CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sesal Separuh Nyawa, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Pakai "Contact Lens"

9-1-2017 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16536| Komen: 48|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Kanta lekap atau contact lens pada asalnya digunakan untuk "menggantikan tugas" kaca mata bagi seseorang yang mengalami masalah rabun.

Tetapi di zaman serba "trendy" ini, kebiasaannya golongan remaja terutamanya wanita memilih untuk memakai contact lens untuk tujuan kecantikan. Al maklumlah, contact lens kan boleh didapati dengan pelbagai warna seperti biru, hijau, coklat dan macam-macam lagi. Jadi bolehlah mengubah warna anak mata atau menjadikannya lebih besar (mata bulat) mengikut citarasa masing-masing.


Gambar hiasan. Contoh kanta sentuh berwarna

Namun disebalik kecantikan itu, mungkin ramai yang sudah terbaca pelbagai kisah yang dikongsikan oleh netizen mengenai pengalaman ngeri setelah memakai contact lens. Bukan sekali dua kes melibatkan kecederaan pada mata akibat memakai contact lens.


Terbaru, seorang gadis yang menggunakan nama Faerah Nabila berkongsi pengalaman yang sama di Facebook miliknya. 



Assalamualaikum semua, 
Memandangkan lately ni ramai yg sya tgok story abt Lens . Harini ini sy nak kongsikan pd anda semua tentang lens. Just sharing to all. Pengalaman yg buat saya serik dgn lens.

Actly sy bukan pengguna tegar lens pun . Jarang sgt la sya nk pakai benda tu, sbb kalau sy pakai mesti sakit kepala datang, sy pun tak faham kenapa org lain pakai ok jaa . Teringin tu mesti la ada kan . but i'll wear bila ada makeup shoot. Kalau pakai lens lagi nampak menyerlah kan. Jadi sy pun terpaksa la pakai . Tapi tu pun kejap jaa lepas hbes semua tu terus buang.

Ok lets staright to the point. Before that sy pakai ok ja . Takda tanda2 yg meragukan . But one day , Allah nak ingatkan saya. ' 'JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN KECANTIKAN DUNIA'

Tuesday, Abt 2pm , lepas hbes class sy terus balik rumah siap2 sbb ada makeup , yes iam still student n sy buat ni just partime untk tampung perbelanjaan .

p/s : bukan sy yg makeup , mua yg makeupkan sy . Selalunya sy mmg akan pakai lens kat rumah siap2 then terus ke tempat makeup. Mua makeupkan sy abt 45mnts - 1hr , masa tu mua tgah letakkan bedak , n that time mata sy dah kabur sebelah kiri . Saya biarkan ja sy fikir 'oh mungkin kena bedak tadi ' thats y mata sy terkabur . So sy biarkan , sampai ja part last pakai mascara .  

Still kabur lagi , sy tnya pada mua , "ada somethg ka dalam mata ? sbb kabur "
Dia jawab ada habuk mascara , then dia tlg buangkan . Dengan harapan mata saya tak kabur dah .
Lepas hbes ja , sy terus pandu kereta ke rumah kawan. Tgah2 drive mata still kelabu . Tapi sikit pun tkda rasa sakit.Bila smpai ja rumah , sy terus bukak lens sbb nak check manatau kot ada habuk or somethg . Tapi tkda pun .

Saya pakai lens semula .Bila pakai mata makin kabur . Masa tu sy tkda rasa takot or apa2 lagi . Masih lagi berfikiran positif . Mata makin lama makin kabur , sy buka lens tu sekali lagi , nak pastikan ada benda or tak

Uols tahu apa sy nampak ? Pada mulanya sy ingtkan lens tu yg tekoyak n melekat kat mata sy , Jadi saya cuba tarik sbb nak keluarkan , Sy fikir mungkin lens yg koyak tu dah halang anak mata sy sbb tu mata sy kabur , sy cuba tarik tapi tak tercabut .Cuba bayangkan , tekoyak tu smpai sy dpt tarik ruping yg koyak . Allahu., Sy cuba check kt lens tapi lens ok ja tkda tanda2 koyak ka carik kaa .

