CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Balik Rumah Terus Tidur, Tak Sentuh Pun Anak Sebab Terlalu Penat - Pekerja Hospital

19-1-2017 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9473| Komen: 33|Original author: Oleh: Adib Za


Sesekali ada baiknya kita menyelami kehidupan dan juga pengalaman orang lain agar kita tidak terus menyalahkan sesuatu itu di bahunya. 


Kisah bagaimana pekerja hospital sering disalahkan dan dilemparkan pelbagai tohmaman seakan sebati di kalangan masyarakat.

Bukan sekali dua, golongan tersebut ditularkan menerusi laman sosial dengan perilaku dan sikap tertentu yang pastinya dikatakan negatif. Ini termasuklah tidur di tempat kerja, tidak berlemah lembut dengan pesakit dan banyak lagi. 


Namun, seorang netizen yang merupakan warga kerja di sebuah hospital telah berkongsi bagaimana tertekannya kehidupan seorang pekerja hospital. 

Katanya, bukan stress kerana melayan pesakit, namun banyak perkara yang berpunca dari dalaman sendiri yang menyebabkan mereka keletihan dan akhirnya tertekan serta rasa 'down'. 


"Stress kerja kat hospital ni, sebenarnya bukan stress melayan pesakit atau apa. Stress sebenar kerja di hospital ni sebenarnya berpunca dari dalam.

"Di sepanjang kekalutan itu, waris pesakit cuma memerhatikan kesibukan kau dan kawan-kawan, kebanyakkan mereka mencari salah dan kekurangan.

"Jangan terkejut bila dalam kekalutan sebegitu, esok lusa nama kau akan naik dan dipanggil mengadap sebab tak sediakan blanket pada pesakit katil sekian sekian, atau cucuk 4 kali tapi masih tak dapat darah kat pesakit sekian sekian, atau hantar pesakit naik wad tanpa tunggu waris walaupun kau dah panggil 3 4 kali kat tempat menunggu tapi waris takde sebab pegi makan kat IOI Citymall, atau pegang henfon masa berkerja walaupun kau sedang dapatkan info dari group whatsapp kerja," cerita netizen ini. 


Yang lebih menyedihkan cerita bagaimana mereka dipersalahkan ini adalah selepas 'berjaya' mengharungi kebanjiran pesakit pada satu-satu hari tersebut. 

Inilah yang menjadi punca mengapa semakin ramai pekerja hospital berasa semakin tertekan, hilang mood bekerja dan tak mustahil makin menipis perasaan ikhlas bekerja. 

"Balik rumah terus tidur, tak sentuh pun anak sebab terlalu penat. Berangan je share resipi itu ini kat facebook, hakikatnya tak pernah ada masa nak memasak. Namun tiada siapa hargai, bahkan mencari kesalahan dari kau yang tak sempurna," katanya lagi. 

Berikut pula antara komen yang dikongsikan oleh netizen lain.



Wow, sememangnya mana-mana pekerja ada cabaran dan tekanan yang tersendiri. Namun, tak salah kita ambil sedikit masa untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki dan cuba elakkan menyalahkan orang lain. Selepas membaca luahan rasa seorang pekerja hospital ini, adakah anda sanggup menularkan kelemahan mereka di media sosial? - CARI 
2

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 19-1-2017 11:50 AM
huhuhu siannya...bertabahlah
Quote ~boolean 19-1-2017 11:57 AM
Tukar kerja lah dik..

Kalau cikgu yang menulis ni, pasti dah jadi bahan hencapan poremer
Quote Lolalala 19-1-2017 11:58 AM
memang penat kerja mereka. lagi penat dengan karenah family yg lebih sudu dari kuah. dia baru sekali datang melawat tapi......complain dia macam dia ada situ dari start admit lagi
Quote missinpiece 19-1-2017 12:17 PM
Yelah, keikhlasan bkerja tu jd hilang ngn wujudnya benda2 mcm ni. Mana nk attend pesakit lg, org atasan lg, org luar lg, family pon bising feeling2 terabai. Dlm hati hanya tuhan je tau
Quote prettyuglybabe 19-1-2017 12:20 PM
tiap kerja pun ada cabaran..
kalau dah minat, terima je la dengan hati terbuka dan cuba ikhlaskan diri..
kalau tak mampu, tukar je bidang lain..
Quote chinta89 19-1-2017 12:21 PM
kdg2 ade yg btl2 baik, kdg2 ade yg mmg kekwat.
Quote Artemesiaa 19-1-2017 12:24 PM
Lain jenis pekerjaan lain cabarannya nak2 kalau kerja yang banyak kena berhubung dengan orang awam.  Semua terpulang pada diri sendiri macam mana nak tangani cabaran tu.  Bab terlalu penat balik rumah terus tidur ada je pekerja kerjaya lain pun ada juga sebegitu.  Yang kesian anak2 akhirnya kurang perhatian dari penjaga.  Kalau ada family support ok le kalau tak da berdoa le agar mereka boleh fahami tugas penjaga mereka dan tak berkawan dengan orang yang salah.
Quote embun 19-1-2017 12:31 PM
respek dengan semua  jururawat dan doktor yg bertugas terutama disemua hospital besar...

org yg pernah duduk hospital dan menunggu pesakit mesti sedia maklum mcm mana sibuk semua staff melayan karenah pesakit yg bermacam ragam dan berbagai kaum...
Quote cocorex 19-1-2017 12:48 PM
Masalah tu mmg dtg dari pesakit & waris sendiri..nk byr murah tp nk dilayan mcm VIP..dh tau hospital gov ramai patient, sabar la sket kecuali kalo dh teruk sgt sakit tu..pastu bila nurse lambat sket dtg mula la amik gmbar & viral kt socmed..pprt sungguh perangai
Quote AMDTurion 19-1-2017 01:09 PM
embun replied at 19-1-2017 12:31 PM
respek dengan semua  jururawat dan doktor yg bertugas terutama disemua hospital besar...

