CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wah! Tak Sangka 5 Produk Bayi Ini Boleh Jadi Produk Kecantikan Juga

6-1-2017 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7493| Komen: 32|Original author: Oleh: Maly Rosli

Siapa yang tak suka dengan bau badan bayi, terutama selepas dikenakan produk untuk bayi yang sangat harum dan lembut baunya. Bukan sahaja baik untuk bayi, malah ia juga bagus untuk kulit orang dewasa. Produk bagi bayi dirumus khas supaya lembut dan selamat digunakan pada kulit bayi yang sensitif.


Jika ia bagus untuk bayi, semestinya ia bagus untuk golongan dewasa juga, bukan? 


1. Bedak Bayi

Sumber foto: Hipwee

Jika rambut anda terlalu berminyak dan malas mencuci rabut menggunakan syampu, sapukan sedikit bedak bayi pada kulit kepala anda dan ia akan menyerap minyak serta-merta. 


Satu lagi perkara yang anda boleh lakukan dengan bedak bayi adalah sapukan bulu mata anda dengan sedikit bedak sebelum mengenakan maskara untuk bulu mata kelihatan lebih panjang dan lebat.


2. Sabun Bayi

Sumber foto: Carian Internet

Jangan risau jika anda kehabisan pencuci muka, gunakan sahaja sabun mandian bayi kerana ia akan membersihkan wajah tanpa membuat kulit menjadi terlalu kering.


3. Syampu Bayi

Sumber foto: https://www.johnsonsbaby.com

Anda akan mendapatkan rambut yang lebih halus dan lembut sekiranya menggunakan syampu bayi. Malah, keharumannya sangat menenangkan persis bau bayi!

Bukan itu sahaja, syampu bayi juga merupakan alternatif kepada pembersih mekap.


4. Berus Gigi Bayi

Sumber foto: Toys R Us
Berus gigi bayi lebih lembut berbanding berus gigi biasa. Bagi bibir yang hitam atau kusam, gosok bibir secara perlahan setiap malam sebelum tidur menggunakan berus gigi lembut yang dibasahkan.

Kaedah ini membantu membersih dan menyingkirkan sel kulit mati selain melancarkan peredaran darah. Hasilnya, bibir anda jadi lebih lembut dan segar!


5. Krim Ruam Lampin Bayi

Sumber foto: Carian Internet

Krim ruam lampin boleh dijadikan pelembap bibir yang hebat. Ya, betul tu! Ia akan menghilangkan rekahan pada bibir anda dengan pantas! 


Wah, banyak juga manfaat produk penjagaan bayi untuk kecantikan ya. Selepas ini, tak perlu ragu-ragu lagi mencari produk kecantikan kulit yang sesuai bagi wajah anda. - CARI

35

Bagus
15

Marah
30

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 6-1-2017 01:36 PM
nak tukar pakai syampoo johnsons la..
tak pedih kan mateee...
Quote MsKathryn 6-1-2017 01:40 PM
Good info..
Quote ieja_k 6-1-2017 01:40 PM
good info
Quote FARRAZOOL 6-1-2017 01:49 PM
Good info...
Quote yasinfi 6-1-2017 02:15 PM
prettyuglybabe replied at 6-1-2017 01:36 PM
nak tukar pakai syampoo johnsons la..
tak pedih kan mateee...

betul la..tak da chemical bagai,...rambut pun tak rosak..same time dpt cuci rambut
Quote myakayina 6-1-2017 02:19 PM
aku mmg dah lama pratikkan pakai bedak baby kat rambut tu..mmg berkesan..rambut pun wangi..
Quote prettyuglybabe 6-1-2017 02:28 PM
yasinfi replied at 6-1-2017 02:15 PM
betul la..tak da chemical bagai,...rambut pun tak rosak..same time dpt cuci rambut

kan.. tapi dah beli syampoo sebotol belum buka lagi..
kena la bersabar sampai habis
Quote prettyuglybabe 6-1-2017 02:29 PM
myakayina replied at 6-1-2017 02:19 PM
aku mmg dah lama pratikkan pakai bedak baby kat rambut tu..mmg berkesan..rambut pun wangi..

tabur je ye kat rambut?
ke kena sapu sikit sikit macam pakai kat muka?
Quote fishcracker 6-1-2017 02:40 PM
nappy cream bole jadi lip balm tu.....
Quote ayuniaa 6-1-2017 02:41 PM
Good info
Quote kikuri 6-1-2017 02:57 PM
syampu baby biasa dah pakai... bila lupa beli syampu sendiri memang tibai syampu anak
Quote myakayina 6-1-2017 04:04 PM
prettyuglybabe replied at 6-1-2017 02:29 PM
tabur je ye kat rambut?
ke kena sapu sikit sikit macam pakai kat muka?

tabur sikit kat rambut lepas tu ko ratakan la kat akar rambut tu..jgn sampai nampak putih bedak tu..dia serap minyak kat rambut kita..
Quote amyza 6-1-2017 04:06 PM
Memang pakai shampoo,sabun dgn tisu baby. Nanti nak try pakai nappy cream pulak.
Quote prettyuglybabe 6-1-2017 04:21 PM
myakayina replied at 6-1-2017 04:04 PM
tabur sikit kat rambut lepas tu ko ratakan la kat akar rambut tu..jgn sampai nampak putih bedak tu ...

oo.. jenuh juga la nak sapu rata satu kepala ek..
Quote myakayina 6-1-2017 04:25 PM
prettyuglybabe replied at 6-1-2017 04:21 PM
oo.. jenuh juga la nak sapu rata satu kepala ek..

boleh je..tak la jenuh mana...ko gosok2 je pun dah ok dah..antara rajin dgn malas jer..
Quote tayam 6-1-2017 04:40 PM
thorbaik...nnti nk try
Quote siskepoh 6-1-2017 05:38 PM
sabun bby penah cuba. mmg doktor syorkan pakai sabun jhnsons ni utk ilangkan jerawat.
Quote alieyrina 6-1-2017 05:40 PM
Syampu bb oren tu awat busuk..nasib ku beli hat kecik..buat basuh berus mekap jah..
Quote prettyuglybabe 6-1-2017 06:03 PM
myakayina replied at 6-1-2017 04:25 PM
boleh je..tak la jenuh mana...ko gosok2 je pun dah ok dah..antara rajin dgn malas jer..

ok.. bersemangat ni nak rembat anak buah punya bedak

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.131153 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top