CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cubalah Buat Sendiri Aiskrim Ala Baskin-Robbins, Mudah Sahaja!

6-1-2017 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13752| Komen: 19|Original author: Oleh: Maly Rosli

Anda pernah makan aiskrim Baskin-Robbins tak? Sedap, kan? Sayangnya, tak boleh beli selalu kerana harganya yang agak mahal.


Sumber foto: FB Baskin-Robbins

Kalau anda mahukan aiskrim ala Baskin-Robbins, anda harus cuba resipi ini! Resipi aiskrim Baskin-Robbins ini agak berbeza daripada aiskrim Malaysia di mana semua orang mampu membuatnya. Campur sahaja air dan beberapa perisa, kemudian dimasukkan ke dalam plastik. Selepas itu, masukkan sahaja ke dalam peti ais, jadilah aiskrim! Mudah saja, bukan?

Kali ini apa kata anda cuba resipi aiskrim Baskin-Robbins pula? Walaupun tak sebiji serupa rasanya dengan Baskin-Robbins, namun bolehlah nak berangan macam makan aiskrim Baskin-Robbins, kan.



Bahan:


1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat (tambah susu jika mahu lebih manis)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar Ovalette


Bahan Perasa:
Ikut citarasa. Anda boleh guna durian, strawberry emulco, milo, atau apa sahaja perisa.


Cara:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali bahan perasa ke dalam bekas dan pukul selama 15 hingga 20 minit atau sehingga tekstur berubah menjadi pekat dan likat.


2. Asing adunan jika mahu buat pelbagai perasa.

3. Kacau adunan dengan bahan perasa sehingga sebati. Jika mengguna bahan perasa pepejal seperti buah-buahan, disarankan pukul menggunakan mixer.


4. Taburkan hiasan ke atas adunan tadi jika mahu.

5. Masukkan ke dalam peti sejuk beku dan tunggu sehingga keras seperti aiskrim!

Sumber foto: Blog Cik Epal

Selamat mencuba. - CARI


Kredit resipi: Blog Cik Epal
16

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
19

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tayam 6-1-2017 04:48 PM
sedapnnya lahai
Quote siskepoh 6-1-2017 05:36 PM
sedap btol eskem..i want
Quote WajibulGhunah 6-1-2017 06:16 PM
Nak try tp peti ais skang kt asrama

Pinjam peti ais felo aka warden??
Quote cik-jaja 6-1-2017 06:27 PM
dapnyeee sok cuti, kt try!
Quote AbukRokok 6-1-2017 07:12 PM
sedapnya aiskrim.. tahukah anda aiskrim adalah makanan sunnah.
Quote nicole32 6-1-2017 08:26 PM
nampak sedap, mao try juga
Quote tang_ginger81 6-1-2017 09:39 PM
Mcm sedap jak ni
Quote LavaUollss 8-1-2017 02:19 AM
ovalette tu apa?? Korang yg komen nak buat tu tau ke ovalette tu apa?
Quote kiwi16 8-1-2017 01:37 PM
LavaUollss replied at 8-1-2017 02:19 AM
ovalette tu apa?? Korang yg komen nak buat tu tau ke ovalette tu apa?

La...tak kenal ke yg mana satu ovalette?
Dik, klu ko selalu buat biskut atau kek mesti biasa jumpa.

Ovalette tu guna utk buat mknan jadi lembut dan gebu..yg warna kuning tu...biasa dlm bekas kecik je saiznya.
Quote LavaUollss 8-1-2017 02:09 PM
kiwi16 replied at 8-1-2017 01:37 PM
La...tak kenal ke yg mana satu ovalette?
Dik, klu ko selalu buat biskut atau kek mesti biasa jump ...

saya kenal ovaltine je kak.. ingatkan typing error
Quote mimzat 9-1-2017 01:32 PM
Kena mencuba ni.  Terima kasih.
Quote samasam90 9-1-2017 02:38 PM
meolls dah pernah buat. tak best pun. tak sampai 30 sec dah cair. acik porumer, siapa dah try yg guna heavy cream?
Quote lesprincesse 11-4-2017 10:38 PM
samasam90 replied at 9-1-2017 02:38 PM
meolls dah pernah buat. tak best pun. tak sampai 30 sec dah cair. acik porumer, siapa dah try yg gun ...

simpan dalam freezer berapa lama....
Quote samasam90 11-4-2017 10:44 PM
lesprincesse replied at 11-4-2017 02:38 PM
simpan dalam freezer berapa lama....

1 malam. malam saya buat, esok pagi makan

memang keras, tapi bila tengah makan tu dah berair mangkuk. cepat cair.
Quote cheergirlz 12-4-2017 08:44 AM
lor snang jer upenyer..tq2 share
Quote pearl.silver 26-4-2017 11:35 PM
Ovalet ni bole mkn mentah ye?

Tp iols just blend susu full cream, buah mangga, n yogurt. Blend lama2 sampai jd likat.
Pastu buh dlm esbok..sedap aiskrim mango i
Klu nk lagi gebu, esok nya blend lg sekali dan beku kn balik.
Quote ciksenah123 5-5-2017 05:51 PM
Looks yummy. Thanks sharing!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.139872 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top