CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Seludup Dadah Seberat 93.4 kg, Dua Warga Malaysia Ditahan Di Thailand

19-12-2016 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5295| Komen: 30

Dua warga Malaysia cuba menyeludup dadah dari Bangkok ke Hatyai pada awal pagi dengan beranggapan waktu itu adalah paling selamat kerana mereka percaya polis Thailand kepenatan selepas bertugas pada waktu yang panjang pada sebelah malam.


"Tetapi mereka menggelabah selepas kereta mereka diberhentikan di pusat pemeriksaan di Chumpon kira-kira 8 pagi 11 Disember, selepas memandu berjam-jam dari Bangkok, hingga disedari pihak berkuasa,"  kata Pemangku Ketua Bahagian Pencegahan Narkotik Mej Jen Dusadee Choosankij kepada Bernama.

Memetik The Sun Daily, Mej Jen Dusadee Choosankij memaklumkan selepas pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu, pihak berkuasa menemukan 140 bar heroin seberat 52.4kg dan 41kg kristal methamphetamine yang bernilai jutaan dolar, yang disorok di bahagian belakang, petak pembesar suara kereta itu.

Kedua-dua suspek yang berusia 44 dan 46 tahun itu ditahan di Chumphon, selatan Thailand iaitu beberapa jam sahaja untuk tiba ke destinasi mereka, Hatyai untuk siasatan lanjut.


Mereka akan didakwa dan jika didapati bersalah akan berdepan hukuman penjara seumur hidup, katanya.

Dipercayai, dadah yang dirampas itu dibungkus dengan rapi dan kemungkinan besar ia akan dieksport semula ke sebuah negara ketiga selepas tiba di Pulau Pinang.- CARI

sumber foto: http://www.thesundaily.my/
sumber foto: http://cdn.theborneopost.com/


14

Bagus
18

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 19-12-2016 10:59 AM
Tudia bawak dadah sampai 90kg. Kl dkt malaysia dah kena gantung bawak heroin
Quote Nenasketum 19-12-2016 11:11 AM
Nak sampai 100 kg....?? look on the brightside, boleh dok Siam free seumur hidup. Sebelum menutupkan mata, mesti fasih cakap Siam kan
Quote Defcon2 19-12-2016 11:35 AM
Mengapa kebanyakan dadah dari kawasan segi tiga emas dan utara Thailand dibawa turun ke selatan ke arah Malaysia?

Mengapa dadah-dadah ni tidak diseludup ke utara ke arah China, atau ke barat ke arah Bangladesh atau ke timur arah Vietnam?

Adakah ia sebahagian dari satu strategi besar untuk melonggokkan dadah-dadah ini di Malaysia dengan tujuan merosakkan pemuda-pemuda Malaysia?  
Quote TuntungReturn 19-12-2016 11:37 AM
Defcon2 replied at 19-12-2016 11:35 AM
Mengapa kebanyakan dadah dari kawasan segi tiga emas dan utara Thailand dibawa turun ke selatan ke a ...

market bro,market.. bangladesh mkn pun x ckup lagik nk beli dadah.
Quote TuntungReturn 19-12-2016 11:38 AM
kesilpan besar depa xtaw, area selatan thailand mmg banyak road blok
Quote sabar_sabariah 19-12-2016 11:43 AM
so, kalau kat thailand hukumannya camne?
kalau kat malaysia dah sedia maklum dah...
Quote CiliPadiSedap 19-12-2016 11:47 AM
Defcon2 replied at 19-12-2016 11:35 AM
Mengapa kebanyakan dadah dari kawasan segi tiga emas dan utara Thailand dibawa turun ke selatan ke a ...

transit je. tak denya istilah nak rosakkan orang. di mana ada demand di situ ada supply.

kak pernah kena spotcheck kt border padang jawa masa bukit aman turun nak tangkap pengedar dadadaa. spot area border dan jeti kuala perlis.

dia orang punya tactics naik mpv konon2 dengan mpv polis sangka baik. rupanya polis pun ada informer dekat belah siam.  dapat tangkap dua2 suspek. cuma sorang lagi suspek ni keluarga dia dah lepaskan dulu sbb dah tahu kawan kt depan kena tangkap. dia surrender.

bukit aman cekap buat kerja. alhamdulillah.
Quote Defcon2 19-12-2016 11:53 AM
TuntungReturn replied at 19-12-2016 11:37 AM
market bro,market.. bangladesh mkn pun x ckup lagik nk beli dadah.

