Kerajaan Bangladesh merancang memindahkan puluhan ribu pelarian etnik Rohingya ke sebuah pulau terpencil di Teluk Bengal dikenali sebagai pulau Thengar Char sebelum dihantar pulang ke Myanmar.
Menurut BBC News, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia menentang rancangan 'paksaan' tersebut. Semasa air pasang, pulau itu ditenggelami air sedalam beberapa kaki serta tiada pertahanan banjir. Malah, hanya sesetengah peta sahaja memaparkan lokasi pulau berkenaan yang turut dikatakan menjadi tempat perlindungan lanun. Di Myanmar, kerakyatan etnik Rohingya dinafikan, manakala di Bangladesh mereka dianggap sebagai pendatang haram.
Sebelum itu, seramai 232,000 etnik sama yang berdaftar dan tidak berdaftar berada Di Bangladesh sebelum kira-kira 65,000 etnik Muslim Rohingya dilaporkan melarikan diri daripada keganasan di Rakhine, wilayah barat Myanmar sejak Oktober lalu. Susulan itu, kerajaan Bangladesh menubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri daripada pegawai kerajaan negeri untuk membantu mengenal pasti dan memindahkan warga Myanmar tanpa dokumen ke Thengar Char. Sehingga kini, lebih 300,000 etnik Muslim Rohingya berada di Bangladesh yang rata-rata melarikan diri dari krisis keganasan di Myanmar menunggu untuk dipindahkan. - CARI
|
15
Bagus |
14
Marah |
19
Terkejut |
17
Sedih |
14
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
WhiskeyScotch replied at 31-1-2017 04:11 PM
Setuju hantar je dekat pulau tu. Nanti pandai-pandailah etnik ni nak survive. Dorg ni akan survive p ...
Bedah.Cun replied at 31-1-2017 03:43 PM
Next time hader lagi pelarian Moslem from Syria ke Afghanistan ker, kau letak jer kat pulau kosong k ...
Wal..Hal replied at 30-1-2017 08:58 PM
Syria yg mate biru yu letak je kat malaysia, dpt becki keturunan, afghanistan pun ok jugak,sedap j ...
Atifan replied at 31-1-2017 08:44 AM
Tumpang tnya..kenapa xkesian?
Bedah.Cun replied at 31-1-2017 05:02 PM
Jantan jer of cos, bitches can f*ck off
WhiskeyScotch replied at 31-1-2017 04:11 PM
Setuju hantar je dekat pulau tu. Nanti pandai-pandailah etnik ni nak survive. Dorg ni akan survive p ...
ADVERTISEMENT