CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Garapan Berbeza Tentang Makhluk Asing, The Arrival Penuh Misteri Dan Debaran

6-1-2017 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6976| Komen: 16|Original author: Oleh: Myra Rozi

Foto: www.cinema.com.my

Siapa di sini peminat filem yang bertemakan penjelajahan ruang angkasa atau makhluk asing?

Jika ya jawapannya, filem terbaru berjudul The Arrival keluaran Paramount Pictures ini perlu dimasukkan dalam senarai wayang wajib ditonton oleh anda.

Dibintangi oleh nama-nama besar seperti Amy Adams, Jeremy Renner, Forest Whitaker, Michael Stuhlbarg, Mark O'Brien dan Tzi Ma, filem arahan Denis Villeneuve ini pasti tidak akan mengecewakan para penonton.


Satu pasukan khas diketuai oleh Louise Banks (Amy Adams) dan Ian Donnely (Jeremy Renner) ditubuhkan untuk mengetahui tujuan kedatangan dua belas pesawat asing ke bumi sebelum akhirnya menemukan yang makhluk berkenaan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa simbol dipanggil 'Heptapods'.

Lakonan mantap Amy Adams yang membawakan watak sebagai seorang pakar bahasa meninggalkan kesan dalam jiwa dengan sifatnya yang tidak pernah berputus asa dan bekerja keras.

Foto: www.telegraph.co.uk
Namun di sebalik seorang wanita yang tabah, Louise sering dihantui bayangan kehidupannya bersama anak perempuannya yang menghidap kanser namun masih kabur tentang siapa sebenarnya ayah kepada anak kecil itu.

Garapan pengarahnya yang berjaya menimbulkan kesan emosional dalam watak Louise dan anak kecilnya membuatkan penonton dapat merasai penderitaan yang ditanggung mereka. Ia disampaikan melalui penceritaan secara abstrak dan simbol yang menggambarkan kesedihan dan kegembiraan.

Foto: www.telegraph.co.uk
Tidak kurang hebat dengan pendukung watak Ian Donnely yang dilakonkan oleh Jeremy Renner kerana berjaya membawa impak besar dalam keseluruhan cerita dengan aksi dan reaksinya ketika berdepan dengan kedatangan makhluk asing.
 
Berbanding filem sains fiksyen yang lain, kali ini ia menampilkan makhluk asing yang lebih 'halus' dan tidak berbahaya. Penggunaan teknik CGI yang tidak melampau menjadikan ia lebih nampak asli dan tidak dibuat-buat.

Teka-teki yang ditimbulkan untuk mencari jawapan dan kaitan di antara Louise dan Ian menjadi klimaks dalam cerita ini apabila kod-kod rahsia dapat dipecahkan namun malangnya disalah tafsir oleh manusia.

Foto: www.nytimes.com
Apa rahsia sebenar antara bayangan Louise, anak perempuan dan Ian yang membuatkan makhluk asing ini datang ke bumi? Adakah bumi akan menjadi aman kembali atau berdepan dengan kehancuran?

Filem ini mempunyai idea yang segar dan olahan penceritaan yang sangat baik untuk membuat penonton memahami tentang dimensi masa yang berlainan.

Apa yang lebih penting adalah filem ini dapat membuat kita berfikir tentang pentingnya penggunaan bahasa dan komunikasi yang baik bagi memperoleh sesuatu kejayaan. 

Foto: www.telegraph.co.uk
Secara keseluruhannya, ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemarkan gabungan elemen misteri, sains, fiksyen dan angkasa lepas.

The Arrival bakal ditayangkan di Malaysia bermula pada 12 Januari 2017. Ayuh,luangkan masa anda untuk menonton filem hebat ini. -CARI

Foto: qz.com
9

Bagus
20

Marah
19

Terkejut
26

Sedih
22

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanakikan 6-1-2017 12:58 PM
amy adams for oscar winner!!
Quote evlinne 6-1-2017 01:36 PM
Knp muka amy adams somehow looks asian?
Quote jiwarasa 6-1-2017 05:04 PM
best ke tak cerita ni tt. ke boring?
Quote CARI-MRO 6-1-2017 05:13 PM
jiwarasa replied at 6-1-2017 05:04 PM
best ke tak cerita ni tt. ke boring?

Tak boringlah. Best sbb elemen misteri dia tu. nanti tengok okayy!
Quote Andyscenes 6-1-2017 05:32 PM
aku da tgk online, x best sgt citer dia.
Quote -electrifying- 6-1-2017 05:48 PM
mcm best je, mnat amy adam ni
Quote capiloton 7-1-2017 08:06 PM
takde orang tengok ker citer ni?
Quote hanakikan 7-1-2017 10:25 PM
dah tengok. memang best

citer ni bergenre kan sci-fiksyen, thriller. ye lah, sebab ada alien,ada 12 spacecraft mendarat kat bumi. tapi bila tengok citer ni sampai abis, lebih banyak elemen drama. citer ni banyak flashback kehidupan Loiuse (amy adams) yg kematian anak dia sebab cancer. bila keluar dari cinema, ending dia boleh buat iols still fikir lagi. so, secara peribadi filem ni lebih kepada genre drama yg "berat". ok, citer ni bukan typikal alien datang bumi, serang manusia, nak ambil sumber mineral. ada sebab alien tu datang kat bumi. kedatangan alien ni sebenarnya nak "memberi" sesuatu kepada manusia dengan balasan manusia akan tolong alien pada masa hadapan. apa yang alien tu "beri" kena tengok, tak nak spoiler.

lakonan amy adams sangat mantap. iols confuse bila dia banyak dapat pencalonan untuk filem ni walhal filem ni bergenre kan sci-fiksyen, ada alien. jarang sangat orang dapat pencalonan awards yg besar (Oscar, GG, SAG, critics) utk filem genre ni. untuk rekod, matt damon filem the martian dengan sandra bullock filem Gravity. tapi kedua2 filem ni kalau nak difikirkan secara logik boleh berlaku, tidak mustahil. tapi filem Arrival ni ada spacecraft, ada alien. kiranya secara reality tak ada bukti pun kewujudan dorang. tapi bila tengok filem ni sampai habis, amy adams memang berjaya main kan emosi dia sepanjang filem ni. bila scene flashback dia dengan anak dia yg sakit, emosi dia sangat real. then scene dia bercakap dengan alien, mcm real. reality nya dia bercakap dengan dinding hijau.

banyak scene menarik, scene berdebar. masa dorang masuk dalam spacecraft tu then alien datang (ada dinding), alien tu keluarkan bunyi. agak creepy. then scene Louise tafsirkan bahasa alien tu. tapi banyak scene element drama. flashback pasal anak dia. sampai lah scene dah nak abis tu, baru tahu kenapa alien tu datang kat bumi.

Quote mbhcsf 8-1-2017 07:41 AM
Edited by mbhcsf at 8-1-2017 07:51 AM

ohhhhh...Malaysia tak tayang lagi keeee?
wow lambat  di UK dah berbulan dah starting November 2016?

okay ini my review yg i edit dah.

bestttttttttttttt.....but.....jgn annoyed ye  hahahhhh bila dah akhir akhir


Edited by mbhcsf at 20-11-2016 07:26 AM


okay , Kem u nak yg thinking film kan

May  I suggest  this   film entitled .. Arrival ? -
My impression - film ni menarik perhatian I bukan sebab apa, sebab bila tengok trailers tu i nampak communication, spectrogragh analysis on those speech - like sound produced by the aliens , boleh nampak dalam monitor pc depa  ( ni nice tau ) - tu, then i nampak dia buat lakaran atas analysis  speech/ sound patterns tu and dia cuba communicate guna simbol rumi ( bahasa)  dan terhadap 'heptapods' - merujuk kepada   alien tu...... dan lepas analyse speech patterns semua tu  dan barulah  depa communicate ..then nak intepret  macam mana  dalam konteks apa? hahahah ini best- sebab team russia ke china ke ( i tak ingat )  guna medium lain untuk komunikasi dan konteks - yups KONTEKS  komunikasi tu  - macam mana nak tentukan hajat alien tu dengan betul kalau anda beri mahjong je  kat aliens tu as the only  tools used for communicating your intent ...( i.e want war or not war ?? hahahah )  ... ...nice... cara depa nak established communication tu dan juga visual effects menarikl, kat sini brilliant tau the thinking tu ...nice concept ...so pentingnya element ' art atau sastera  ' pada science jugak ...kan?

so elements mentioned above have drawn me into watching this film.
so yes - i memang suka  cara dia as in the lady actress  - rachel adams tu  - berlakon u akan lupa sebentar dia tu rachel dan dia into her character , nice scripts though  

and jeremy renner okay wataknya - interesting as physicist  yups - so antagonise ? compliment fields satu science vs social science  - dedua mempunyai misi yg sama untuk  mengenal pasti tujuan makhluk asing tu.

plot wise - simple and menariknya dia buat macam prologue...and you will get to know at the end apa jadi dan  yg kecewakan sikit ialah citer ni well anti klimaks lah..i mean  tengoklah sampai habis - pandai screewriter tu buat penonton waiting - for something to happen and  hahahah tengoklah , dan rasalah  apa  yg i rasa atau tak rasa di akhir fil ni - annoying je , i mean u tertanya  - apa sebenarnya signifikan kehadiran sebegitu banyak if ... kalau dilihat  dialogue dalam babak erkahir  tu akan tahulah kenapa...

