CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gara-gara Dambakan Wajah 'Flawless', Habis Wajah Wanita Ini Bergerutu

11-1-2017 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26582| Komen: 152|Original author: Oleh: Maly Rosli

Semua orang nak cantik. Baik lelaki mahupun wanita, tiada orang yang tak mahu cantik, putih gebu dan mulus. Dalam pada itu, ada yang lebih selesa menggunakan produk kecantikan buatan Malaysia. Mungkin lebih mempercayai buatan tanah air atau mungkin mahu memberi sokongan. Siapa tahu, kan?


Namun begitu, baru-baru ini seorang netizen menerusi laman sosial Facebok berkongsi 'pengalaman ngerinya' menggunakan sebuah produk tempatan. Menurutnya, kerana mendambakan wajah yang putih dan bebas jerawat menyebabkan dirinya turut sama terjebak untuk memiliki produk berkenaan.


Namun, biasalah tak semua orang rajin atau berdisiplin dalam rutin pemakaian produk kecantikan.

"Akibat kemalasan melampau, bila dah perasan lawa ni, aku sering kali mengabaikan pemakaian produk. 


"Muka dah mula berminyak. Pori semakin besar. Allahu. Aku kalut. Kulit muka mula rasa terbakar, langsung aku tidak boleh berada di bawah panas mentari," tulisnya.




Sejak dari itu, dia mula mencari kepastian mengenai produk berkenaan dan mendapati beberapa orang mengalami nasib sama sepertinya.

Tambahnya, kesemua produk tempatan memiliki paten sama, cuma berbeza bekas dan pembungkusan sahaja. Menerusi entri itu, netizen berkenaan menyarankan pembaca untuk lebih berhati-hati dan mencari maklumat mengenai sesuatu produk sebelum digunakan.



Macam-macam yang orang lakukan demi untuk kelihatan cantik menawan. Namun, jangan diabaikan ciri-ciri keselamatan. Cari dahulu maklumat dan dapatkan nasihat doktor mengenai sesebuah produk sebelum menggunakannya. Lakukannya sebelum semuanya terlambat. - CARI


Sumber foto: Facebook

16

Bagus
19

Marah
17

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Greenbutterfly 11-1-2017 01:17 PM
Kesian..bertabahla sis
Quote mrizumi 11-1-2017 01:30 PM
Kesian..berhati hati lah pilih produk..nk jd rosak kulit kejap je..nk pulih tu ambik masa bertahun2..kdg2 yg jual dgn duta pun xthu kesan produk diaorg jual..
Quote mieymiey 11-1-2017 01:37 PM
I bukannya taknak support local product, tapi ni la antara sebab utama nya. Ntah bahan apa dorang letak dalam produk, jual dengan harga mahal. Adik manis sekalian, dekat Watson & Guardian tu berlambak skincare product yang dah melalui hasil kajian bertahun-tahun. Apsal nak jugak beli produk daripada acik-acik yang nak cepat kaya ni?
Quote rosasa 11-1-2017 01:41 PM
Royal Expert tu ok ke uols? Adik akak guna putih melepak, tak la flawless sgt.
Quote chinta89 11-1-2017 01:53 PM
satu je nk tahu.. produk ape?
Quote amyza 11-1-2017 01:55 PM
Bertabah lah sis.
Ramai je kat luar sana dah tau kesan2 negatif tapi guna gak. Bila dah kena muka sendiri baru nak sedar.
Quote adelea 11-1-2017 02:04 PM
ipls pernah try sabun ephyra , x sesuai dgn kulit iols ... so iols pakai semula clinical product
Quote irlene_hana 11-1-2017 02:13 PM
rosasa replied at 11-1-2017 01:41 PM
Royal Expert tu ok ke uols? Adik akak guna putih melepak, tak la flawless sgt.

saya pun pakai royal xpert dah dekat 3 tahun so far alhamdulillah.. saya bukan seller hehe.. nampak perubahan wajah, my skin is getting better saya bukan nak putih2 melepuk, saya tak suka.. just nak healthy skin. saya jarang pakai white cream tu cuma cuci muka ja. cream tu pakai selang sehari dua dan kadang2 berbulan2 tak pakai bila out of stock still kulit tak ada efek.

http://royalexpertgroup.com/company-info/


Link di atas... Company profile

Quote rosasa 11-1-2017 02:20 PM
irlene_hana replied at 11-1-2017 02:13 PM
saya pun pakai royal xpert dah dekat 3 tahun so far alhamdulillah.. saya bukan seller hehe.. nampa ...

ye dik? adik akak pakai mcm hari2 dik cream tu, then bila panas, pink2 merah muka sheols.. tu yang akak was was nak pakai .

cer pm akak stokis uols beli
Quote ngee 11-1-2017 02:29 PM
pnah jadi mcm nie jgak, malah lebih terus..jerawat yang berpasir dan penuh satu muka..meninggalkan parut hitam, kes nya pkai tempatan..mmg xcaya dh lepas kena tu..dekat 3 bulan bpantang mkn, mkn rebus n bakar je..kurang skit je, tpi still teruk..pkai skincare body shop utk acne, xmenjadi jgak

lps 3 bulan pkai body shop, aku tukar pkai brand himalaya..alhmdulilah sgt, jerawat aku byk hilang, kulit lebih licin..baru pkai sbln lbh..skrg tggal parut hitam je lagi yg aku tgh pikir mcm mn nk buat
Quote allhaillll 11-1-2017 02:41 PM
ngee replied at 11-1-2017 02:29 PM
pnah jadi mcm nie jgak, malah lebih terus..jerawat yang berpasir dan penuh satu muka..meninggalkan p ...

try organic aid. parut hitam jerawat aku hilang. beli kat guardian.  
Quote alieyrina 11-1-2017 03:27 PM
Wey nak tnya..cetphil cleanseer ok x..kt gardian offer tapi xpenah pakai so xbeli la..mahai pulak tu..tp kalau bagus nak beli gak la..

opismet aku ada pakai skincare yg femes di negara ini..local punya la..kwn aku dpt free dia duk pakai dari dulu lagi..sbb adik beradik dia punya produk..tp jeragat dia makin teruk..tu pun tahan pakai lagi..tah apa2..

sbb aku penah pakai toner dia ..rasa ada hidrokinon ..muka pedih..tu la last aku guna..mcm mana opismet tahan betahun pakai produk nya...pedih woo mengingatkan..
Quote watie_na 11-1-2017 03:35 PM
allhaillll replied at 11-1-2017 02:41 PM
try organic aid. parut hitam jerawat aku hilang. beli kat guardian.

mmg boleh hilang ye. muka pun banyak parut hitam sbb suka kutil jerawat.

mahal tak?
Quote allhaillll 11-1-2017 03:40 PM
watie_na replied at 11-1-2017 03:35 PM
mmg boleh hilang ye. muka pun banyak parut hitam sbb suka kutil jerawat.

mahal tak?

alhamdulillah hilang sis. ni kecik tak sampai rm20 pun. belas belas je. tp tahan lama. 2 bulan gituh.  
dulu aku gedik pakai dnars, nour ain, amyera beauty. mendapatlah.  
Quote irlene_hana 11-1-2017 03:43 PM
Edited by irlene_hana at 11-1-2017 03:45 PM
rosasa replied at 11-1-2017 02:20 PM
ye dik? adik akak pakai mcm hari2 dik cream tu, then bila panas, pink2 merah muka sheols.. tu yang ...

kawan2 ada juga tegur muka glowing berseri2.. heheh...   Local produk bukan tak nak support tapi sebab kes yang macam ni la yang takut nak beli pakai. Walaupun ada testimoni semua itu semua berbayar yea hehe...

2-3 tahun lepas kawan kepada abah buat beauty skin care product la tak taw brand apa, abah pun dah lupa nama brand income montlhy 40K dia ambil barang dari Thailand repacking saja...

Kawan kepada ibu saya, saya namakan dia Leha. Leha memang badan macam anak dara walaupun anak ramai.. muka segak lawa putih gebu. Dia dibayar untuk jadi testimoni satu produk ni tetapi dia tak pakai pun produk tu. Leha sendiri cerita dekat ibu saya. Saya pun ada juga masa tu just tak ambil peduli produk apa sebab masih bersekolah tak ada nak kepoh2.



Quote rosasa 11-1-2017 03:46 PM
irlene_hana replied at 11-1-2017 03:43 PM
kawan2 ada juga tegur muka glowing berseri2.. heheh...   Local produk bukan tak nak support tapi ...

wah..kalau ada testi sebegini haruslah akak bersemangat

akak ada jeragt ni haa dekat area hidung, agak2 boleh tak hilang guna RE tu? utk benginner uols syorkan apa bagus?

matila weols optopik
Quote CardiGans85 11-1-2017 04:13 PM
rosasa replied at 11-1-2017 03:46 PM
wah..kalau ada testi sebegini haruslah akak bersemangat

akak ada jeragt ni haa dekat area hi ...

Sy pun tgh tgk2 produk ni,nmpk myakinkan juga. Igt nk btukar kpd RE lps abis produk yg sedia ada .
Quote watie_na 11-1-2017 04:14 PM
watie_na replied at 11-1-2017 03:35 PM
mmg boleh hilang ye. muka pun banyak parut hitam sbb suka kutil jerawat.

mahal tak?

ooo... boleh try. dulu muda remaja, parut senang je hilang. sekarang ni dah bertahun tak mo hilang2.
Quote kuzaime 11-1-2017 04:19 PM
bnyk cerita2 mcm ni..tp end up mmg xkan bgtau produk apa yg dia pakai smpai jahanam muka..

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.107502 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top