BATU GAJAH, 12 Ogos (Bernama) -- Dua sahabat ditemui mati lemas dalam keadaan mereka berpelukan dipercayai terjatuh ketika sedang menjala ikan di sebuah kolam ikan berhampiran Jalan Ipoh-Lumut di sini hari ini. Mangsa Mohd Yati Yeop Ahmad, 42, dan rakannya Mohammad Zhairii Shahuddin, 27, ditemui kira-kira pukul 8.28 pagi tadi oleh anggota Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dan Unit Skuba Ipoh. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shaharon Anuar Abd Latif berkata kedua-dua mangsa keluar menjala ikan menaiki kereta Perodua Kancil kira-kira pukul 4.00 pagi semalam. "Mereka tidak pulang ke rumah selepas habis menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Negara dan Barcelona kira-kira jam 11 malam pada Sabtu lepas. "Mohd Yati menemui Mohammad Zhairii di rumahnya di Gopeng sebelum bertolak sama-sama menuju ke kolam itu," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Batu Gajah di sini. Anggota keluarga masing-masing membuat laporan mengenai kehilangan mereka di Balai Polis Pusing setelah menemui kereta mangsa dekat kolam itu, katanya. Shaharon berkata operasi mencari dan menyelamat berakhir pagi tadi apabila kedua-dua mangsa ditemui di permukaan kolam kira-kira 10 kaki dari tebing kolam dan seorang daripada mangsa mempunyai kesan kecederaan di kepala. "Ketika operasi mencari di jalankan menemui jaring ikan dan selipar milik kedua-dua mereka di tebing kolam ikan itu. Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dikerahkan ke tempat kejadian untuk mencari mangsa," katanya. Mayat kedua-dua mangsa di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.
|
hypereza_1 posted on 13-8-2013 03:52 PM
dgr khabar dr org kg sana..arwah ni kna bnuh sbb mancing kolam milik org..ada yg tau citenye?
hypereza_1 posted on 13-8-2013 03:52 PM
dgr khabar dr org kg sana..arwah ni kna bnuh sbb mancing kolam milik org..ada yg tau citenye?
mak_wa95 posted on 13-8-2013 03:58 PM
allahurabbi....kalau kes memancig pun dibunuh....kejam sangat...kes jenayah serah ke polis la...jang ...
dainese posted on 13-8-2013 03:55 PM
yup..memang betui...tapi polis laju je closed kes ni sebab takut timbul isu kaum..
pemilik kolam ni ...
Modngengade posted on 13-8-2013 04:03 PM
mancing kat kolam org pun nak bunuh ker...saperla pemilik kolam itew yg busuk benar hatinya...
dainese posted on 13-8-2013 03:55 PM
yup..memang betui...tapi polis laju je closed kes ni sebab takut timbul isu kaum..
pemilik kolam ni ...
ADVERTISEMENT