CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Jimat Punya Pasal, Bayar Yuran Mengaji Quran RM15 Sahaja Atau RM1.25 Per Sesi

18-1-2017 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9649| Komen: 53|Original author: Oleh: Adib Za


Tidak dinafikan zaman ini ramai yang mengeluh dengan keadaan ekonomi yang dilihat tidak menentu. Antara perkara yang dilakukan adalah berjimat dan terus berjimat.


Baguslah jika ia mampu mengurangkan beban diri sendiri dan keluarga dengan wang yang lebih banyak disimpan daripada dikeluarkan. 


Namun, dalam pada itu bila membicarakan tentang ilmu ada pihak yang sanggup menebalkan muka untuk 'berjimat' dalam membayar yuran. Bukan sebarangan yuran, ia merupakan yuran mengaji al Quran. 

Seorang netizen menceritakan realiti yang sering berlaku di kalangan ibu bapa seolah-olah memandang sepi dan juga enteng bila melibatkan perihal yuran mengaji. 

"Bangi dikenali Bandar Ilmu. Perbualan dua orang bapa  yang menghantar anak untuk mengaji al Quran. Guru mengajar mengatakan yuran pengajian RM25 untuk sebulan bagi 3 kali seminggu. 

"Si bapa minta kurang yuran kepada RM15 sebulan. Jadi sebulan lebih kurang mengaji al Quran 12 kali. Kadar mengaji sekali adalah RM1.25"

Begitulah antara situasinya. Kata netizen ini lagi, kadar parking kereta pun tidak semurah itu. Mungkin nilai tenaga pengajar al Quran terlalu rendah di kalangan masyarakat?

Begitu juga dengan eberapa kelas yang dianjurkan secara percuma. Ramai yang mengambil mudah, maklumlah ia hanyalah percuma sahaja.

"Apabila diberikan kelas percuma ramai yang mendaftar tetapi penghujung kursus, jumlah peserta boleh dikira."

Situasi ini mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen lain. 


Kesimpulannya, janganlah sesekali berkira bila melibatkan ilmu dan juga kelas agama terutamanya. Apa kata ikhlaskan diri, agar apa yang diterima itu menjadi lebih berkat dan juga bermanfaat. - CARI 
28

Bagus
19

Marah
28

Terkejut
21

Sedih
17

Lawak
39

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otomatic_prince 18-1-2017 05:57 PM
gitulah hantar kelas lain blh lak mahal2...
Quote jerukkedondong 18-1-2017 06:10 PM
Berkira samgat...
Ajar sendiri ank2 tu mengaji..
Boleh keeeee..
Saya mndoakn ksejahteraaan dn dipermudahkn semua urusan ustaz dan ustazah quran ank2 saya...

Aamiin..
Quote siskepoh 18-1-2017 06:25 PM
kedekut tahap apa tu. teghokk
Quote jiwarasa 18-1-2017 06:43 PM
ni bukan nak jimat. ni namanya kedekut taik hidung masin
Quote Ladybosss 18-1-2017 06:52 PM
Dengan ilmu pon kedekut
Quote cknoriz 18-1-2017 06:55 PM
dekut taik hidung kering phuuiiii
Quote LostStar 18-1-2017 07:13 PM
Tuisyen anak 150 sebulan boleh plak kan.
Quote matchstick 18-1-2017 09:45 PM
Btol la yg komen 'org kampong mana baru sampai bangi tu'..
Kt kampung zaman dulu2 ada la tok guru yg xkesah byr bpa dorg ngajar ngaji sekadar nk kumpul pahala. Ni kt bangi ustaz ustazah pun nk tanggung family jugek. Nt kang ustaz gi buat keja lain x fokus ajar ngaji salahkn ustaz pulok anak depa x pandai ngaji.