Mata saya tak sakit langsung time tu , sy terus buang lens . Byak kali saya check mata dalm kereta . saya sentuh , Tiba2 rasa macam sedikit geseran *kasar pada mata
Terdetik dalam hati "takkan mata aku koyak kot ? " 
YaAllah jangan , aku tak nak " Aku tak nak kalau tak nampak "

Kredit foto - Faerah Nabila


Allah ja tau betapa risau , takot susah hati sy pada masa tu .Kawan sy request untk ke klinik biar dr yg check . Sy berkeras , sy rasa takkan smpai mcm tu sekali . Sy tk percaya .Dalam beberapa minit kemudian mata makin lama makin pedih . Bila sy dpt effct mcm tu . Terus sy ke klinik berhampiran . Nak ke klinik mata jauh . Jadi sy just check n dptkan nasihat Dr .

Dr klinik check dia just suluh pakai torchlight je n dia bgtau . Betul , terdapat kesan luka pada mata saya . Allah , nak luruh jantung sy waktu tu , nak menangis dah tktau nk buat apa . Dr tu tk boleh buat apa2 , sbb dia bukan pakar mata , dia just ckp "jgn pakai apa2 ubat titis cth eyemore or watever . takot lagi membahayakan" , n terus ke hosptal untk dpt rawatan yg lebih lanjut"

Masa tu mata dah rasa sakit sgt2 , tak boleh nak celik lama2 , sy terus drive ke hosptal , jarak abt 15-20mnts , sy dpt drive sekerat jalan ja sbb mata dah mmg tkbole buka sgt2 , pedih n menitis air mata . Jadi sy tukar dgn kwn .Mata saya mmg tak boleh buka . once bila buka , sakit yang amat sgt2

Smpai kt hosptal terus ambik rawatan . Lama jugak sy tggu abt 2hrs nk jumpa dgn Dr , sy mmg dah tak tahan sgt2 , mana2 misi nurse yg lalu sy pgil n minta ubat tahan sakit . Mmg sakit sgt2 , rasa nak nagis nak guling2 mmg sakit , sy diberi ubat titis . Tapi ubat tu just tahan dalam 2-3mnts mcm tu ja . lepastu terus sakit balik .

Saya pgil lagi misi2 , tp diorg tk dpt nk bagi ubat sbb tkda ubat yg dpt tahan sakit tu . Sy di bawa ke bilik rawatan sementara menggu Dr , Misi tu cakap . dia tak dpt nk bantu apa2 , dia just dpt tlg tgokkan ada apa dalam mata saya . Dia titiskan sedikir dye *pewarna iaitu warna kuning kt dalam mata sy . sbb nak calar pada mata tu besar n byk mana . Lepas tu dia cuci pakai apa tah n yess , mata saya luka & tekoyakk 

Allahuakbar , Dalam hati ni sgt2 risau .
saya diberi surat appoinmnt untk berjumpa pakar mata pada keesokkan harinya . Sbb masa tu mmg dah lewat malam sgt dh . Jadi sy pun balik .Dengan dipimpin kawan sy . mata mmg dh tk bole buka lgsung . malam tu sy mmg tak dpt tidur , Mata sakit sgt . Rasa mcm kena cucuk2 dgn pisau . Sumpah mmg sakit sgt2 . Dengan air mata yg meleleh . YaAllah , ujian yg diberi sgt berat . 

Wednesdy, Pagi tu mama kejutkan sy n minta sy buka mata , mana tau kot boleh . But still tak bole , kali ni bila buka sakit 2kali ganda daru kemarin , my mom bawa ke hosptal , dgn muka yg sgt2 lesu & pucat . dgn jalan smbil tarik baju mama sbb pejam mata kan . mmg dh tkbole nk tgok apa2 .

Ambik nombor n tggu giliran ~ Sampai ja turn sy , Dr pakar mata check Ada luka n tekoyak pada selaput mata . Dia cakap lagi kalau tak jaga betul2 luka pada mata tu boleh jadi ulser , yg jadi putih2 pada mata tu . Nasib adik belum jadi lagi . 50/50 ulser senang jadi .

He ask me , "kenapa jadi mcm ni "
"pakai lens" ,
nampak mcm dia nak marah time tu , yela kan , sbb benda tu kita sggup . 
Dia tnya lagi
"pakai wrna apa"
"warna coklat"
"eh mata dah koko nak pakai koko lagi "
Dengar tak dia , mmg nak marah tu . tapi cover2 ,. 

