CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Guru Ini Cipta Lagu Bantu Murid Belajar Sejarah, Relevankah?

4-1-2017 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5959| Komen: 8|Original author: Oleh: Maly Rosli

Adakah anda ingat lagi subjek paling membosankan semasa zaman persekolahan? Pasti rata-rata akan mengatakan ianya adalah mata pelajaran Sejarah, bukan? Perlukan semangat yang kuat untuk menghadam apa yang diajarkan guru.


Kalau bukan sebab subjek itu yang bosan, mungkin pendekatan guru itu kurang sesuai dengan muridnya. Sudahlah banyak nota yang perlu dihafal.

Kini, ada sebuah pendekatan baru diperkenalkan seorang guru mata pelajaran Sejarah iaitu menghafal dan memahami menerusi lagu. Menarik, bukan? Bukan sahaja sesi pembelajaran lebih menyeronokkan, malah membantu memperkukuh ingatan murid.



Vulcan Chong Weng Hon, 25, salah seorang guru dari Pusat Tuisyen Super Education Group, di Taman Taynton View, Cheras, memperkenalkan kaedah kreatif dan berkesan iaitu mereka lagu 'Sejarah Melodi' berdasarkan silibus buku teks Sejarah Tingkatan 4 dan 5.


"Melalui nyanyian, ia bukan sahaja dapat mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap jalan cerita sesuatu kejadian yang berlaku pada zaman lampau malah turut menjadikan proses pembelajaran itu menghiburkan," katanya kepada Bernama.


Sumber Video: Youtube Vulcan

Menurut lulusan Pengurusan Perniagaan dari Uptrend Business School, Singapura itu, dia mula memuat naik video lagunya menggunakan lirik bahasa Melayu selepas ada pelajar bukan Cina menunjuk minat terhadap video pertamanya di Youtube.

"Ada juga dalam kalangan guru yang memuat turun video itu dan menjadikannya sebagai alat bantuan pengajaran mereka dalam mata pelajaran Sejarah SPM di dalam bilik darjah," katanya.


Sumber foto: Youtube Vulcan

Wah! Kalau guru pun menjadikan videonya sebagai alat bantu mengajar, pasti video itu sangat berkesan dalam membantu meningkatkan minat murid terhadap subjek berkenaan. - CARI

9

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 4-1-2017 12:43 PM
Mana video nyaaa
Quote Artemesiaa 4-1-2017 12:50 PM
Rasanya dah lama kaedah ni ada cuma tak ramai yang nak gunakan
Quote sabar_sabariah 4-1-2017 01:00 PM
kalau bagi aku,
ok je
macam2 cara untuk belajar
tak semestinya follow bulat2 cara skang
ikut creativiti la janji boleh faham

macam cikgu adik aku
dia tukar novel jadi komik
kan budak sekolah ada kena baca buku yg macam buku cerita tu
pe dia namanya ek
so dia upah adik aku suh lukis komik
kalau komik kan lagi senang nak dibaca
students pun sng faham
Quote indenial 4-1-2017 03:19 PM
Bestnya. Xdala sebijik2 nk menghapai. Stressss
Quote lch3333 5-1-2017 12:58 AM
paling tak suka sejarah, bosan
Quote itams 5-1-2017 10:47 AM
okay la tu..tak boring la belajar sejarah dapat cikgu nyanyi  
Quote mommymonster82 5-1-2017 10:54 AM
Teknik ni memang slah 1 teknik yg bagus utk hafalan... cuma masalahnya...Budak2 skrg ni byk sgt  dimanja2.. dalam belajar..sampai bila nak berfikir sendiri... me dulu masa study cipta sendiri je  semua ikut kesesuaian diri..cikgu ajar cara or teknik mengingat je..pastu pandai2 lah pilih.. even nota ringkas ke apa semua buat sendiri..mind map ke thinking map ke..


Ajar teknik belajar n suh dorg kenal pasti mana yg sesuai..tapi manja sgt sampai lagu pon cikgu kena buat and ajar...thinking map pon cikgu kena buat dorg isi tempat kosong je...dah mana datangnya high oder thinking skills...ni nak exam level spm dah ni..bukan upsr lagi....  budak skrg terlebih manja.....
Quote seramado 5-1-2017 11:44 AM
bagus sbnrnya takda la bosan belajar sejarah kan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041983 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top