ini satu satunya film yg buatkan i bangun, geleng kepal dan i just leave the post credit  screenings..ceh...because of the plots but not the content and the concepts  yg menarik ...
but brilliant  concept depa cuba tonjolkan on communication , tool the humans choose for it and what are the implications kalau kita misinterpret  the signs / signals and  based on medium kita pilih untuk  established communication..

analysis  bunyian bahasa tu specto graphs tu nice...

nice ...

tapi last alst annoying hahaahaha

but it is good.  cara dia  approach the situation dengan bahasa , pendekatan dia ajaq kata dulu ...then what kind of kata  noun, verbs  common sense  ...but itulah yg menariknya film thinking macam ni ...then dia terang fungsi kata, phrase  dan clause apa maksud...simple script but nice... soalan dia tanya jememu pada babab akhir - on ' time factor' nice...so yeah...

but niceeeeeeeee  house and ya allah lake ...that lake is  nice

that was in Kemaruk's thread
Quote mbhcsf 8-1-2017 07:43 AM
hanakikan replied at 7-1-2017 10:25 PM
dah tengok. memang best

citer ni bergenre kan sci-fiksyen, thriller. ye lah, sebab ada alien,ada  ...

good depiction of the so called ' aliens'  dalam movie ni digelar heptapods - bukan rujuk bahasa depa, tapi depa macam sotong .
Quote MissNigga 8-1-2017 11:41 AM
mobie nie agak berat .....

berat dalam memahami keseluruhan mesej yang nak disampaikan ....
berat dari segi permainan emosi ... especially permainan emosi yang perlu dilakonkan oleh amy adam ...

most probably bosan utk some ppls yang mendambakan filem aksi .. lawak .. dan dialog lawak....
tapi for me ... the mobie is owsem ...
kena tol tol memahami pergolakan jiwa amy ... memahami connection antara kehidupan amy vs jedatangan alien tersebuyt + communication antara amy and alien ...

overall... iols skor mobie ni 8/10

come back.... come bacckkkkkkkk
Quote grouper 9-1-2017 01:31 AM
Alien stail ni dah ada dlm cite the day the earth stood still..keanu Reeves jd alien
Quote mat_arof 9-1-2017 02:29 PM
hanakikan replied at 6-1-2017 12:58 PM
amy adams for oscar winner!!

oscar nomines boleh larr..

untuk winner ..kirim salam larr amy...
cuba lain kali lerr.


* aku rasa nasib dia akan jadi macam glenn close 5x oscar nomination tapi 0 winner
Quote mat_arof 9-1-2017 02:33 PM
oh filem ni mengikatkan aku filem apa ntah lakonan Keanu reeves dan Jennifer Connely...

bosan giler filem tu..


Quote evey709 9-1-2017 02:44 PM
*Spoiler sket utk Arrival & Westworld. Pi tgk dulu kalau x nak tau twist 2-2 cerita nih*

Movie ni sy ada mixed feelings sket.
Awal2 dia best, the build up, suspense smua best.

tp towards the end tuh, starting Louise di bawak masuk dlm space ship tu, rs rushed sgt.
Da la reminded me of Man of Steel.
Pastu bile dia explain dia bole access time non-linearly (lebih kurang la, x ingt term dia yg betul2), sy rs cam 'meeeh'.
Saya lah rugi bab ni sbb sbno nya br abes tgk cite Westworld.
Westworld pon twist dia lebih kurang camni gak kan? - rupa2 nya selama ni, yg kt tonton bukanlah secara kronologi.
Jadi rasa agak rugi kat situ. Kalau sy tgk Arrival sblm Westworld, mebbe sy lebih suka Arrival kot.
Quote ladydolph 10-1-2017 09:30 AM
bagi yang terbiasa dgn movie aliens yang perang2 tembak2 ... mmg akan kata filem ni bosan ... n mmg ada yang kata depa tdo ke apa .....
but not to me ... saying this bukan sbb biased sbb karatz Jeremy Renner .... Amy Adams yang superb dlm ni ..... she is the star, while Jeremy hanya la supporting but is an important figure in the story ... chemistry dorang mmg mantap ... jalan cerita unik, plus cinematography yang cantik ... OST yang adakala seram .... and ada kala melankoli ... mmg sesuai dgn mood cerita ...
aliens tu ya ... mcm sotong, cara communicate pun guna ink hitam .. but more like gentle giants, mcm rupa gajah pun ada.... and depa disalah erti ....
tak nak spoil apa2 utk yg belum tgk .... filem ni buat aku berpiker berhari2 selepas tgk ... tak tau kenape ... impak mmg terasa ...

*Memory is a strange thing ....

#justmytwocents

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.045438 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top