Siapa yang tak suka cendol? Rata-rata pasti menggemarinya terutama dimakan semasa berbuka puasa. Makan di hari biasa pun sedap juga, nak-nak jika cuaca yang menduga iman. Mana tahu, sejuk perut makan cendol boleh mengubati hati yang panas.
Anda tak yakin dengan cendol yang dijual di pasar raya? Ya, kadang-kadang kita ragu-ragu juga dengan produk di pasaran. Jika mahukan cendol yang dijamin halal dan bersih serta sedap, anda kena cuba resipi cendol ini!
Bahan-Bahan: - 2 cawan tepung beras - 2 sudu besar tepung jagung - 5 cawan air pandan - 1/2 cawan air - 2 sudu besar air kapur - Sedikit gula Cara Membuat: 1. Bancuh tepung beras, tepung jagung, gula dan garam dengan 1/2 cawan air dan ketepikan. 2. Didihkan air pandan di dalam periuk. 3. Bancuh 1/2 sudu teh kapur dengan 3 sudu besar air sehingga kapur mendak. Ambil 2 sudu besar air kapur untuk dimasukkan ke dalam adunan cendol. (Jangan masukkan kapur yang mendak itu, nanti rasa pahit pula). 4. Masukkan bancuhan tepung, air kapur dan kacau rata hingga sebati dan masak. 5. Masukkan adunan yang telah masak kedalam acuan maruku dan tekan/lenyek ke dalam bekas yang berisi air dan ais. (Jika tiada acuan, guna periuk kukus atau penapis pun boleh. Tetapi rupanya akan jadi pendek-pendek dan tidak panjang seperti cendol yang dijual di kedai). 6. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais. Cara buat Air Cendol 1. 1/2 kilo pati santan segar dimasukkan secubit garam (tak perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama). 2. Campurkan air gula melaka dan gula merah, kemudian masukan daun pandan (dimasak lama, lebih kurang 1 jam). 4. Untuk kuah lebih likat, campur sedikit bancuhan tepung jagung mengikut kesesuaian. 5. Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, dan bahan tambahan lain mengikut citarasa anda. Siap dinikmati! Buat aiskrim cendol pun boleh. Bukan kanak-kanak sahaja, orang dewasa pun suka! Apa lagi, cubalah sekarang. - CARI Kredit resipi: Resepi Bonda & Buat Wanita
|
15
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
18
Sedih |
14
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT