CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peminat Maut Selepas Melihat 'Bayang' Shah Rukh Khan

24-1-2017 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4707| Komen: 19

Tragis! Keterujaan mahu berjumpa artis kesayangan bertukar pilu apabila seorang peminat Shah Rukh Khan (SRK) terbunuh apabila orang ramai mula bertindak agresif selepas pelakon Bollywood yang menaiki kereta api ekspres August Kranti Rajdhani itu tiba di stesen untuk promosi filem terbarunya, 'Raees.'



Foto: IMDb 

Menurut Huffigton Post, mangsa, Farid Khan Sherani dipercayai terkena serangan jantung ketika cuba melihat bintang Bollywood itu di stesen Vadodara. Farid, 50, ditemani anak perempuan dan isterinya untuk melihat SRK.

Menurut sumber, kereta api itu tiba di platfom dan berhenti selama 10 minit, sementara bilangan anggota polis untuk mengawal orang ramai di stesen itu tidak mencukupi dan sebagai langkah keselamatan, SRK hanya melambai ke arah peminatnya di pintu masuk kereta api sahaja.







"Selepas kereta api mula bergerak, orang ramai berasak untuk meninggalkan stesen itu. Malangnya, Farid 'terperangkap' dalam kerumunan orang ramai itu menyebabkan Farid yang menghidap penyakit jantung sesak nafas.

"Farid juga terkena pukulan belantan daripada pihak polis yang cuba mengawal orang ramai," katanya.


Foto: Indian Express

Mangsa meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital. Indian Express melaporkan, Farid merupakan seorang ahli politik tempatan.

Kru prouduksi Raees masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu. - CARI
6

Bagus
12

Marah
15

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rainrein 24-1-2017 12:22 PM
Dah tahu x berapa sihat nak jugak pegi bersesak sesak.
Quote CrowneGlory 24-1-2017 12:23 PM
omg.... camne la bau2 an kat situ....tgk dh cukup pening

Quote halimunah 24-1-2017 12:23 PM
nak jadi asbab je le kematiannya di tempat sebegitu
Quote seri_mawr 24-1-2017 12:27 PM
dasyat betul fan SRK kat india...sampai gitu sekali...

Quote DayangKirana 24-1-2017 12:42 PM
minat punya pasal..
Quote Changa 24-1-2017 12:46 PM
kepam nya shah rukh khan ini.
dari dulu smapai sekarang akak tak nampak celah cekpit mana heshe ini sedap.
kepam jah dari dulu sampai sekarang.

sama jua dengan brad pitt, akak tak pernah nampak heshe ini hensem or tasty.
george clooney tasty tapi no no for brad pitt.
Quote batmana 24-1-2017 12:52 PM
terlalu mendewakn sgt.
aku menteri dtg sblh pun, bolayan aja.

wat pe agungkn sgt, hormat aja sudah.
Quote itik_kuning 24-1-2017 12:53 PM
diorang ni terlampau obses dengan artis. sama cam peminat rajnikant tuh
Quote duri_durians 24-1-2017 01:19 PM
Changa replied at 24-1-2017 12:46 PM
kepam nya shah rukh khan ini.
dari dulu smapai sekarang akak tak nampak celah cekpit mana heshe ini ...

saya bersetuju dgn akka tentang SRK dan Brad.
Quote chinta89 24-1-2017 02:02 PM
org politik pun x leh guna saluran vvip or jumpa secara peribadi nk jumpa SRK

Mangsa meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital. Indian Express melaporkan, Farid merupakan seorang ahli politik tempatan.


polis punya angkara lah jugak.. mmg mcm movie tamil hindustan btl, polis suke hati ketuk2 org sapa mati

"Farid juga terkena pukulan belantan daripada pihak polis yang cuba mengawal orang ramai," katanya.


Quote yancik 24-1-2017 02:05 PM
mesti bau jagung bakar
Quote SelakLangsir 24-1-2017 03:41 PM
mati katak ni.
geli plak bayang bau2an
Quote tayam 24-1-2017 03:57 PM
sesak nafas sebab bau bawang
Quote Nt-ViruS 24-1-2017 04:28 PM
baca synopsis cm ber je citer rais yatim ni.
Quote -electrifying- 25-1-2017 11:20 AM
dh ajl dia kan... innalillah
Quote EvieWanKenobi 25-1-2017 03:24 PM
takziah..
Quote ChildrenOfBodom 25-1-2017 03:41 PM
He leadeth me in the paths of righteousness for his names sake
Yea, though I walk through the valley of the shadow of death
I will fear no evil: for thou art with me
Thy rod and thy staff they comfort me
Quote kucen_miang 25-1-2017 09:29 PM
Lenkali nak jumpa sarukh mtk tolong kak mah purmata putar.
Quote MamaMima711 25-1-2017 09:41 PM
batmana replied at 24-1-2017 12:52 PM
terlalu mendewakn sgt.
aku menteri dtg sblh pun, bolayan aja.


Jgn kata menteri.. Tun Mahathir pernah shopping kat sogo thn 2003 cmtu...aku wat bodoh je pandang..ex aku je beria mtk bergmbr..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.058076 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top