CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih 'Berbisa', Siti Nurhaliza Bolot 5 Anugerah AIM22

19-12-2016 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 72500| Komen: 1352

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM 22) yang berlangsung malam semalam (Ahad), di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Sumber foto: http://www.aim.org.my

Pada malam itu juga, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza membuktikan dirinya masih lagi 'berbisa' apabila berjaya memenangi empat kategori daripada tujuh pencalonan.

Siti memenangi anugerah Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi Menatap Dalam Mimpi untuk kali ke-13 di mana lagu itu turut dipilih sebagai pemenang Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu. 

Menurut BH Online, dua lagi kategori dimenangi Siti adalah Lagu Nasyid Terbaik (Mikraj Cinta) dan Album Terbaik (Datuk Siti Nurhaliza Unplugged). Dalam masa sama, penyanyi itu juga memenangi kategori baharu iaitu Penyanyi Pilihan Malaysia.



Sumber foto: IG Siti Nurhaliza

Mengikuti di belakangnya, Faizal Tahir menerima dua trofi iaitu Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi lagu Sejati, manakala lagu Janji nyanyian Altimet dan Takahara Suiko dipilih sebagai Lagu Hip Hop Terbaik. 

Sementara itu, Akim Ahmad dari kumpulan Akim & The Majistret dengan lagu Potret dipilih sebagai pemenang Persembahan vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki).

Misha Omar dan Hafiz Suip dengan lagu Terimaku Seadanya memenangi Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu, manakala DeFam meraih kemenangan kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Berkumpulan) bagi lagu Supergirls. 

Anugerah Lagu Rock Terbaik dirangkul Azlan & Typewriter menerusi lagu Mata Hati sementara Reena Nicky menerusi Joget Sulam Sakti memenangi 
anugerah Lagu Pop Etnik Terbaik.

Tidak kurang hebatnya, SonaOne dengan lagu ciptaannya sendiri, Firefly, melayakkannya menerima anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

Tidak ketinggalan, ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid yang sudah 32 tahun berbakti dalam industri muzik turut diiktiraf apabila menerima anugerah Sri Wirama AIM22. 

Selain itu, Yuna yang berjaya melebarkan sayap ke Amerika Syarikat termasuk kolaborasi cemerlangnya bersama Usher menerusi lagu Crush, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kembara.

Naib Juara Akademi Fantasia 2015, Syamel muncul pemenang kategori Artis Baharu Terbaik.

Selain tujuh kategori yang dipertandingkan, AIM 22 anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) turut memperkenalkan lima kategori baharu iaitu Lagu Muat Turun Paling Tinggi, Lagu Strim Paling Tinggi, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton Di YouTube dan Lagu Nada Dering Pemanggil Jualan Paling Tinggi dan Penyanyi Pilihan Malaysia.

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga terus berbakti dalam dunia muzik dan terus berjaya kelak. - CARI
32

Bagus
31

Marah
28

Terkejut
22

Sedih
35

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (179 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 23-4-2016 01:13 AM
R.I.P Industri.
R.I.P kepada Persatuan RIM yang nyata PEMALAS nak organise award yang super penting.


Al- Fatihah
Quote izat123 23-4-2016 01:28 AM
Last last award award penting macam aim dengan ffm yang nampak macam nak berkubur. Award award bodoh lain tumbuh mekar je hahaa
Quote dondangdendang 23-4-2016 08:57 AM
RIP je la.... artis baru skg kbykan nya x berkualiti. kebenaran yang meyakitkan kan....
Quote tobobon 23-4-2016 09:40 AM
ada lagi ke kesah pasal anugerah2 ni? kita bukan hargai sangat pun klu depa menang.. lgpun xde sponsor cam mana nak buat anugerah yer tak?

berkubur jerlah... tengok jer anugerah overseas kat tv
Quote batman_2007 23-4-2016 02:28 PM
Minta sponsor dgn vida puhleasee
Quote scrocth 23-4-2016 04:45 PM
batman_2007 replied at 23-4-2016 02:28 PM
Minta sponsor dgn vida puhleasee

Syarikat2 telco or fast food yg mmg sah2 ramai customers xboleh ke sponsor? Lg satu xpaham kenapa syrkt rokok mcm salem/dunhil/more/benson n hedges sponsor program tv. Zaman dulu still bole buat iklan xperlu tnjk batang rokok pn. Kemain xbg company rokok sponser, rokok makin naik jgk rega nya.
Quote scrocth 23-4-2016 04:46 PM
izat123 replied at 23-4-2016 01:28 AM
Last last award award penting macam aim dengan ffm yang nampak macam nak berkubur. Award award bodoh ...

