Wah! Tahniah diucapkan kepada penggiat seni tanah air, Ahmad Azhar Othman atau lebih mesra dengan panggilan Awie kerana dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, semalam (Jumaat) bersempena sambutan ulang tahun ke-86 keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
"Alhamdulillah, saya menganggap ini satu rezeki. Sebelum ini saya sudah beberapa kali mendengar ura-ura menyatakan perkara itu, tapi selagi belum ada kepastian saya tak berani nak bercakap. "Apabila mendapat surat itu, saya menerima dengan berlapang dada. Bagi saya ini satu penghargaan kepada insan seni seperti saya yang sudah 31 tahun berada dalam industri," katanya kepada Harian Metro.
Vokalis kumpulan Wings itu merasa dirinya dihargai apabila dikurniakan darjah kebesaran berkenaan, malah dia kini semakin bersemangat untuk terus berbakti dalam dunia seni. "Saya berharap peminat akan terus mendoakan kesejahteraan saya untuk terus berjuang sebagai anak seni. "Lagipun tanpa sokongan peminat, saya dan Wings tidak akan kekal sehingga sekarang," katanya. Tahniah sekali lagi ducapkan kepada Awie. Semoga terus berjaya. – CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
13
Terkejut |
4
Sedih |
10
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kakasotong2 replied at 6-1-2017 07:51 PM
Sokongan padu dr dato dr boy iman
Bkn ke kalo majlis istana kena pakai segala pingat pemberi ...
ADVERTISEMENT