Sejak berimej ke arah lebih islamik, ramai yang menyangka anggota kumpulan Senario iaitu Wahid telah mengundur diri dari dunia seni. Namun, menerusi Mstar Online, Wahid, 42 berkata dia tetap aktif dalam bidang seni namun mengakui tawaran yang diterima makin berkurangan sejak tiga tahun lalu bila tidak lagi bersama TV3. "Hanya kerana saya dilihat sudah 'alim' dan ada gambar saya di masjid menjadi viral (tular) saya dikatakan sudah bersara tetapi sebenarnya tidak. "Tanggapan itu dibuat hanya melihat saya secara mata kasar dan gambar-gambar yang menjadi viral. "Saya masih Wahid yang seperti anda kenal dan saya tidak pernah mengundurkan diri cuma tidak banyak peluang yang saya dapat sejak tidak lagi bersama TV3," terangnya. Dalam pada itu, bagi peminat kumpulan Senario bolehlah mengubat kerinduan bila siri animasi SenarioToons yang diadaptasi daripada kisah kumpulan tersebut ditayangkan setiap Sabtu, jam 9.30 pagi sejak Ogos tahun lalu. - CARI |
Orix replied at 21-1-2017 04:35 PM
motif iols xtau kewujidan senariotoons?
samasam90 replied at 21-1-2017 04:47 PM
khensss. meolls bukan selalu tgk tv3, tapi tahu juga kewujudan kartun kat sana. senariotioons tak ...
putehkundor replied at 21-1-2017 07:04 PM
gambar tular beliau di mesjid tu orang yang tangkap ke atau swafoto?
wolf_cute replied at 21-1-2017 05:03 PM
Coming soon pe nyer...da lame tayang kt tb ari sebtu 9.30 pg...pg2 ank ak dok nengok karton tu....
ADVERTISEMENT