Sebelum ini pernah terjadi insiden singa, harimau, beruang dan haiwan liar lain terlepas daripada zoo di ibu negara Georgia pada tahun 2015 akibat banjir yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh.
Terbaru, susulan banyak kampung di selatan Thailand terjejas teruk akibat banjir yang disifatkan sebagai yang paling buruk dalam tempoh 50 tahun, seekor buaya sepanjang lima meter dikatakan terlepas dari kurungannya apabila tempat kurungannya dinaiki air Selasa lalu. Dilaporkan reptilia seberat 300kg dipercayai milik sebuah ladang swasta atau individu yang bertempat di Chumphon, selatan Thailand. "Seorang penduduk kampung menemukan buaya itu pada kira-kira 12 tengah hari ini dan menghubungi kami. Dengan bantuan orang ramai, kami berjaya menangkap semula reptilia itu," kata pegawai penyelamat di Wisainua, Paisarn Kaewprasert." Tambah Paisarn, buaya itu kini ditempatkan di sebuah ladang ternakan ikan sementara menunggu dituntut pemiliknya.
Difahamkan, media tempatan memberi amaran tentang kemungkinan terdapat buaya yang terlepas dari zoo berkenaan setelah mereka ternampak reptilia itu berenang berhampiran tempat tersebut ketika mereka merakam gambar dari udara. Orang ramai yang tinggal di sekitar zoo berkenaan dinasihati berwaspada dengan kemungkinan terdapat buaya yang bergerak bebas di tempat mereka.- CARI |
ADVERTISEMENT