Lepas tu dia pesan , jgn pakai dah lepas ni . Bahaya , mata kita nak guna lama . Sayang la kan . Tak takot ka nanti rosak ka buta kaa . Stop la pakai benda2 mcm tu . n sy pun tnya kenapa boleh jadi mcm ni
1. mgkin sbb lens sy kotor 
2. mgkin sbb dijangkiti kuman
3. pakai terlalu lama
4. habuk pada lens

Tapi dia cakap . masalah sy mgkin disebabkan oleh makeup , sbb dia nampk dlm mata ada habuk mascara , Mungkin habuk tu jatuh dlm mata n tersangkut bawah lens . Lens pulak bergerak2 jadi dia terguris mata kita . Nak dekat smgggu jugak sy tk dpt buka mata dgn normal . Nasib la time tu tgah cuti midsem , kalau tak hbes la sya . 

sengaja sy kongsikan untuk semua sbgai pengajaran , bukan nak salahkan lens or sesapa, atas diri sendiri sy jugak sala tk pakai maka tkkan jadi  and saya bukan niat nak takotkan semua . Saya cuma nk kongsi apa yg telah sya lalui & kita sama2 jaga apa yg Allah hadiahkan untk kita tu adalah yg terbaik untk kita . 

I love you alls 💕
shring is caring


Apa pendapat anda setelah membaca perkongsian gadis ini? Nasihat penulis, jika anda suka atau berhajat hendak memakai contact lens semata-mata untuk mencantikkan mata, rasanya anda perlu memikirkannya terlebih dahulu. Ini kerana padah memakai contact lens, gadis ini hampir kehilangan nikmat penglihatannya. 

Pilihan di tangan anda. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. - CARI





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.



4

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
4

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissMamamia75 9-1-2017 01:47 PM


honestly..akak baca skip2 bab dia kluarkan contact lens dr mata tu..
seriau benor rasanya...
Quote tayam 9-1-2017 01:49 PM
eh takutnya la....nasib baik xreti nk pakai
Quote AbukRokok 9-1-2017 01:50 PM
mata ko buat xkisah.... pkai sekali ok pkai lg.. mlang xberbau sekali ko kne ... habis.. finish... sadakallah.

aku xkn pki contak lens
Quote AbukRokok 9-1-2017 01:53 PM
biarlah pki spek.... ada mcm2 bentuk dan warna.... lebih seksi
Quote wi_haryati 9-1-2017 01:53 PM
kene mcm ni la few years back.. seminggu x boleh kelua bilik pun.. sbb tak boleh tgk cahaya.. 3x ulang pakar hospital ampang.. lepas tu taubat nasuha tak pakai lense lagi..
Quote babynina30 9-1-2017 02:00 PM
wi_haryati replied at 9-1-2017 01:53 PM
kene mcm ni la few years back.. seminggu x boleh kelua bilik pun.. sbb tak boleh tgk cahaya.. 3x ula ...

Jumpa pakar mata dkt hosp ampang ? Igt x nama doc tu? Putih2 ke ?
Quote pearl.silver 9-1-2017 02:16 PM
Argh...berpinar kepala aku baca part die tarik serpihan dr dlm mata dia..terbyg jadi kat mata sendiri
Dulu xde lg spek frame trendy2 ni
So bila nk pakai shawl, nk mekap2, nk gi intview, i mmg suka pakai kontek lens
Tp memang sensitif. Sebelum pakai tu kena rinse dulu bg 0 habuk.kalau tak nnt air mata meleleh x henti.
Nak buka lens pulak, badan kena dalam relax state. Kalau tak xleh cabut sebab mata kering. Lens melekat xleh cabut langsung.bila jadi camni, i kne gi buat benda lain,tgk tv ke,main hp ke, bg badan relax. Selalu jadi, lens dah buka sebelah, sebelah lg melekat. Kena laa bergerak dgn sebelah mata je..kalau tak pening.
Pastu i xsuka soflens..yg ni susah gila nak lekat elok kat mata. Toric lens keras sikit.
Quote zuri154 9-1-2017 02:19 PM
2 tahun lepas aku sakit mata.... terus tumbuh protein kt mata. mcm ada daging kaler putih terlekat kt mata. tp doktor mata ckp bkn katerak. dia ckp tu protein. doktor pakar mata ckp mmg x bole remove. yg aku perasan protein kt mata tu buat mata aku lebih sensitif. mata cepat merah kalau ada benda sensitif terkena mata. tp aku perasan protein tu dah makin kecik dari saiz asal.
Quote mamapea 9-1-2017 02:30 PM
aku dh pakai lens 17 thn so far xde jd apa2 lg...
pakai lens ni kena rajin...kalau mata merah atau gatal2 jgnlah pakai lens...
kalau lens tu bermasalah buang je la...jgn dok pakai lg...
Quote MsKathryn 9-1-2017 02:35 PM
I x reti pakai lens..
Quote Chesire_Epilog 9-1-2017 02:38 PM
Ni sebab byk sangat pakai make up ni, tu yang habuk mascara jatuh bawah lens tu

