CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Mampu Beli Maggi, "Acik Tinggal RM5 Saja Sampai Dapat Gaji"

26-1-2017 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14374| Komen: 65|Original author: Oleh: Adib Za


Bukan semua orang mampu memiliki kehidupan yang mewah atau cukuplah dengan kewangan yang stabil. Namun, jangan sesekali dipandang rendah pada golongan itu sebaliknya hulurkanlah bantuan. 


Bak kata orang, dalam setiap gaji dan pendapatan anda, pasti ada terselit rezeki orang lain di situ. Oleh itu, ringan-ringankan tangan untuk membantu seadanya.

Seperti yang dilakukan oleh netizen ini, dia berkongsi sebuah kisah yang sangat menyentuh hati. Pertemuan dengan seorang makcik di sebuah stesen petrol menerbitkan rasa kasihan dan juga simpati.


"Percaturan Tuhan itu cantik dan tepat," lelaki ini memulakan cerita. 

Dia memerhati gerak-geri makcik tersebut dan menyebabkan hatinya terdetik untuk bertanya lanjut bila melihat wanita itu meletakkan kembali mee segera yang diambilnya.


"Assalamualaikum makcik. Saya nak tanya tadi makcik dekat BHP pegang Maggi cup tu kenapa letak balik. Dah makan ke belum?"

"Wsalam, oh maggi tu mahal untuk makan hari ini. Acik tinggal RM5 je untuk buat bertahan sampai gaji keluar.."


Siapa yang tidak terasa tersentak dengan pengakuan yang sangat mengharukan itu. Bayangkan anda tiada duit langsung untuk makan, sedangkan gaji akan diperoleh dalam masa lama lagi. 

Tidak membuang masa, lelaki ini terus menghulurkan apa yang termampu buat wanita tersebut. Saat paling tidak dapat ditahan-tahan lagi bila melihat makcik itu menangis ketika menikmati Maggi yang dipilihnya. 



Dalam pada itu, lelaki ini dikatakan cuba mendapatkan latar belakang makcik tersebut dan terbaru, anaknya kini telah menghubungi lelaki ini. Semoga ada sinar menanti di hadapan, hendaknya. Moga kisah ini memberi inspirasi buat semua orang untuk membantu lebih ramai orang di luar sana. - CARI
9

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 26-1-2017 06:39 PM
kesiannya tgok mkcik2 cmni. lagi2 yg jual kerepek kat pam minyak tu.luluh hati
Quote WhiskeyScotch 26-1-2017 06:48 PM
Kesiannya!!!
Quote Artemesiaa 26-1-2017 06:49 PM
Syabas moga dimurahkan rezeki buat beliau.  Hanya orang yang pernah susah je tahu keperitan bila tak mampu nak beli makanan cam acik tu
Quote PongKang 26-1-2017 07:12 PM
sedihnya... moga anaknya jaga maknya pulak pasni
Quote samasam90 26-1-2017 07:13 PM
ada rasa musykil disitu. rasanya kalau mampu tunggu sehingga malam, then pergi pasar malam, ada ja mee seringgit. kenapa nak beli maggi cup sedangkan memang dah mahal. murah lagik maggi sebungkus di kedai runcit. baru pertama kali merasa kesusahan ka?
Quote gigahertz 26-1-2017 07:14 PM
siskepoh replied at 26-1-2017 10:39 AM
kesiannya tgok mkcik2 cmni. lagi2 yg jual kerepek kat pam minyak tu.luluh hati

Tu hari ada sekali aku beri makcik tu rm100 aku cakap kat makcik tu

"barang jualan makcik ni semua jual rm1 setiap satu"

lepas tu aku blah. tak tahu makcik tu buat atau idak
Quote ReginaGeorge 26-1-2017 07:19 PM
Jadikan bersedekah sebagai lifestyle
Quote armin 26-1-2017 07:19 PM
gigahertz replied at 26-1-2017 07:14 PM
Tu hari ada sekali aku beri makcik tu rm100 aku cakap kat makcik tu

"barang jualan makcik ni s ...

