Sata ikan atau satey ikan merupakan antara makanan tradisional yang sangat popular di negeri Terengganu. Jika anda berpeluang bercuti ke Terengganu, lengkapkan percutian anda dengan pergi ke pasar malam atau gerai ditepi-tepi jalan untuk merasa hidangan ini. Rugi tak cuba tau!
Apa maksud Sata? Secara ringkasnya perkataan sata bermaksud lurus. Mungkin kerana sata ini dimasak dengan cara dicucuk pada belahan buluh lurus dan dipanggang (seperti sate). Harganya agak murah dan cara penyediaannya juga ringkas. Jika dilihat dari segi cara membuatnya, ia juga hampir menyerupai otak-otak. Namun,terdapat perbezaan antara kedua-dua makanan ini. Perbezaannya terletak pada bentuk, rupa, warna dan cara bungkusannya.
Anda mungkin mudah untuk mendapatkan otak-otak di mana-mana restoran atau gerai-gerai, tetapi sata ikan agak sukar di temui di luar negeri Terengganu. Jadi jika "mengidam" nak makan sata ikan, tak perlu lagi bersusah payah ke Terengganu kerana kami ada resepi untuk dikongsikan. Kini, anda boleh cuba sendiri dirumah mengikut resepi sata ikan dibawah ini. Kredit: Surita Hassan Bahan-bahan 5 ekor ikan sardin/selayang 3/4 biji kelapa putih 6 biji bwg merah (ditumbuk) Seinci halia (ditumbuk) Sedikit daun kesom (diracik halus) 1 sdb cili boh 1 biji telur Garam,gula dan abe aji Resepi rahsia budu sedikit Cili api potong kecil2 x nk pedas potong cili besar Daun pisang layur atas api Cara-caranya Ikan ambil isinya Tumbuk atau mesin Gaul dengan bahan yang lain Ambil daun pisang buat kelongsong Bakar/goreng jer atas kuali leper Siap! Selamat mencuba. - CARI |
18
Bagus |
25
Marah |
22
Terkejut |
21
Sedih |
30
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 2-2-2017 09:34 PM
pernah try tapi tak masuk tekak..
terasa kelapa sangat + terlalu kering..
ADVERTISEMENT