Lama tak muncul di kaca televisyen tak bermakna Haliza Misbun, 43, hilang terus dunia lakonan. Menurutnya, dia masih lagi menunggu tawaran berlakon dengan jalan cerita lebih menarik.
Pun begitu, Haliza bagaimanapun mengakui dia kecewa dengan perkembangan industri filem serta drama tanah air. Menurut Harian Metro, pelakon itu menjelaskan apabila sudah berusia 40 tahun dan ke atas, seseorang pelakon wanita pasti akan diberikan watak sebagai kakak atau ibu dan disebabkan perkara itu Haliza tidak terasa untuk menerimanya. “Saya mahu mereka keluar dari kepompong itu dan ini yang saya perjuangkan sekarang. Lagipun, syarikat produksi sekarang juga banyak ragam.
“Jadi, saya hanya akan terima tawaran daripada rakan yang saya kenal, tahu kerja mereka dan mereka juga tahu kerja saya macam mana,” katanya kepada Harian Metro. "Saya akan berlakon apabila terasa untuk melakukannya. Minat itu didorong pelbagai faktor termasuk jalan cerita yang baik selain saya kenal penerbit atau pengarahnya, maka dapatlah sesekali melepaskan rindu berlakon. “Jika tidak berlakon saya akan sibuk dalam bidang perniagaan hartanah. Saya tak boleh duduk goyang kaki kerana ada keluarga yang perlu dijaga,” katanya. Sementara itu, Haliza menafikan pendapat segelintir pihak yang kurang senang dengan sikapnya yang dikatakan baran dan suka mengikut kata hatinya saja. “Saya bukanlah orang macam itu. Jika tiada yang sengaja cuba mencuit naluri saya, takkan saya sesuka nak naik angin,” katanya. Wah, cerewet juga ya Haliza Misbun ni. Apapun, semoga suatu hari nanti dia ditawarkan dengan jalan cerita lebih menarik dan kembali aktif dalam dunia perfileman. - CARI
|
17
Bagus |
17
Marah |
28
Terkejut |
23
Sedih |
28
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
terpaku replied at 19-12-2016 03:44 AM
cerita ni memang berkualiti sangat... menang oscar uolsss
CARI-MAL replied at 19-12-2016 11:33 AM
Lama tak muncul di kaca televisyen tak bermakna Haliza Misbun, 43, hilang terus dunia lakonan. Menur ...
cha-cha replied at 19-12-2016 11:50 AM
Oh makkkk!!!!
terpaku replied at 19-12-2016 03:44 AM
cerita ni memang berkualiti sangat... menang oscar uolsss
adelea replied at 19-12-2016 11:52 AM
dah tak relevan ... sila mereput dan kembali ke pangkal jalan.
hanisbunny replied at 19-12-2016 02:00 PM
tp sheols ade berlakon drama yg jd heroin dgn ahmad idham tu kan..cite tu best kan..long time ago... ...
ADVERTISEMENT