Yup, pttnya freddie fernandez handle blk AIM. Norman tu sibuk berbisnes n berpolitik mana sempat nak fokus. Lgpn sah2 ada conflict of interest sbb artis company dia byk jgk buat single lagi.
Quote sepitsiput 23-4-2016 05:31 PM
AIM dan FFM level nasional. Pengiktirafan oleh kerajaan ...sepatutnya preserve & develop. Ini dah mcm nk senasib dgn Anugerah sri angkasa jah
Quote exclusive_vvip 23-4-2016 08:39 PM
Tak kisah la kalu takder pon...AIM ni pun setiap kali dibuat pun, setiap kali tu la kene hencap...lgpun,kekadang diorg pilih pemenang syok sendiri...ntah artis dari mana tah,tetiba menang..
Quote SenahMontanah 23-4-2016 08:43 PM
Org yg sama dok batak nk anugerah itu ini pastu org yg sama gak dok hencap anugerah tu hazab anugerah tu gitu gini

Ko ghaser?
Quote net_level 23-4-2016 09:54 PM
kalo tak ckup sponsor cut la budget... RIM bukan ada peruntukan dari govt ke setiap tahun?
even kategori2 'serpihan' tu gugurkan jelah fokus kat kategori utama...
Quote RatuDunia94 24-4-2016 07:52 AM
sepitsiput replied at 23-4-2016 05:31 PM
AIM dan FFM level nasional. Pengiktirafan oleh kerajaan ...sepatutnya preserve & develop. Ini dah mc ...

aritu tertengok kt tv1 ada iklan ASA ni.. katanya Akan Datang... ASA ni 10 tahun sekali ke..
Quote RatuDunia94 24-4-2016 08:00 AM
Edited by RatuDunia94 at 24-4-2016 08:06 AM

bayangkan,

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu :

Ayda Jebat - Pencuri Hati
Janna Nick - Mungkin Saja
Nanasheme - Boleh Belah
Wani Kayrie - Jangan Jangan
Izreen Azminda - Cinta Kristal 2016


Lagu Terbaik :

Pencuri Hati - Ayda Jebat
Mungkin Saja - Janna Nick
Boleh Belah - Nanasheme
Lepaskan - Wani ft. Juzzthin
Jangan Jangan - Wani Khairi
Quote balakkampung 24-4-2016 08:54 AM
dondangdendang replied at 23-4-2016 08:57 AM
RIP je la.... artis baru skg kbykan nya x berkualiti. kebenaran yang meyakitkan kan....

setuju...artis2 sekarang nyanyi sedap kat youtube dgn smule jer..live hauk..membazir jer bagi awards.
Quote balakkampung 24-4-2016 08:56 AM
RatuDunia94 replied at 24-4-2016 08:00 AM
bayangkan,

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu :

kalau menang pon.. akan jadi bahan lawak jer dalam sejarah industri muzik. malu jer kat generasi akan datang..
Quote zonebebas 24-4-2016 11:30 AM
AIM sejak rim bertukar , selalu tukar tarikh.
lastnya kembali akhir tahun.
asal pertengahan tahun tukar ke akhir tahun, macam2 alasan ada
pastu nak tukar ke pertengahn tahun balik tahun lepas. macam2 alasan lagi timbul

harapnya bukan sebab artis bawah syarikat sendiri tak ada produk nak jadi calon, anugerah dibatalkan dan ditunda.
Quote sepitsiput 24-4-2016 12:14 PM
RatuDunia94 replied at 24-4-2016 07:52 AM
aritu tertengok kt tv1 ada iklan ASA ni.. katanya Akan Datang... ASA ni 10 tahun sekali ke..

ASA ni ikut mood menteri...rasa nk buat dia buat..rasa xnak buat....dia buat bodo
Quote bulanbulat 24-4-2016 02:41 PM
RatuDunia94 replied at 24-4-2016 08:00 AM
bayangkan,

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu :

motip chuols x letak pin jamol??


Quote ALDRIN 24-4-2016 03:03 PM
dengornya.....mmg x ada duit laaa uolsss...cari sponsor pon...sponsor x nak katanya....

disamping itu org2 kat dalam tu pon...dok becekau smack down masam2 muka...ntah apa laaa masalah teruk sangat....

Lihat semua komen(1352)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.210410 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top