), adat (sirih junjung/tepek sireh/maskawin/brng kemas), diri pengantin (sepersalinan), dan keluarga pengantin (makanan/coklat/kek). segala mak nenek gadget ke, phone ke, laptop mac ke, gitar ke, ko boleh kasi lepas kawin.mcam tak sempat2

Quote babydoll 30-11-2016 12:45 PM
munchkin replied at 29-11-2016 07:46 PM
Aku paling suka kita bukan anak kak mah

Bunga plestek tu suma tak payah. Nak buat apa.

betul tu sis. i setuju dgn idea sis tu. secara praktikal nya, klo bagi map link lagi senang dari bagi map dlm format gambar. click link, tros masuk google map/waze.

hari tu bincang2 dgn kawan pasal majlis dia. katanya, dia malas nak print kad jemputan. lebih senang guna social networks. tapi parents beliau berkeras nak yg printed jugak. katanya klo guna social network (whatsapp/fb/ig,etc) mcm tak properly invite. org taknak dtg. jadi print la jugak.huhuh..
Quote babydoll 30-11-2016 12:45 PM
munchkin replied at 29-11-2016 07:46 PM
Aku paling suka kita bukan anak kak mah

Bunga plestek tu suma tak payah. Nak buat apa.

betul tu sis. i setuju dgn idea sis tu. secara praktikal nya, klo bagi map link lagi senang dari bagi map dlm format gambar. click link, tros masuk google map/waze.

hari tu bincang2 dgn kawan pasal majlis dia. katanya, dia malas nak print kad jemputan. lebih senang guna social networks. tapi parents beliau berkeras nak yg printed jugak. katanya klo guna social network (whatsapp/fb/ig,etc) mcm tak properly invite. org taknak dtg. jadi print la jugak.huhuh..
Quote ifanonline 30-11-2016 01:08 PM
dulu lain sekarang lain...dulu kita jemput satu kampung, satu daerah, sat kawasan utk dtg ke majlis kawin...sekarang ni, jemputan pun kena limited...looking at it, bagus juga, kalau jemputan sedikit, bleh buat di hotel2...kalau nak ajak ramai org, kena sewa dewan pula...

biar majlis itu berkualiti drpd kuantiti...negara barat dah lama amal ni...malaysia ni masih mentaliti kampung sebab anak beranak ramai...sedara mara pun ramai satu kampung...
Quote munchkin 30-11-2016 02:16 PM
sarahmirza replied at 30-11-2016 09:15 AM
Teringat dulu staff kat office jemput kahwin kat email.
Ada akak sorang ni komen, "Tak ada kad ta ...

Tu acik kepam sis
Quote munchkin 30-11-2016 02:17 PM
babydoll replied at 30-11-2016 12:45 PM
betul tu sis. i setuju dgn idea sis tu. secara praktikal nya, klo bagi map link lagi senang dari b ...


I pun print jugak. Zaman takdak waze whatsapp Simplest kad. 20 sen. Thats it.
Quote babydoll 30-11-2016 02:33 PM
munchkin replied at 30-11-2016 02:17 PM
I pun print jugak. Zaman takdak waze whatsapp Simplest kad. 20 sen. Thats it.

dlu ok sis. kad pon murah. lps tu kemudahan waze whatsapp apa semua ni belum ada atau belum meluas digunakan. jadi mmg seeloknya print kad. zaman skrng, kad pon mahal dan kemudahan dh ada.
Quote munchkin 30-11-2016 02:36 PM
Zaman i kawin dulu hantaran recycle je. Maksudnya barang tu tak dibeli. Tapi amik barang sedia ada di rumah pastu gubah balik kecuali makanan. Segala evening purse telekung hias balik. And most gold jewelries. Lagi nampak mewah. Tapi sebenarnya tak kuar duit. Mak aku buat sendiri. Orang tengok tanya tempah mana. Tangan mak aku berseni sampai orang tengok dah sama level pak abu wedding designer tu. mula tu aku tak paham. Lepas habis wedding baru aku paham. Just utk bergambar je or tunjuk kat orang je. Now aku paham. Mak aku kata jangan bazir keep on repeating sampai complete majlis. Kawin combine. Kami berdua dah set duit utk majlis. Tak sangka tetamu family rapat dan family frens rapat beri duit lebih dari duit kami keluarkan utk majlis. Duit hadiah cover whole wedding. Tetamu 500 bahagi 2 family. Mmg tak sangka. Hantaran duit kami buat down payment rumah. my spouse keluar duit mas kawin jelah. Duit mas kawin tu bawak gi kedai beli emas. satu kepala tetamu we spend rm25 rigggit. Makanan pun fusion malay chinese.

Berbanding adik spouse aku kawin jemput sebelah pihak sampai 500 orang. 250 orang tak datang. Door gift makanan semua berlebih lebih. Mil aku nak camtu. Dia tak mahu wedding cam wedding kami (combine). So end up banyak pembaziran. Duit hantaran,duit sendiri keluar gone begitiu saja. Now adik bongsu nak kawin. Adik bongsu nak cam kami. Tapi mil nak wedding like my sil jugak. Yelah i paham. Wedding kami mil satu sen pun tak keluar duit. So dia tak berani bunyi ngan my spouse. My sil, minta my mil keluar duit. So kena lah ikut kataorg keluar duit. Tapi sayang sangat. Kalau tetamu semua datang habis makanan and door gift pun tak pe. Ni door gift dah lah berat (cawan). Hmmm
Quote sarahmirza 30-11-2016 02:46 PM

Itulah kan.
I memang tak boleh la dengan akak sorang ni.
Ada sekali I dpt kad jemputan dari ex officemate tp dia tak dapat.
Siap pesan kat I, nanti pergi majlis tu ambik gambar banyak2..
Dia nak tengok pelamin, baju pengantin, lauk pauk etc.
I buat tak dengar je... malas nak layan.
Kepochi gila nak rate majlis orang, sebab tu tak dijemput kot
Quote munchkin 30-11-2016 03:00 PM
sarahmirza replied at 30-11-2016 02:46 PM
Itulah kan.
I memang tak boleh la dengan akak sorang ni.
Ada sekali I dpt kad jemputan dari ex o ...

Euwwww. Teruk gila sis  

I pun ada coming tak dapat jemputan dari sepupu. Dia cover line ckp kat my mom dewan tu kecik. I kata takpelah. My mom mintak hantar ke majlis tu. I tengok kad, kawin ballroom mandarin oriental. Sultan datang. I anggap dia nak limitkan tetamu. I just doa majlis dia berjalan lancar je. I tak pernah. Teringin pun nak tengok gmabar wedding orang walau di offer janji majlis jalan elok dah tunpang happy.  
Quote zoe1511 30-11-2016 03:50 PM
selalu nya memang anak nak simple jahh tapi mak bapak cmpur tangan cakap tak proper. terus lari bajet
Quote sarahmirza 30-11-2016 04:05 PM
munchkin replied at 30-11-2016 03:00 PM
Euwwww. Teruk gila sis  

I pun ada coming tak dapat jemputan dari sepupu. Dia cover line ckp ka ...

Kalau macam sepupu u kita faham2 je la.
Jemputan limited jadi jemput yang penting/berumur mcm makcik pakcik je.
I pun tak kisah kalau tak dijemput.
Orang dah jemput kita raikan, tak jemput pun takpe.
Quote munchkin 30-11-2016 08:00 PM
Edited by munchkin at 30-11-2016 08:07 PM
sarahmirza replied at 30-11-2016 04:05 PM
Kalau macam sepupu u kita faham2 je la.
Jemputan limited jadi jemput yang penting/berumur mcm mak ...


Actually sepupu pun tak ramai. Kurang 15 orang. Tapi it is ok. Majlis i semua sepupu i hadir alhamdulillah termasuklah sepupu yg tak jemput i ni.

Selepas tu wedding cousin i lain, banyak sepupu yg tak hadir. Masing masing dah buat hal sendiri.

Tapi at least aunties uncles tu dia jemput. Surely uncle i yg sorang tu akan tanya kenapa i tak datang. Sebab kenduri or majlis i sure tunjuk muka tolong itu ini (atas i explain kebanyakan sepupu bawak diri tak dtg majlis). Takkan i nak cakap tak dijemput. Sure sepupu i tu kena hamput. Kalau sepupu ramai gila lainlah cerita. Ni ciput kurang 15. Yg hadir maybe dalam 8-10 orang. Total aunty uncle pun 7. So kurang 20 waris betul betul. Perhaps i bagi alasan outstation nak jaga air muka dia. Hmm
Quote WajibulGhunah 30-11-2016 09:09 PM
Maigad iols tngk laki org bkn tngk tips
Bila la iols nk berlaki nihhh

Teringin nk sweet2 jgk
BAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.110670 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top