Zaman dulu aku belaja ngaji kt kmpg dgn sorang tok guru umur dh tua sgt dh..dlm 80-an gitu buta pulak tu. Dlm buta gitu quran dlm hati, kita baca silap 1 huruf pun boleh tegur. Tok guru tu x kisah nk byr ke x. Ada org kmpg bg gula beras je. Tp dh arwah lama dh tok guru tu. Byk pahala dia kumpul ajar org ngaji sblm dia mati.
Parent yg kedekut tu pindah balik kmpg semula la cari kot2 ada lg ustaz nk ajar ngaji free or murah2 je.
Quote Lagubestbest 18-1-2017 11:20 PM
Ni isu compounding. Sebulan ada banyak yuran, total jadi kurang mampu jugak bapanya. So bapanya cuma bertindak normal, minta kurang pada benda yang dia rasa boleh minta kurang.
Quote shin_ah81 19-1-2017 02:25 AM
Kesian ibu bapa bermentaliti macam ni.

Kat sini rm20 seminggu pun ada tau
Quote merrissa 19-1-2017 05:22 AM
ilmu agama nak di diskaun2.....

xmau mahai2 ajaq sendrik je la

nanti dia meninggal dia bangun mintak diskaun harga kain kapan dgn lubang kubur
Quote chinta89 19-1-2017 08:20 AM
bayar parking, yg tu TERPAKSA katanya...

bayar ASTRO, terpaksa jgk katanya kalau tak mcmne nk tgk tv n hiburan, xkn nk tgk tv tigasuku n RTM je?

TAPI KALAU BAYAR MENGAJI QURAN, BERKIRA! MAKAN MEWAH STIAPKALI GAJI SERATUS DUA, TAKPAAAAA! UTK ANAK BINI MERASA MKN SEDAP KATANYA!
Quote elnor_81 19-1-2017 08:57 AM
Se lg klo tuisyen.klo yg cina..laju je deme byr.pusat tuisyen melayu asek mntk kurg je.ank x dtg sbb slh sendri,parent mntk kurg byr.
Quote tri-max 19-1-2017 09:17 AM
its better for parents to ajar sendiri ngaji pada anak2
setakat nak kenal huruf, lagu dan hukum2 simple no big deal kan.
lps maghrib bersila lah reramai.
bila da khatam, baru hantar kelas yg specific macam hafalan, pemahaman ke..
Quote krustykrab 19-1-2017 09:44 AM
kelas ngaji anak aku pun sama, usatzah merugut ada parents yg dtg htr anak dgn kete mewah tapi duit yuran nak bayar pun berkira,

kalau aku jadi ustazah tu, aku buat tebal muka je mintak...ko x nak bagi x payah htr dah anak ko ngaji sini...bukan berkira tapi setazah pun nak makan, minum beli brg utk family...lain la kalau gaji setzah goemn tanggung...
Quote ISTRIMITHALI 19-1-2017 10:38 AM
hihii.. klau ikut tt ni nmpk mcm sokong je netizen tu kate ustaz/ustazah berkira.

wlaupun saya bukan ustazah, kite ni sbg manusia pun blh pikir sendiri.
bukan sbb ajar ngaji x ikhlas, fikirkan masa, kesabaran, tenaga dorang
ni ajar mengaji ank2 kite.

saya ade sorg kwn ustazah jugak, die hanya minta dr ibu bapa rm10 sebulan
ajar ngaji dari isnin smpai khamis. itu pun ade ibu bapa yg x byr,
n ade jugak yg murah hati bg rm100 utk ustazah ni. Moga dimurahkan rezki
ibu bapa yg bg lebih. kwn sy kate, wlaupun mcm tu, die ikhlas hati wlaupun
ade yg x byr.

tp sy plak yg geram dengar. huhuu.
Quote nut.legacy 19-1-2017 11:17 AM
sedihnya.. smpi mcmtu murah org nk minta disc..
Quote lasagnaklcc 9-2-2017 04:37 PM
Aritu kagum sekejap tgk anak colleague blaja ngaji guna skype ja. Dgn imam muda ke PU apetah. Tak payah travel tp internet kena laju la.
Quote Madel 9-2-2017 10:15 PM
Time aku dulu ustazah dtg rumah sebulan rm100..ada kelas or tak , mak aku tetap bayar rm100 ..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048175 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top