Mencari makanan kampung terbaik? Anda tidak boleh sesekali lepaskan makan dan rasai sendiri keenakan nasi bamboo yang terletak di Sg Klah, Sungkai Perak.
Tak pernah dengar? Nasi dimasak dan dihidang terus dari dalam buluh. Memang sangat 'rare' dan sukar dijumpai di mana-mana secara komersial sebegini. Dihidangkan pula bersama lauk pauk masakan Melayu seperti gulai kampung, ayam bakar, ikan bakar, kerabu dan tak dilupakan pelbagai jenis sate. Antara yang menjadi pilihan termasuklah sate kambing, perut dan juga rusa. Paling 'best' ialah lauk pauk berkonsepkan makanan tradisi Perak Utara termasuklah gulai kawah umbut dan juga sup tulang kambing salai. Disebabkan keunikan yang terdapat di restoran diberi nama Nasi Bamboo ini, ia telah menular dengan pantas di media sosial. Tak hairanlah pihak televisyen dan juga artis juga tak melepaskan peluang untuk bersantap di sini. Rambang mata dibuatnya dengan pilihan menu yang ada di sini. Dari segi harga pula, ia amat berpatutan sesuai dengan bajet masing-masing iaitu mengikut banyak mana kuantiti makanan yang diambil. Misalnya set nasi putih ayam kampung boleh didapati dengan harga RM10.50 sahaja. Apa lagi? Tak tahu alamat, boleh semak di bawah ini! - CARI Nasi Bamboo Sungai Klah Simpang Felda Sungai Klah, Sungkai, Malaysia Waktu operasi: 10.30pg - 6 ptg |
18
Bagus |
9
Marah |
23
Terkejut |
16
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT