Pengharaman beg plastik di negeri Selangor bermula 1 Januari nampaknya telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.
Ada yang menyatakan rasa terkejut dan juga janggal bila tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik apabila membeli di pasaraya. Malah ada juga yang mempertikaikan tentang bayaran 20 sen bagi mereka yang masih ingin menggunakan beg plastik dan banyak lagi. Seorang netizen ini pula mencadangkan pihak kerajaan negeri mewujudkan plastik biodegradabale seperti yang digunakan di pasaraya Tesco dan DIy. "Plastik biodegradable tu mmg kejap je dah mereput. Nak jadikan plastik sampah pun tak boleh," kongsi netizen ini.
Katanya lagi, kemungkinan kecurian berlaku lebih tinggi bila pengguna diminta membawa beg sendiri dan betapa sukarnya bagi pengguna yang duduk di kawasan flat. "Tak dapat bayangkan kalau duduk flat kena panjat tangga kalau takda plastik," rungutnya. Respon yang diterima daripada netizen lain pula adalah berbentuk cadangan bagaimana untuk memudahkan pembelian tanpa menggunakan beg plastik. Mereka juga berkata situasi begini hanyalah permulaan, lama-kelamaan masyarakat bakal terbiasa seperti juga dengan situasi GST. Bagaimana pula dengan anda? Tak tahan bila tiada beg plastik? - CARI |
GigaMom replied at 4-1-2017 11:35 AM
Nak guna plastik tapi kena bayar
Nampak sgt bisnes.
Lain lah if plastik x wujud langsung
myoujin replied at 4-1-2017 08:35 PM
Apsal tak sediakan beg kertas cam omputih nun???
GigaMom replied at 4-1-2017 09:10 PM
X yah lah. Nnti depa naik kn harga barg. Kenkunun nk cover paper bag ni laa. Harga pukal 10sen cha ...
ADVERTISEMENT