CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Yang Ibu Bapa Sibuk Makan Sama Di Kantin Sekolah Tu Dah Kenapa?

5-1-2017 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11133| Komen: 48|Original author: Oleh: Adib Za


Bila musim persekolahan baru dibuka semula untuk tahun baru ini, pelbagai kisah sedih, gembira dan tak kurang juga rungutan yang berkaitan perkara yang terjadi di sekolah.


Ini termasuklah waktu rehat yang dilihat sebagai masa yang sangat penting untuk anak-anak kecil mengambil dan menikmati makanan mereka. Terutamanya yang masih baru lagi belajar untuk berdikari iaitu anak-anak darjah satu.

Seorang netizen bernama Jarr Nadjmuddean meluahkan rasa kurang senangnya dengan sikap sebilangan ibu bapa yang turut serta duduk sekali makan di kantin dengan anak darjah satu pada waktu rehat. 


Harus diingat, kawasan kantin di sekolah juga memiliki ruang yang terhad dan ini menyebabkan murid-murid lain menjadi terpinga-pinga kerana tiada tempat makan yang boleh didudukinya. 


Ini bukan isu kecil. Waktu makan anak-anak ini sudahlah sangat singkat iaitu 20 minit sahaja, ada pula ibu bapa yang sibuk memanjakan anak mereka di situ sehingga menutup ruang murid lain. 

"Masyarakat kita ada satu masalah bila hantar anak masuk darjah 1. Pesen time rehat duduk sekali makan dengan anak dah tu siap berborak. 

"Murid-murid lain dah terpaksa terpinga-pinga pegang makanan nak cari tempat duduk. Masa rehat depa bukan dua jam la beruk. 20 minit je. 20 minit tau? Kau ingat lama ke 20 minit tu?" ujar netizen ini. 

"Tujuan kau hantar anak ke sekolah supaya dia belajar erti hidup berdikari. Dah lepas hantar tu kau baliklah. Nanti pukul 12:30 anak nak balik kau datanglah ambil balik. Biarlah cikgu yang handle kehidupan anak kau kat sekolah," katanya lagi. 

Perkongsian ini mendapat persetujuan ramai netizen lain yang membacanya. Malah ada yang turut berkongsi pengalaman serupa disebabkan sikap ibu bapa yang tidak peka dengan keadaan murid lain. 



Tidak salah untuk memanjakan anak dan juga mengambil berat tentang mereka lebih-lebih lagi yang baru sahaja memasuki darjah satu. Namun begitu, jangan sampai menidakkan hak murid lain ya, ingat bukan anak anda seorang yang bersekolah di situ! - CARI 
8

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
4

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • beyou


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 5-1-2017 11:20 AM
ada benarnya kata2 dia tu.. tak boleh manjakan sangat anak2.. memang kesian kat budak2 yg takde tempat duduk nak makan dlm masa rehat yg terhad tu.. cuma boleh tak jangan guna bahasa kasar sgt.. siap beruk2 bagai..
Quote shernazz 5-1-2017 11:30 AM
lain.kali.mak.pak.bawak.skali.kerusi dok.reramai
jangan lupa..payung...
Quote cycra 5-1-2017 11:36 AM
shernazz replied at 5-1-2017 03:30 AM
lain.kali.mak.pak.bawak.skali.kerusi dok.reramai
jangan lupa..payung...

gelak mampuih aku baca jgn lupa bawa payung..
Quote cycra 5-1-2017 11:36 AM
shernazz replied at 5-1-2017 03:30 AM
lain.kali.mak.pak.bawak.skali.kerusi dok.reramai
jangan lupa..payung...

gelak mampuih aku baca jgn lupa bawa payung..
Quote seramado 5-1-2017 11:43 AM
teringat zaman sekolah dulu dah ada parent camni
Quote awaynepian 5-1-2017 12:08 PM
Biasala..mak pak terlebih excited..anak masuk darjah satu..minggu pertama je kot...sekolah anak aku..aku tunggu first day masa dia masuk..pastu aku balik umah..n msa balik aku ambik..so far mmg ramai  first day tu parents tunggu sampai balik
Quote sabar_sabariah 5-1-2017 12:12 PM
cara mengatasi masalah kekurangan tempat duduk kat kantin ni
next time mak bawak tikar
time rehat takyah dok kat kerusi kantin
bentang tikar, piknik je




anak aku baru 2 thn
diharap masuk sekolah besar nanti
takde lah aku berperangai cenggini
tak pasal2 muka aku tular kat socmed
Quote wirazam 5-1-2017 12:18 PM
bukan hantar dan balik je ke...lets the cikgu handle student2 darjah satu ni..tp kalau yg terlebih manja entah ler camana cikgu nak handle
Quote Artemesiaa 5-1-2017 12:21 PM
Sebab tu ada sesetengah sekolah akan melarang ibubapa berada dalam kawasan sekolah sejurus bermulanya waktu persekolahan.  Semua kena tunggu luar pagar sekolah.  Dengan cari ni anak2 akan lebih cepat belajar berdikari dan mengikut peraturan sekolah.
Quote rospinki 5-1-2017 12:25 PM
smua anak2 aku tk pernah attend diorg mcmni..hari pertama dh diorg pandai2 sendiri. tapi sedihla mengenangkan dia tapi itu je sebaiknya bagi mengajar mereka erti berdikari.

Quote prettyuglybabe 5-1-2017 12:37 PM
mak bapak yang menunggu dari awal sampai balik tu mesti stok stok kejap-kejap upload gambar anak dengan luahan sedih anak dah masuk sekolah bla bla bla
Quote wirazam 5-1-2017 12:40 PM
Artemesiaa replied at 5-1-2017 12:21 PM
Sebab tu ada sesetengah sekolah akan melarang ibubapa berada dalam kawasan sekolah sejurus bermulany ...

setuju juga..semua parents kalau nak tunggu, tunggu kat luar pagar...guru besar kena beri jaminan yg keselamatan anak2 murid terpelihara dlm kawasan sekolah.bukan apa utk keselamatan para pelajar juga...mana lar tahu kot2 nanati ada yg menyamar jd parent..

Quote PenjualAPAD 5-1-2017 12:46 PM
Pesen dan beruk detected, geng kelate kito hahaha
Quote amukgemuk 5-1-2017 01:03 PM
tak epic sangat kalau orang yg tak buat kerja ni  komen.... pasal normal sangat.

Aku tengah tunggu komen dari mak bapak yang buat tu... membujur lalu melintang patah menjawab...
nak jugak betul kat dia.
Quote AbukRokok 5-1-2017 01:11 PM
beruk najmudeen lupa
dia skolah dlu mak dia tggu sampai kul 12

beruk je yg knal beruk
Quote manjalara_01 5-1-2017 01:18 PM
amukgemuk replied at 5-1-2017 01:03 PM
tak epic sangat kalau orang yg tak buat kerja ni  komen.... pasal normal sangat.

Aku tengah tungg ...

manja dulu 1st day of school, semua buat sndiri..byr yuran kat cikgu etc..gi kantin rehat 1st day sendiri
xde maknanye parents nk tunggu kat luar kelas & sebagainye...(bangga la konon )

tp dulu xde la pulak sampai kena makan berdiri sbb parents lain duk terjah kantin.mungkin sbb kantin besar kot.
tp pernah la ade classmate yg dpt special attention dari parents atas kes2 tertentu.

cause seingat i dulu ade classmate yg ade masalah kesihatan mcm jantung berlubang, asma etc.

x tau la dulu dgn skrg mungkin x same kot. mungkin dulu parents x manjakan sgt anak2..skrg x same..mcm dulu

Quote manjalara_01 5-1-2017 01:47 PM
prettyuglybabe replied at 5-1-2017 12:37 PM
mak bapak yang menunggu dari awal sampai balik tu mesti stok stok kejap-kejap upload gambar anak den ...

teori i pulak, mungkin sbb parents dh byk kluar duit awal tahun ni utk anak2 ke sekolah
so antara cara mudah nak save budget makan kat kantin skolah la ..sbb u xleh dpt makanan harga mcm ni kat luar
Quote tayam 5-1-2017 01:50 PM
bapak aku hntr depan pintu pagar jer..huhuhuhu
Quote Mary_jane 5-1-2017 01:51 PM
Tahun ni takde plak tular pasal kepala budak sekolah tersepit kat bangku. :p

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.057728 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top