I pakai lens jugak, adalah dalam 13 tahun dah. Pernah kena jangkitan sekali, masa tu cuba guna tester sebab nak pilih kaler sesuai (tester mmg tak digalakkan sama sekali sebab mata kita ni sensitif)

So, lepas tu i cuma pakai yg transparent je takde kaler2 dah. Lagi bagus kalau pakai yg tempoh sebulan (tapi i pakai yang tempoh 3 bulan sampai sekarang). Pakai lens tak salah, tapi kena tau cara-cara jaga lens & mata. First, lens kena rendam & cuci dengan solution (i biasa cuci dengan titisan ai solution yang mengalir), lepas tu baru i masukkan dalam mata.

Tempoh pakai tak lebih dari 8 jam sehari. Sebab nanti mata akan letih & kekurangan oksigen. Biasanya lepas balik kerja i akan terus buka lens & pakai cermin mata sampai waktu tidur. Kalau rasa gatal2 ataupun pedih kat mata, jangan paksa. Kemungkinan lens dh expired.

Lagi satu, jangan sesekali beli lens yang dari korea ke online ke. Kena beli dari optometrist itself.

Sayangilah mata anda
Quote syadq 9-1-2017 02:42 PM
Memang kena paksi lens siap-siap ke sebelum mekap? Sorry tak pernah pakai lens.
Quote ciwi1166 9-1-2017 02:43 PM
saya 7 tahun pakai lens. alhamdulillah tak de pape berlaku.

yang penting aspect kebersihan kena tiptop bila pakai lens ni. lens kena clean, and tangan pon kena clean & sterilized before nak sentuh kat mata. pastikan juga mata tak terlalu kering time pakai lens.

sekarang ni dah buat lasik. tak perlu risau2 dah. hehe.
Quote chazey 9-1-2017 02:58 PM
mamapea replied at 9-1-2017 02:30 PM
aku dh pakai lens 17 thn so far xde jd apa2 lg...
pakai lens ni kena rajin...kalau mata merah atau  ...

Haruslah bimbo ni pakai lensa murah kak. Sebab tu mata macam mahu terkoyak bagai. Sekarang ini banyak betul lensa murah made in ntah mana wujud di pasaran.
Quote watie_na 9-1-2017 03:00 PM
dulu pakai. lepas tu tukar spec bila dah ada anak. tapi hari tu pakai sekejap sebab spec baru tak dapat siap on the spot. seminggu lebih kurang pakai mata aku jadi pedih and merah. mungkin sebab pakai lama sgt. ye la... kerja dari pagi sampai malam, lense pula satu je. so nak tak nak kena pakai berterusan. tp tak la sampai tahap menyesal.
Quote rosasa 9-1-2017 03:02 PM
akak pakai lens..kalau event2 penting mcm kawin, tunang sedara mara

kalau biasa2 akak pakai spek , comel gitewww
Quote mamapea 9-1-2017 03:11 PM
chazey replied at 9-1-2017 02:58 PM
Haruslah bimbo ni pakai lensa murah kak. Sebab tu mata macam mahu terkoyak bagai. Sekarang ini ban ...

aku tgk ramai yg beli lens ntah apa2...berani sungguh..
aku beli lens mmg kt kedai spek & mmg yg ada brand...
yg 3 pairs RM50 mmg sorry la...aku xkan beli...mmg la murah...skali pakai mau buta mata tu...
yg artis2 dok jual tu pun xtau dr mana diorg ambik...artis2 cuma rebrand jer...
kwn aku yg rabun teruk2 pun so far pakai lens xde mslh...
BBNU skrg pakai lens diorg rendam lens pakai saline yg utk bilas lens...nk pengsan aku...
Quote tengku_anggun00 9-1-2017 03:23 PM
Aku penah kena gak. Kisah lm dh, zaman wasap pon x dak lg. Sbab pkai lens nie laaa, mata aku jd merah, smpai skrang msih bbekas tompok merah kat bebola mata putih...Start dr tuu mmg aku x brani pkai dh.... #insaf
Quote UmbrellaCorps 9-1-2017 03:54 PM
nak pakai lens, cari la yg established brands mcm bausch & lomb ke,  acuvue ke.. ada je yg kaler2..
berani sangat pakai lens beli pasar malam, gitu le jadinya.. nak yg murah kena tanggung la risiko..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.164407 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top