org yg p ...

kebiasaannya yg over sgt tu keluarga pesakit...

kdg2 pesakit relaks jer. kdg2 ada jugak pesakit yg mengada2 lebih. ko nak best serve ko pi swasta jerlah. janji standby duit.
aku kalo mmg ada urusan dgn spital kerajaan confirm amik terus cuti. lambat bukannya bermaksud diaorg saja2 buat kerja lambat. mmg ramai sgt org yg ingin mendapatkan rawatan masa tu. tentu2 yg cerita dlm fb tu mgkin di wad kecemasan. kalo sekali sekala oklah. tp kalo hari2, mmg penat jadinya. tambah lagi org yg suka viralkan sesuatu yg diorg sendiri pun x pasti ujung pangkalnya apa sbbnya.
Quote ibuiqah 19-1-2017 01:33 PM
cocorex replied at 19-1-2017 12:48 PM
Masalah tu mmg dtg dari pesakit & waris sendiri..nk byr murah tp nk dilayan mcm VIP..dh tau hospital ...

yelah aku pun kesian gak nurse2 ni..
tp diaorg pilih kerjaya ni kena la prepare mental ni..kalau org tersayang kita sakit..mmg kita jd biol gak..
tak sabar..nak marah..puncanya nk yg terbaik utk org tersayang...
aku pernah masuk kat dedua hospital..gov pernah private pun pernah..
so far ok jer..org mmg ramai kalau kt gov..
Quote kampderlieben 19-1-2017 01:43 PM
Begitulah rutin sepupu2& makcik sya bila bekerja di hospital.ade masa utk keluarga seminggu sekali.keje start 6pagi balik 11malam.baru nk rest dh dapat emergency call.jadi doktor pakar kje kul 7pagi keje blk 5petang.datang kul11malam jadi doktor kat hospital ganti doktor y ade kursus/emergency kes.balik pon kul3-4pagi.ni la real life die orang.dulu dapat offer amik medik pon tolak.sebab perhatikan lama cara kehidupan die orang yg keje sbg doktor.
Quote cocorex 19-1-2017 01:44 PM
ibuiqah replied at 19-1-2017 01:33 PM
yelah aku pun kesian gak nurse2 ni..
tp diaorg pilih kerjaya ni kena la prepare mental ni..kalau  ...

Kalo rasa nk layanan seperti vip sila masuk hospital swasta..masa tu baru tau poket tebal @ x..Slalu gi melawat kwn kt gov hospital..mmg pesakit punyer la ramai dlm wad tu..dh rasa mcm masuk hospital perang pulak..
Mmg kesian kt nurse nk jaga pesakit ramai mcm tu..mmg nurse nie mental diaorg kuat
Quote cknoriz 19-1-2017 02:41 PM
baca ni iols teringat berbulan berkampung kat hosp bergilir2 jaga arwah dad..iols pegang prinsip xmampu nak senangkan or tlg org cukup dgn jgn menyusahkan..empati. mmg betul apa akak tu tulis itulah situasi sebenar. aku kesian tgk putaran kehidupan depa, blk keje tugas rumah lg brp jam je dpt rest yg betul2 rest. humanity wahai umat manusia...
Quote MarryPottet 19-1-2017 03:27 PM
dah rezeki ko kat situ kan
yg boleh mengubah keadaan sekarang ialah dgn ko ubah niat ko
kalau sebelum ni ko nak keja spital sebab pikir nak keja gomen yg byk benefit, ada mcm2 elaun, senang buat loan, ada pencen etc
now kena ubah niat ie ikhlaskan niat, bekerja dgn niat utk mencari rezeki yg halal demi mengapai redha Allah
last but not least, walau sesibuk mana pon jgn tinggal solat & sebolehnya solat diawal waktu. plan your time around your solat, not otherwise
barulah hati kan tenang & Allah will help put all the messes into place
Quote Andyscenes 19-1-2017 03:51 PM
itu tugas kau, kau xleh complaint. kau xnk keje camtu kau benti, bg org yg sanggup je yg keje, perangai manusia faham faham jelah, xmampu tapi complaint biasalah tu
Quote siputsedut 19-1-2017 04:43 PM
Mampu tumpang simpati je... aku mmg respek org yg kerjanya membuat kebajikan kepada org ramai... doktor nurse polis tentera etc... jasamu dikenang

Pesen org malaysia ni mmg ramai xmau ikut prosedur... dh kata demam jgn pegi kecemasan.. dia pegi jgk....lastweek br je tgk ada akak ni gaduh carut2 pakgad hospital sbb pakgad suruh keluar lps 7mlm dr wad...walaupon mencarut buku surah yassin x lps ye dr tgn...tu x kira kes yg viral kt tenet lg... bertabahlah

Quote siputsedut 19-1-2017 04:43 PM
Mampu tumpang simpati je... aku mmg respek org yg kerjanya membuat kebajikan kepada org ramai... doktor nurse polis tentera etc... jasamu dikenang

Pesen org malaysia ni mmg ramai xmau ikut prosedur... dh kata demam jgn pegi kecemasan.. dia pegi jgk....lastweek br je tgk ada akak ni gaduh carut2 pakgad hospital sbb pakgad suruh keluar lps 7mlm dr wad...walaupon mencarut buku surah yassin x lps ye dr tgn...tu x kira kes yg viral kt tenet lg... bertabahlah

Quote siskepoh 19-1-2017 06:01 PM
kesian sgt tang xsempat pegang anak tu

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.157939 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top