Sungguh misteri apabila lima orang termasuk empat sekeluarga dipercayai hilang selepas empat hari tidak pulang ke rumah di Taman Sri Pengkalan, Jalan Besar Pengkalan Kubur, Kelantan, sejak Rabu lalu.
Harian Metro melaporkan Muhammad Amirul Hakimi, 16, bersama dua bapa saudara, Ilham Kamaruddin, 35, dan Nasrullah Kamaruddin, 28, serta ibu saudaranya Syarunniza Kamaruddin, 24, dan seorang pekerja, Siti Aishah Zailani, 18, dipercayai keluar rumah pada jam 4.30 petang untuk makan di kedai berhampiran. Menurut bapa Muhammad Amirul, Mazaufi Kamaruddin, 38, dia yang pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana anaknya itu keluar bersama ahli keluarganya yang lain menjadi resah apabila mereka gagal dihubungi dan tidak dapat dikesan.
“Rabu lalu, Amirul pergi ke rumah bapa saudaranya, Ilham Kamaruddin, 35, di kawasan berhampiran dan menyuruh saya mengambilnya jika mahu keluar berniaga di pasar malam. “Kira-kira jam 5 petang, saya pergi menjemputnya di rumah adik namun diberitahu oleh sepupu, Sarimah Abdullah bahawa Amirul, Ilham, Nasrullah, Syarunniza dan Siti Aishah keluar dengan menaiki kereta jenis Perodua Alza ke kedai makan,” katanya kepada Harian Metro. Terdahulu pada hari Jumaat, kisah kehilangan mereka tular di media sosial apabila mereka dikatakan dipukau seseorang sejak Rabu lalu. Menurut Mazaufi, dia sekali lagi pergi menjemput anaknya itu selepas berniaga namun dimaklumkan bahawa mereka masih belum pulang. Dia kemudiannya cuba mencari di kedai makan berhampiran tetapi gagal. Mazaufi melaporkan kejadian itu kepada pihak polis keesokan harinya kerana bimbangkan keselamatan mereka. “Menurut Sarimah, mereka dalam keadaan seperti dipukau dan keluar dari rumah sehelai sepinggang selain tidak membawa wang yang banyak. “Saya berharap anak bersama tiga adik saya dan seorang pekerja mereka berjaya ditemui dengan selamat,” katanya. Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Zaharuddin Rasip yang mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit memaklumkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan orang hilang dan usaha mencari mangsa masih diteruskan. - CARI |
23
Bagus |
15
Marah |
10
Terkejut |
19
Sedih |
12
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepiITUindah replied at 30-1-2017 02:27 PM
dalam parit kot
batmana replied at 30-1-2017 03:03 PM
checkla kt sungai, parit , gaung spjg jln ke kdai tu.
perodua alza ni mmg terjamin tenggelam klu ...
sebu replied at 30-1-2017 02:23 PM
Misteri mcm kes bunian ni. Kak changa selalu tepat buat andaian ni
jazaa100 replied at 30-1-2017 03:32 PM
Andaian changa tepat kalau budak pompuan umor 17thn kebawah.....
ADVERTISEMENT