CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Bas Kite' Berkonsepkan Rumah Tradisional, Daya Tarikan Baru Pelancong Di Terengganu

12-1-2017 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8113| Komen: 24|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Negeri Terengganu Darul Iman yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia sememangnya tidak asing lagi di kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Selain santuari penyu, Terengganu juga terkenal dengan keindahan pulau, tasik serta banyak lagi tempat menarik untuk dilawati.

Memetik dari teganukita.net, satu lagi daya tarikan baru buat pelancong di Terengganu adalah kemudahan bas berkonsepkan rumah tradisional Terengganu. Bas yang dikenali sebagai "Bas Kite" dilengkapi akses wifi, skrin LED TV dan  tingkap yang direka khas untuk keselesaan penumpang bagi menikmati panorama sekitar pusat Bandar Raya Kuala Terengganu .

Manakala dekorasi dalaman bas yang mampu memuatkan 34 penumpang itu pula bercirikan lukisan batik, songket dan ukiran kayu larik pada pemegang tangga bas.


Timbalan Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,  Wan Adnan Wan Derahman berkata, dahulunya bas yang dikelola Syarikat Cas Ligas Sdn. Bhd itu dikenali Bas Bandar, dinaiktaraf dan dijenamakan semula sebagai Bas Kite supaya bersesuaian dengan sambutan VBT 2017.


Kredit foto - Teganukite.net

Katanya, inisiatif menarik minat penumpang dan pelancong untuk menggunakan pengangkutan yang dijangka beroperasi pertengahan bulan ini dan dijadualkan bakal dilancarkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman tidak lama lagi.

“Kadar bayaran yang bakal dikenakan sangat berpatutan antara RM1 sehingga RM3 atau bergantung kepada lokasi dituju.

“Penumpang mempunyai dua pilihan laluan, sama ada mahu melalui  Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) – Masjid Terapung (Kuala Ibai)  yang berkod C01 atau Terminal MBKT- Taman Tamadun Islam (Pulau Wan Man) dengan menggunakan kod C02,” katanya ketika dihubungi Teganukita.

Laluan C01 bermula dari Terminal Bas MBKT ke Pantai Batu Burok, Kompleks Kraf Noor Arfa Batik, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Masjid Terapung dengan  jarak sejauh 27 kilometer (km).

Manakala laluan CO2 dari Terminal Bas MBKT melalui Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan Pulau Warisan membabitkan jarak 22 km.

Wan Adnan turut memberitahu, kerja-kerja menaik taraf enam bas pelancongan yang berusia sembilan tahun itu bermula awal tahun lalu, membabitkan kos keseluruhan hampir RM500,000.

“Kos itu termasuk pembaikian enjin, memasang mesin tambang, menampal pelekat  berkonsepkan VBT dan dekorasi dalaman,” katanya. 

Apa tunggu lagi, rancang percutian anda segera. Untuk melihat apa lagi yang menarik di Terengganu, klik sini - 7 Pulau Di Terengganu Yang Menarik Untuk Percutian - CARI


21

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 12-1-2017 04:19 PM
Bagus juga elok buat pelancong yang tak pandu kenderaan sendiri kesana senang nak gi tempat tumpuan pelancong utama
Quote buapakperut 12-1-2017 04:23 PM
Bukan dh lama ada me. Time study dulu tahun  6-7 tahun dulu selalu naik
Quote CARI-HBZ 12-1-2017 04:31 PM
buapakperut replied at 12-1-2017 04:23 PM
Bukan dh lama ada me. Time study dulu tahun  6-7 tahun dulu selalu naik



ni kan dia upgrade. nampak lebih cantik cuma dulu percuma sekarang kena bayar
Quote matchstick 12-1-2017 04:55 PM
bas ni pusing smpi cendering je..kesian org kampung sekitar marang nk naik bas gi bandar KT tunggu berjam2 bas dungun yg lalu sekali sekala. bila tahan bas dungun x berenti pulok.

mak aku penah tumpangkan sorg akak yg dtg kampung aku sbb ada meeting dkt asrama sekolah kt kampung aku tu, berjam2 tggu bas katanya, teksi pun xde. kesian
Quote matchstick 12-1-2017 04:58 PM
patut jalan lah jauh sikit smpi bndr marang. bukan jauh sgt pun. KT smpi cendering aku rasa x smpi 27km pun
Quote WhiskeyScotch 12-1-2017 05:28 PM
Nice!!!
Quote siskepoh 12-1-2017 06:10 PM
comey btol basnya. om telolet om!! haha
Quote buapakperut 12-1-2017 10:15 PM
CARI-HBZ replied at 12-1-2017 08:31 AM
ni kan dia upgrade. nampak lebih cantik cuma dulu percuma sekarang kena bayar

Kene bayao 2 riyal. Kurang safety sikit sebab tempat gayut takde  
Quote cknoriz 13-1-2017 12:00 AM
cute....



Quote tombong 13-1-2017 12:34 AM
Bas ni org terengganu panggil 'bas keranda'
Quote tayam 13-1-2017 10:57 AM
buapakperut replied at 12-1-2017 04:23 PM
Bukan dh lama ada me. Time study dulu tahun  6-7 tahun dulu selalu naik

mmg dh lama ada, tp upgrade kasi cantik
Quote net_level 13-1-2017 02:08 PM
kenapa bas pelancongan perlu ada wifi? kalau mata mengadap gajet tak rasa lah experience melancong tu... dan biasanya negara luar punya tourist bus open air... baru connect dengan dunia luar... ni serupa tengok tv je duk dalam
Quote jejaka00 13-1-2017 03:39 PM
cun ... i like
Quote ReginaGeorge 13-1-2017 04:28 PM
Sesuatu yang agak menarik. Tapi owner syarikat bus jangan lupa tuk labur sedikit uang hantr driver2 tuh attend kursus pemantapan keselamatan jalanraya, kursus mengawal emosi, kursus pemandu beretika heheheh ade2 je aku nih! Tapi kan takda guna bus jer lawa tp drive lagak mat rempit. Nanti bus kite jadi bus keranda plak
Quote chinta89 15-1-2017 03:56 PM
Bas Keranda org tempatan panggil bas ni
Quote eizarz 15-1-2017 06:10 PM
siskepoh replied at 12-1-2017 06:10 PM
comey btol basnya. om telolet om!! haha

om telolet om abah kau...   
Quote chip92 16-1-2017 11:06 AM
dulu waktu belajar ada la naik nak ke bandor. klau berdiri tu memg susah la, skali bas berenti abeh semua tersungkur ke depan  
Quote bubblegummy 3-2-2017 03:59 AM
cantik basnye
Quote Qnqn 3-2-2017 01:40 PM
Bas ni selalu je ada tim,e belajar dulu. Bas keranda orang panggil! Tak dapat sambutan kot, itu yang dipugrade hehehe

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.162735 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top