"Bagi saya tidak perlu untuk berkepit setiap masa di set untuk mendapatkan chemistry." Demikianlah kata-kata pelakon kacak kita, Zul Ariffin yang menegaskan dia tidak perlu 'berkepit' dengan pelakon wanita di set semata-mata mahu peroleh keserasian dalam lakonan.
Menurut Astro Gempak, Zulkifli Ariffin yang lebih mesra dengan panggilan Zul berkata dia dan mana-mana pasangan heroin tidak pernah melakukan rehearsal sebelum penggambaran bermula. "Kebiasaannya saya seorang pelakon yang senang hendak mencari chemistry dengan pelakon wanita. Malah, saya lebih suka tidak rehearsal kerana mahukan ekspresi yang natural ketika dilakonkan ketika penggambaran sebenar.
"Cukuplah kami berjumpa ketika skrip reading dan berbual kosong beberapa kali selebihnya saya lebih suka chemistry itu dicipta ketika penggambaran," katanya kepada Astro Gempak. Zul juga berkongsi pengalamannya di set penggambaran bersama pelakon Elaine Daly dalam Permata Hati di mana Zul menjadi suami kepada aktres berkenaan. Menurut Zul, sangat mudah bekerjasama dengan Elaine kerana dia sudah tahu apa yang patut dia lakukan. "Jadi saya pun dapat melakonkan watak sebagai seorang suami dengan mudah. "Saya juga menggunakan pendekatan untuk tidak rehearsal sebaliknya hanya mendapatkan reaksi spontan daripadanya. Ia cukup menyeronokkan," tambah Zul. Masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam melakukan sesuatu termasuk penggiat seni tanah air. Semoga Zul terus berjaya dalam semua yang diusahakan ya. - CARI |
21
Bagus |
25
Marah |
14
Terkejut |
32
Sedih |
26
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
skymania replied at 26-1-2017 10:01 AM
yg ko ngan aida jebat tuh pe hal dulu???
jemahjacjon replied at 26-1-2017 09:57 AM
Sembang macam dia ni pelakon gred A. Hakikatnya lontaran suara pun xjelas. Poyo la
masnona replied at 26-1-2017 10:12 AM
Dlu bgesel dgn ayda jebat tu apa
hzln replied at 26-1-2017 10:19 AM
tepek gambar saja, tak perlu kata apa2...
myakayina replied at 26-1-2017 10:27 AM
ckp tak serupa bikin ...
skymania replied at 26-1-2017 10:01 AM
yg ko ngan aida jebat tuh pe hal dulu???
ADVERTISEMENT