CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rambut Rosak? Tak Perlu Belanja Banyak, Rawat Dengan Daun Kari Sahaja!

10-1-2017 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5620| Komen: 14|Original author: Oleh: Maly Rosli

Rambut adalah kebanggaan kebanyakan wanita. Malah, ada yang menganggapnya sebagai mahkota. Ramai yang sanggup berhabis duit demi mendapatkan rambut yang cantik dan sihat.

Kini, anda tak perlu risau lagi! Pelbagai masalah rambut seperti rambut gugur, beruban, bercabang dan banyak lagi yang dapat anda rawat dengan hanya memanfaatkan kebaikan daun kari.



Seperti yang dinyatakan Boldsky, terdapat enam khasiat daun kari yang dapat membuat rambut anda sihat dan kuat selain hitam menawan!


Sumber foto: Carian Internet


1. Mencegah Pertumbuhan Uban
Rambut beruban disebabkan ketidakseimbangan diet atau masalah genetik. Daun kari mengandungi vitamin B yang mampu membantu dan mengembalikan nutrisi serta warna rambut selain memperkuat akar supaya rambut nampak bersinar.


2. Melebatkan Rambut
Keringkan beberapa helai daun kari di bawah sinaran mentari. Kemudian, tumbuk daun kari tadi sehingga menjadi serbuk dan campurkannya dengan satu sudu besar yogurt. Sapukan campuran tadi pada kulit kepala dan hujung rambut.

Jika anda mengamalkan kaedah ini setiap hari, ia dapat membantu meningkatkan pertumbuhan dan juga memperkuatkan akar rambut anda.


3. Kurangkan Keguguran Rambut

Sumber foto: http://cdn2.stylecraze.com

Rambut gugur menjadi masalah kepada kebanyakan orang. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan beberapa helai daun kari dan tambahkan beberapa titis susu sehingga menjadi kental seperti masker. Kemudian, oleskan pada kulit kepala dan biarkan sebelum, dibilas.


4. Mencegah Kelemumur
Kaya dengan aktioksida, daun kari membantu mencegah pengelupasan kulit kepala dan penumpukan folikel yang merupakan penyebab utama untuk terjadinya kelemumur. Daun kari juga kaya dengan asid amino yang membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala.

Sumber foto: Huffington Post


5. Tonik Rambut
Daun kari juga merupakan tonik rambut yang bagus karena memastikan kulit kepala kekal lembap. Ambil segenggam daun kari dan didihkan bersama dengan 2 hingga 3 sudu besar minyak kelapa. Apabila minyak tadi sudah sejuk, sapukan pada rambut. 

Kandungan vitamin B6 pada daun kari dapat membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut.


6. Memperbaiki Akar Rosak 
Kerana pencemaran dan pelbagai rawatan rambut yang dilakukan, akar rambut akan menjadi kering dan rosak. Namun, nutrisi penting dalam daun kari dapat membantu memperbaiki akar yang rosak. 

Hancurkan beberapa helai daun kari dan campurkan dengan minyak zaitun dan sapukan pada rambut secara menyeluruh. 


Tak perlu bersusah menghabiskan duit untuk membeli produk penjagaan rambut yang mahal-mahal. Dengan menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati, anda juga mampu mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan kuat! - CARI

19

Bagus
20

Marah
23

Terkejut
24

Sedih
15

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 10-1-2017 01:08 PM
wowww baru ku tahu!

sblm ni tahu manfaat daun bunga raya je
Quote prettyuglybabe 10-1-2017 01:09 PM
wah... nak try la..
ada jugak guna daun kari dalam pasu tu..
tanam je lebih.. guna tak pernah..
Quote Emperor95 10-1-2017 01:46 PM
info berguna
Quote Artemesiaa 10-1-2017 04:38 PM
Yang pasti bau kari le rambut nanti
Quote mbhcsf 11-1-2017 06:04 AM
i see karapole ...cool
Quote mbhcsf 11-1-2017 06:05 AM
prettyuglybabe replied at 10-1-2017 01:09 PM
wah... nak try la..
ada jugak guna daun kari dalam pasu tu..
tanam je lebih.. guna tak pernah..

hmm...u bubuh tak dlm kari ikan ke bersama rempah gulai ikan? i mean nice...naik bau.
Quote prettyuglybabe 11-1-2017 10:10 AM
mbhcsf replied at 11-1-2017 06:05 AM
hmm...u bubuh tak dlm kari ikan ke bersama rempah gulai ikan? i mean nice...naik bau.

tak pandai masak kari
Quote mbhcsf 11-1-2017 10:37 PM

i pun ..yg perfect curry macam mak dk buat tu atau arwah tok mariah i buat tu  - arwah giling rempah u know..tak dapat dah la...sedap

i masak kari  well...bolehlah pass teh gag reflex  jaa...nak bagi org makan  hahaha tawaq....baca resipi kat belakang serbuk rempah adabi je hehehehehe
tapi kalau tengok tok buat kari tu dulu nampak dia buat  macam senang...hehehehe ingat part dia tumis buh  bawang merah putih semua ,daun kari tu je...hehehehe


Quote Lagubestbest 11-1-2017 11:51 PM

Tumis bawang.Masuk lauk.
Masuk serbuk kari + Air + Garam.
Biar sampai kuah jd pekat secukup rasa.

Quote ReginaGeorge 14-1-2017 07:03 AM
Cakap pasal kari nih, tetiba iols rindu nak makan fishball kari. Jum uols!!!
Quote KLINIKRAMBUT 14-1-2017 01:31 PM
We mostly treat and cure all kind of scalp problem especially thinning hair type.

Dandruff.
Hair loss.
Female pattern baldness.
Male pattern baldness.

#FREE consultation session with clinical trichologist certified by IAT, Australia.

Any inquiry pls contact 03 2242 0880.


Monday to Saturday

09:00-18:00

Wisma Lifecare, Bangsar South.









Quote elle_angel 31-1-2017 12:12 PM
Baru dengar pasal daun kari ni utk rambut. Guna apple cider vinegar pun bagus utk rambut. Campur dgn air.
Quote ronapink 31-1-2017 01:30 PM
Edited by ronapink at 31-1-2017 01:38 PM

hahaha..

pokok kari yang byk membiak,
Quote Qnqn 3-2-2017 01:14 PM
Serius????

Lapar lah japgi bau kari aje

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051093 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top