Macam-macam ragam dunia, dan antara yang paling pelik berlaku adalah pada seorang lelaki yang mempunyai ketinggian yang luar biasa ini. Adam Elliot yang berusia 26 tahun dan mempunyai ketinggian 6 kaki 6 inci ini pernah disaman kerana dikatakan memandu sambil berdiri.
Polis bertindak menyaman dirinya yang sedang dalam perjalanan dari Gatehead ke Newcastle dengan mengatakan tindakannya itu membahayakan nyawa penumpang lain. Kepalanya yang terjulur keluar melebihi bumbung kereta menyebabkan pemandu lain di jalan raya berasa terganggu disebabkannya. Kes dibawa ke mahkamah dan hakim melarang Adam yang bekerja sebagai jurujual kereta ini daripada memandu lagi.
Namun menurut The Guardian, Adam membela diri dengan mengatakan ia bukan salahnya dilahirkan begitu. Diberi gelaran sebagai 'Big Friendly Giant', dia juga didakwa kelihatan 'menunjuk-nunjuk' ketika memandu disebabkan ketinggian yang dimilikinya. Malang sungguh nasib yang menimpa lelaki ini, dek kerana tinggi sangat sampai pengguna jalan raya pun berasa takut bila nampak dia dalam kereta. Harap bertabah ya. -CARI
|
10
Bagus |
12
Marah |
12
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 26-1-2017 06:59 PM
Terlebih tinggi pun susah juga tak boleh le pandu keta open top cam ni
minahmanja replied at 27-1-2017 10:03 AM
ok kot keta open mcm ni... cer bayang kan dia drive keta biasa tu, mcm mana la gaya kepala dia tu. ...
Artemesiaa replied at 27-1-2017 10:49 AM
Boleh je dia kena cari kereta design cam kenari tu sure bumbung tinggi muat dan sesuai untuknya
ADVERTISEMENT