Habis ranap namun bukan kerana dihempap objek berat, namun keadaan rumah di Kampung Simpol Belubang, Machang ini berada dalam keadaan sangat teruk. Memetik laporan Sinar Harian, mendapan tanah yang berlaku menyebabkan rumah tersebut terputus dua pada bahagian yang menghubungkan dapur dan bilik tidur. "Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati berlaku kejadian mendapan tanah pada sebuah rumah jenis kekal menyebabkan bahagian dapur runtuh. "Tiada mangsa dilaporkan terperangkap kerana semasa kejadian penghuni tiada di rumah. Pemeriksaan juga turut dilakukan di sekitar rumah bagi memastikan kawasan tersebut selamat," ujar Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa. - CARI |
Decaffeinated replied at 21-1-2017 07:48 PM
rumah macam takde beam atas bawah.... ka aku tak nampak?...
macam mana pelan boleh lulus.... ruma ...
ADVERTISEMENT