|
Walaupun sudah hampir empat bulan Olimpik berakhir, nampaknya penganjur Rio de Janeiro masih gagal membayar bil mereka termasuk ASD 3.7 juta (RM16.42 juta) yang dipinjam daripada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
Jurucakap IPC Craig Spence berkata kepada The Associated Press (AP) semalam bahawa duit itu dipinjam untuk geran perjalanan di mana ia merupakan sebahagian daripada perjanjian kontrak bagi menganjurkan Olimpik dan Paralimpik. "Kami tak pernah menghadapi masalah sebegini dengan jawatankuasa penganjur lain apabila lewat membayar geran perjalanan," katanya kepada AP. Menurut Spence, bil geran perjalanan yang masih belum dibayar itu merosakkan Jawatankuasa Paralimpik negara lain, terutama mereka yang mempunyai nilai bajet kecil.
"Beberapa Jawatankuasa Paralimpik kami yang kecil, yang terpaksa membuat pinjaman bagi membiayai perjalanan pergi ke temasya itu, kini berdepan masalah serius untuk membayar semula hutang mereka," katanya. Penganjur Olimpik pertama di benua Amerika Selatan itu kini dibelenggu masalah kewangan, perbelanjaan yang dipotong dan kos perbelanjaan melebihi bajet asal. Pun begitu, pegawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggambarkan Rio sebagai "temasya paling sempurna, bagi yang tidak sempurna" pada minggu lalu walaupun kerusi penontonnya kosong, berdepan masalah penganjuran dan air di kolam renang bertukar ke warna hijau. - CARI |
|
10
![]() Bagus |
7
![]() Marah |
8
![]() Terkejut |
14
![]() Sedih |
6
![]() Lawak |
8
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 07:39 PM GMT+8 , Processed in 1.130401 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.