Biasa kita dengar tentang kisah segelintir masyarakat yang suka menghina dan memandang rendah kepada orang yang tidak sempurna fizikal atau dipanggil sebagai golongan kurang upaya (OKU) ini.Namun, sebuah video yang dimuat naik di Twitter oleh seorang pengguna yang menggunakan nama @AbooMuslim telah membuktikan sebaliknya. Menerusi rakaman selama 57 saat yang telah menjadi tular itu menyaksikan Imam Masjidil Haram, Sheikh Maahir al-Muaqily sanggup berhenti dan menunggu seorang kanak-kanak yang sedang menunaikan solat.Kapsyen yang ditulis di Twitter berbunyi, "Imam Masjidil Haram menunggu kanak-kanak itu sehingga selesai solat kerana ingin memeluknya. Mulanya saya tidak perasan, tapi kemudian..."Rupa-rupanya, budak lelaki itu adalah seorang insan istimewa yang cacat fizikalnya. Dia tidak mempunyai kaki dan badannya cuma sampai di bahagian perut sahaja.Mungkin disebabkan rasa takjub dengan keberadaan budak lelaki tersebut di Tanah Suci membuatkan imam itu bertindak untuk memberikan pelukan kepadanya.Apa yang membuatkan netizen kagum dan terharu adalah kegigihannya menunaikan ibadah walaupun terpaksa bersusah payah disebabkan kekurangan pada dirinya.Menurut sumber, selepas pertemuan dengan Sheikh Maahir, budak lelaki yang dikenali dengan nama Ghanim Mohammed al Muftah itu dibantu oleh pihak polis dengan memberikannya laluan untuk dirinya yang bergerak hanya dengan menggunakan tangan.Sedangkan orang yang tidak sempurna pun sanggup bersusah payah demi menunaikan suruhan Tuhan, apa pula alasan kita yang sempurna ini untuk ingkar kepada-Nya? -CARI |
29
Bagus |
9
Marah |
15
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT