Kasihan mendengarkan kisah pengacara dan penyampai radio Zulin Aziz yang terpaksa ditahan di wad selama 4 hari kerana mengalami keracunan makanan.
Katanya Zulin yang baru sahaja bercuti di luar negara baru-baru ini mengalami sakit perut dan cirit-birit selepas dia dan dua rakannya membeli makanan yang dijual di warung tepi jalan di situ. “Makanan itu memang sedap tetapi tidak lama kemudian perut saya mula memulas. Saya biarkan saja tanpa mengambil sebarang ubat kerana ingatkan tak serius. “Lima hari berada di sana perut saya asyik sakit dan beberapa kali keluar masuk tandas. “Dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur, saya rasa tak keruan tetapi apabila sampai di rumah saya rasa okay. Esoknya saya bekerja seperti biasa tetapi hari Jumaat lalu saya terbaring dan rasa tak bermaya kerana cirit-birit,” ceritanya kepada Harian Metro.
Kata Zulin lagi kejadian itu benar-benar membuatnya lebih berhati-hati selepas ini jika membeli apa jua makanan. “Nampaknya kalau ke negara itu lagi terpaksalah berhati-hati jika mahu makan. Ini kali pertama saya ke sana, manalah tahu situasi sebenar. Jadi, mana yang nampak sedap di mata, saya makan saja,” ujarnya lagi yang kini telah dibenarkan pulang ke rumah. - CARI |
17
Bagus |
29
Marah |
19
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nuralisa replied at 10-1-2017 03:44 PM
negara mana?
siputsedut replied at 10-1-2017 03:46 PM
Die br balik dr indonesia rasanya..siap borong tudung bagai...
CARI-MAMS replied at 10-1-2017 03:33 PM
Kasihan mendengarkan kisah pengacara dan penyampai radio Zulin Aziz yang terpaksa ditahan di wad s ...
jejaka_hensem replied at 10-1-2017 04:36 PM
Keracunan makanan je pun.
Ingt kan kena aids ke apa sbb berahsia Sgt dgn followers yg Tanya sakit a ...
mokcikKSKB replied at 10-1-2017 05:03 PM
Malu nk kata sheols ceret lam sluaq
ADVERTISEMENT