Siapa yang tidak gemarkan popcorn ayam? Setiap butirnya bukan sahaja rangup, malah cukup segala rasa pedas, berempah dan daging yang manis.
Anda boleh sediakan sendiri popcorn ayam dan pasti terkejut dengan hasilnya yang memang menggiurkan. Cara penyediaannya juga tidak terlalu sukar. Pasti anak-anak tertambat dengan resipi ini. Persis makan di restoran makanan segera, namun disediakan sendiri dengan cara yang lebih sihat dan terjamin kebersihannya. Enak juga diambil pada waktu petang. Mari mencubanya! Bahan-bahan: 500 gm dada ayam, dipotong dadu
2 ulas bawang putih, dikisar ½ sudu teh garam ¼ sudu teh serbuk lada hitam ½ cawan tepung gandum 2 ½ cawan emping jagung, dikisar kasar ¼ sudu teh paprika atau serbuk cili ¼ sudu teh serbuk lada sulah ¼ cawan mentega 2 biji telur, dipukul 3 cawan minyak masak Cara-caranya: 1. Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika. 2. Satukan tepung, serbuk paprika dan lada putih. Gaul rata. 3. Di dalam mangkuk berlainan, masukkan emping jagung. 4. Pukul telur dalam mangkuk. 5. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk telur hingga rata. 6. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan tepung dan sadurkan kembali dengan telur dan kemudian salut dengan emping jagung tadi. 7. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair. 8. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis. 9. Toskan ayam dan sedia untuk dihidangkan. - CARI Kredit resipi: Zulfadreamland Blog |
33
Bagus |
26
Marah |
25
Terkejut |
29
Sedih |
21
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT