Gempar, kecoh dan hangat di media sosial membincangkan isu pelakon Hanez Suraya, 32, yang memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais.
Menurut sumber BH Online, Hanez bagaimanapun tidak hadir di mahkamah, sebaliknya diwakili peguamnya sahaja. Isu kepincangan rumah tangga mereka sudah menjadi perhatian umum sejak beberapa bulan lalu lagi, namun reda seketika selepas pasangan itu dipercayai cuba mencari alternatif bagi memperbaiki hubungan mereka termasuk bercuti di Jepun. Walaupun begitu, nampaknya usaha mereka tidak mendatangkan hasil apabila perpisahan jua yang Hanez pilih. Terdahulu, Hanez pernah menyatakan keinginannya untuk kembali aktif berlakon pada awal tahun ini walaupun sebelum itu pernah memaklumkan pihak media bahawa suaminya Romie, 37, tidak mengizinkannya kembali ke industri seni. Hanez dan Romie diijabkabulkan pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Aleesya yang kini berusia 13 bulan. Menurut BH Online, pelakon itu gagal dihubungi selain tidak memberi respon terhadap pesanan WhatsApp yang dihantar bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu berkenaan. Apakah punca sebenar perceraian pasangan itu? Semoga Hanez dan Romie dapat selesaikan masalah mereka secara baik. - CARI
|
40
Bagus |
12
Marah |
24
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
reenaz replied at 29-7-2015 11:36 AM
asteruk nih...kan dah penah tepek isu ni
cik_tonggek replied at 29-7-2015 11:56 AM
kerrrrr taknak citer sebab takut kena gelak
ADVERTISEMENT