Rasa market lagi besar di Bangladesh (158 juta penduduk) berbanding Malaysia cuma 30 juta. Dari sudut harga pun mungkin di Bangladesh lebih murah kerana permintaan mesti lebih tinggi dan kos pengangkutan lebih murah dan dekat. Dari segi penguatkuasaan pun mungkin lebih longgar di Bangladesh dan Myanmar. Kalau nak kata mereka gunakan Malaysia sebagai hub untuk eskport semula ke Eropah dan Australia, rasanya Thailand lebih sesuai kerana ia adalah hub penerbangan dan penghubung antara China dan Eropah. Itu sebab aku rasa ada agenda tertentu mengenai lambakkan dadah di Malaysia dan Selatan Thailand. Agenda merosakkan orang Islam/Melayu

Quote aiwa 19-12-2016 12:00 PM
Defcon2 replied at 19-12-2016 11:53 AM
Rasa market lagi besar di Bangladesh (158 juta penduduk) berbanding Malaysia cuma 30 juta. Dari su ...

kafir sangat jahat dan sunni suci syumul tak pernah berdosa
Quote Defcon2 19-12-2016 12:02 PM
CiliPadiSedap replied at 19-12-2016 11:47 AM
transit je. tak denya istilah nak rosakkan orang. di mana ada demand di situ ada supply.

kak p ...

Tapi kak, kalau setakat transit, baik gunakan Thailand. Bangkok lagi banyak jaringan perhubungan kapal terbang berbanding Malaysia. Pelabuhan di Thailand pun menjangkau ke seluruh dunia.

Kalau nak cakap pasal pasaran, Bangladesh dengan penduduk 158 juta menawarkan pasaran lebih besar untuk dadah-dadah ni. Dan mengapa dadah-dadah ni tak diseludup saje ke utara ke China yang ada 1.4 billion penduduk? Lagi besar pasarannya.   

Quote Defcon2 19-12-2016 12:04 PM
aiwa replied at 19-12-2016 12:00 PM
kafir sangat jahat dan sunni suci syumul tak pernah berdosa

Bukan nak kata sunni tu tak buat dosa. Cuma kalau nak kira dari segi strategik, menyeludup dadah ke Bangladesh dan China lebih senang dan menguntungkan. Tapi mengapa dengan sengaja ia dilambakkan di Malaysia dan Selatan Thailand? Saya masih menanti jawapan yang serius.

Quote kelana36 19-12-2016 12:11 PM
Dia orang ni boleh diklassifikasilan sebagai keldai dadah jugak.
Beli dadah kat siam, siam bagi tip kat polis, tahan, siam dapat balik dadah tu for recycle...
Quote CiliPadiSedap 19-12-2016 12:14 PM
Defcon2 replied at 19-12-2016 12:02 PM
Tapi kak, kalau setakat transit, baik gunakan Thailand. Bangkok lagi banyak jaringan perhubungan k ...

sebab malaysia transit selamat agaknyalah..
Quote kelana36 19-12-2016 12:28 PM
Defcon2 replied at 19-12-2016 08:02 AM
Tapi kak, kalau setakat transit, baik gunakan Thailand. Bangkok lagi banyak jaringan perhubungan k ...

tak ramai orang china yang nak amik dadah kot, pasaran kurang.
Actually kalau dapat bawak masuk malaysia, especiallly yang raw material, senang nak buat makmal/kilang kat malaysia ni. ada jer orang yang bagi perlindungan. at one time dulu banyak ketamine masuk dari india, kat sana kan banyak supply sebab dia orang guna untuk buat ubat, tapi sudah di salah guna.
Dari Malaysia, eksport dah tak guna by air sebab kat destination dah ketat. Pernah ada cabin crew, kena tahan kat australia sebab beg dia ada bau, bekas sahaja... so sekarang mostly ikut laut. nak ke timur, barat , selatan semua boleh, laut luas, pengantara banyak , boleh menyamar jadi nelayan.
atau memag nelayan buat kerja sambilan..

Quote Decaffeinated 19-12-2016 12:45 PM
Aku pernah drive dari Bangkok ke Hatyai. Chumpon tu about half way. Jauh lagi nak sampai.

Kena tahan road block lepas Nakhorn Si Thammarat siap raba belt. Ingat aku bawak pestol ka haper.

Bodow
Quote mykembara 19-12-2016 12:57 PM
Bila ada supply and demand sure la berlaku. Kita pun ada Interpol, buka saja2 lepak makan tomyam di siam tu.

Apa pun tahniah penguasa thailand.
Quote nikola.tesla 19-12-2016 01:12 PM
Defcon2 replied at 19-12-2016 11:35 AM
Mengapa kebanyakan dadah dari kawasan segi tiga emas dan utara Thailand dibawa turun ke selatan ke a ...

ataupun tali barut dalam malaysia sendiri yang nak hancurkan anak2 melayu di tanah air kita.kemungkinan tetap ada.

Quote insulin 19-12-2016 01:22 PM
Wow. Banyak kuantiti dadah yang dibawa. Hampir2 100kg. Kalau ditahan di My, tali gantung la jawapnya.
Quote Defcon2 19-12-2016 02:26 PM
nikola.tesla replied at 19-12-2016 01:12 PM
ataupun tali barut dalam malaysia sendiri yang nak hancurkan anak2 melayu di tanah air kita.kemung ...

mungkin juga. senang nak kawal masyarakat kalau mereka di bawah pengaruh dadah agaknya. Kalau semua pandai-pandai nanti susah nak kawal.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.126738 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top