Siapa yang tidak marah, terkejut bahkan boleh mengamuk bila duit bernilai RM900 boleh 'hilang' begitu sahaja disebabkan masalah teknikal pada mesin leret (swipe).
Itu yang diceritakan menerusi laman Facebook Persatuan Makcik Puaka, bagaimana pasangan suami isteri mengalami masalah ketika menggunakan kad debit ketika membeli barang di sebuah farmasi. Transaksi yang bertulis 'Error' telah menyebabkan juruwang melakukan beberapa kali cubaan sehingga lima kali. Namun, masih juga gagal juruwang tersebut enggan untuk melakukan cubaan yang sama. Yang mengejutkan bila pelanggan yang merupakan pasangan suami isteri itu menyemak akaun bank mereka, terdapat sejumlah lebih RM900 telah ditolak dari akaun mereka. Lesap, tak tahu ke mana! "Maka, customer meminta supaya staff kami memulangkan semula duit beliau. Staff mengambil langkah bijak untuk bertanya kepada boss dulu. "Bila buat settlement pada terminal, tiada rekod untuk transaksi tadi. Maka mengamuklah customer tersebut suami isteri. Bertegas agar kami memulangkan semula duit mereka," menurut perkongsian tersebut. Memang agak membingungkan, namun selepas semakan dibuat pada pihak bank dan pihak terminal mesin kad, akhirnya terungkai juga jawapan. Tiada penipuan atau apa-apa jenayah. "Cut story short, lepas panggilan dibuat ke pihak bank dan pihak terminal mesin kad, akhirnya customer akur. "Duit tersebut memang telah keluar dari akaun beliau, tapi tidak masuk ke akaun kami. Duit tersebut terapung/float. Pihak bank kata akan refund semula dalam masa 15 hari." Menerusi komen yang diberikan daripada kalangan netizen, mereka mengakui pernah mengalami masalah yang sama ketika menggunakan kad debit. Malah ramai yang menyarankan mereka di luar sana agar menggunakan wang tunai ketika melakukan apa-apa pembayaran. Apa pula pendapat anda? - CARI |
12
Bagus |
12
Marah |
12
Terkejut |
20
Sedih |
16
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
miznora replied at 2-1-2017 10:13 AM
kalau xde duit camne. jd -ve ke baki akaun kita
miznora replied at 2-1-2017 10:13 AM
kalau xde duit camne. jd -ve ke baki akaun kita
Nenasketum replied at 2-1-2017 10:38 AM
Sorang di'float'nya RM900 kalau ramai ko rasa. Selalu ingat, kalau pakai kad atm baru, insist untuk ...
awaynepian replied at 2-1-2017 12:13 PM
Xfaham nenas..maksudnya bangla tu xbagi guna debit card n suh customer bayar cash ?? Supaya senang ...
SalenaGomez replied at 2-1-2017 12:38 PM
Means...dia dah swipe kad ko..pastu blakon kate offline...padahal duit dah deduct dlm bank..pastu ...
Nenasketum replied at 2-1-2017 10:38 AM
Sorang di'float'nya RM900 kalau ramai ko rasa. Selalu ingat, kalau pakai kad atm baru, insist untuk ...
SalenaGomez replied at 2-1-2017 12:43 PM
Nenas..aku jumpa byk org yg jenis main bayar je tanpa chek or tahu harga barang yg dia bayar...seb ...
ADVERTISEMENT