Berapa satu dia jual barang dia? Balik modal ke kalau 1 brg dia jual rm3 tp u suruh jual rm1 even dah sedekah rm100. halalkan je
Quote armin 26-1-2017 07:20 PM
samasam90 replied at 26-1-2017 07:13 PM
ada rasa musykil disitu. rasanya kalau mampu tunggu sehingga malam, then pergi pasar malam, ada ja m ...

Stesen minyak n 7e mahal kan. Patut beli tempat lain murah sikit.. kalau supermarket mcm giant lg murah dr stesen minyak n 7e
Quote pr3ttytw33ty 26-1-2017 07:22 PM
Sapa la potong bawang dlm tren niii
Quote samasam90 26-1-2017 07:23 PM
armin replied at 26-1-2017 07:20 PM
Stesen minyak n 7e mahal kan. Patut beli tempat lain murah sikit.. kalau supermarket mcm giant lg  ...

sebab tu bila tgk gambar tu ada rasa musykil. just my two cents ya.
Quote awaynepian 26-1-2017 07:35 PM
Knp anak dia cari ya??.xfhm
Quote indenial 26-1-2017 07:35 PM
Sedihnya.....
Quote lampor 26-1-2017 07:41 PM
Jap.... Makcik ngan pakcik yg berjual kopok kt stesen minyak tu boleh dipercayai ke?? Sorry kekadang ada rasa musykil di hati ini... Zaman sekarang ni zaman semua nk cari duit mudah... Menipu buta jual tisu pun orang dah dapat tangkap
Quote red_cattleya 26-1-2017 07:47 PM
sampai skrg klu keluar cerita yg sedih2 gini mesti aku teringat sorang pakcik aku jumpa kt masjid india. time tu bln puasa org ramai sgt, aku nampak pakcik neh duduk mencangkung kt kaki lima sambil tadah tangan. yg buat aku sedih, air mata dia keluar mcm dia nangis ikhlas (ada gitu?) aku nak g hulur duit org ramai so masa patah balik, pakcik tu dah takde. sampai skrg menghantuiku sbb tak dpt tolong dia.
Quote AbukRokok 26-1-2017 07:55 PM
mata gua masuk habuk broooooo
Quote gigahertz 26-1-2017 08:08 PM
armin replied at 26-1-2017 11:19 AM
Berapa satu dia jual barang dia? Balik modal ke kalau 1 brg dia jual rm3 tp u suruh jual rm1 even  ...

Rm 100 tu utk subsidi harga barang tu jadi rm1.. kira makcik tu takde rugi ssebenarnnya satu kerepek harga jualan baru 3 bungkus rm10. masa tu tinggal tak banyak mana.
Quote noell 26-1-2017 08:16 PM
samasam90 replied at 26-1-2017 07:13 PM
ada rasa musykil disitu. rasanya kalau mampu tunggu sehingga malam, then pergi pasar malam, ada ja m ...

bukan la dia kena beli kt stesen minyak pasai dia boleh terus boh ayaq panas & makan maggie cup tuh...kan byk stesen minyak ada servis tuh?

kalo dai beli kt kedai runcit ka tesco ka mmg la murah dah tuh nak makan camna??nak kena pelankong dgn tokei kedai kalo mintak ayaq hangat??
kan dia keja sapu jalan??maybe time tuh dia break &  lapaq sgt

Quote samasam90 26-1-2017 08:28 PM
noell replied at 26-1-2017 08:16 PM
bukan la dia kena beli kt stesen minyak pasai dia boleh terus boh ayaq panas & makan maggie cup tu ...

ntah la. masih lagi sangsi dengan kesahihan cerita ne. rasanya boleh je tapau makanan dari rumah, atau bawa bekal, beli maggi, then pergi masjid ambik air panas kat sana.
lagipun mostly, yg kerja sapu menyapu ne ada satu port/office, dan ada water heater kat sana. apa2pun,ne just my two cents. dan bak kata porumer lain di thread yg lain, baca boleh purrrcaya jangan.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.047277 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top