Kehebatan pasukan JDT dalam arena bola sepak sudah tentu bukan perkara baru lagi. Namun, bila isteri Tengku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda menunjukkan 'taring' dengan permainan itu, pastinya menarik perhatian luar biasa para netizen.
Menerusi laman Instagram Official Johor, Che Puan Khaleeda mengundang kekaguman dan membuat ramai terngaga menerusi gambar aksi beliau menimbang bola di Padang Seri Gelam, Johor Bahru. Memetik laman kerajaan Johor, Che Puan Khaleeda sememangnya bergiat aktif dalam sukan sejak dari zaman bangku persekolahan terutamanya sukan larian. Netizen menganggap isteri kepada TMJ itu bersikap sangat 'kool' dan tak kurang juga yang menganggap beliau sebagai idola kepada ramai wanita lain.
Yang pastinya, banyak komen positif yang diberikan. Termasuklah komen daripada netizen bernama catafiq_9496 yang mencadangkan untuk JDT membuka satu pasukan khas untuk wanita. "Bukalah satu team untuk women football." Manakala, komen tersebut mendapat perhatian dan dipersetujui oleh netizen lain. "Betul kata dia. Bukalah satu team untuk team perempuan," ujar shahierahierah. Berikut antara coretan komen yang didapati menerusi gambar yang mencapai hampir 10,000 likes itu. |
20
Bagus |
21
Marah |
20
Terkejut |
21
Sedih |
36
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
indenial replied at 8-12-2016 07:37 PM
Kendall jenner?
ADVERTISEMENT