CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Perkara Lucu Ibu Buat Masa Besarkan Anak-Anak, No.2 Tu Paling Kelakar

3-2-2017 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9723| Komen: 35|Original author: Oleh: Myra Rozi

Merasai pengalaman mengandung buat julung kalinya pasti menyeronokkan bagi setiap wanita dan sudah tentu kelahiran anak pertama ini amat mengujakan bagi bakal ibu dan bapa.


Namun, selepas kelahiran anak pertama, pengalaman mengandung kali dua pastinya akan terdapat perbezaan dari segala segi. Majalah Pa&Ma berkongsi perkara lucu yang ibu buat semasa membesarkan anak pertama dan anak kedua. 

Foto: www.parents.com
Ambil gambar setiap masa
Anak pertama: Kalau boleh setiap saat nak rakam wajah anak. Seronok tak terkata tengok anak membesar.
Anak kedua: Siapa yang ada banyak masa hendak ambil gambar setiap bulan? Ibu dan ayah sibuk uruskan banyak hal.

Pencapaian anak nak canang satu dunia

Anak pertama: Setiap pencapaian si kecil adalah kejayaan yang mesti dikongsi dengan semua orang.
Anak kedua: Tak sempat hendak kongsi pencapaian anak, tahu-tahu si manja sudah boleh berjalan.

Ibu terlajak rajin
Anak pertama: Sentiasa teruja untuk cuba buat projek kraf dengan anak daripada mana-mana blog atau laman media sosial yang pernah dibaca.
Anak kedua: Buat sahaja aktiviti mewarna atau kraf menggunakan telefon pintar ibu.

Foto: babyclub.asda.com
Menu si manja
Anak pertama: Hanya makanan bayi organik dan resipi disediakan sendiri sahaja yang akan masuk ke dalam perut si manja.
Anak kedua: Biskut coklat cip tak akan mencederakan sesiapa. Jadi, apa salahnya bagi si kecil rasa kalau dia suka.

Tempat tidur
Anak pertama: Anak mesti tidur dalam baby cot, playpen atau katilnya sendiri setiap kali waktu tidur.
Anak kedua: Kanak-kanak memang berdaya tahan, mereka boleh tidur di mana-mana sahaja.

Hasil Karya seni anak
Anak pertama: Setiap penciptaan yang dihasilkan oleh anak ialah karya seni yang bernilai. Semua kena simpan sebagai kenangan!
Anak kedua: Semua yang dihasilkan oleh anak hanya akan menyepahkan rumah dan akhirnya dimasukkan ke dalam tong sampah.

Memang kelakar, tapi tak semua ibu bapa yang begitu. Terpulang kepada masing-masing bagaiaman mahu melayan karenah anak masing-masing. Asalkan mereka membesar dengan bijak dan sihat. -CARI
14

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
22

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiji85 3-2-2017 07:29 PM
aku buat kat anak kedua..ambek pic anak ke 2 tiap bulan.. yg no 1 x sempat nak pegang telefon dia dah ambil..
Quote cmf_premierleag 3-2-2017 07:57 PM
Kesian anak no. 2
Ujung2 bila anak2 dah besar,  anak. No. 2 tu la yg akan jaga parents dia.. Htr gi spital,  bawak jalan2 makan angin
Anak no. 1 lak mereput dlm pusat serenti
Kisah realiti yg akak tgk di klgn kawan terdekat
Kawan akak tu no. 2
Quote DeeHanania 3-2-2017 08:11 PM
Edited by DeeHanania at 3-2-2017 08:12 PM

Istimewa anak sulong pertama, baju2, pampers jenama mahal2,kalo bole nak serba lengkap, semua dpt rasa...
Bila anak2 seterus nya, guna pakai baju2, stroller dari anak2 pertama(kaka@abang),cuma pampers ikut jenama sekarang...
Tetapi anak pertama jugak lebih membuat diri diaorg matang dari usia,bole menjaga adik2... Melindungi&menyayangi adik2...ini melihat pada anak2 kita sendiri
Quote mrizumi 3-2-2017 08:17 PM
Haha..standard..tp org kata ank kedua ni berdikari skit...
Quote Aizuzu 3-2-2017 10:17 PM
Anak kedua biasanya berdiikari n degil
Quote Sian0403 3-2-2017 11:38 PM
Aizuzu replied at 3-2-2017 10:17 PM
Anak kedua biasanya berdiikari n degil

Setuju sgt yg ni
Quote spankee_fili 3-2-2017 11:51 PM
sebab tu la terjadinya second / middle child syndrome..
selalu rebel, baran, attention seeker & problematic..
tapi positif side independent & bijak berfikir sebab ada space sendiri..
Quote Drsgonfruit 4-2-2017 08:06 AM
Preknen #1 lain. Slalu x sihat, muntah2
Preknen #2 cam x preknen melainkan perut je naik  
Quote amyza 4-2-2017 08:13 AM
cmf_premierleag replied at 3-2-2017 07:57 PM
Kesian anak no. 2
Ujung2 bila anak2 dah besar,  anak. No. 2 tu la yg akan jaga parents dia.. Htr gi ...

Betul lah kaka. Jiran lama iols camni lah. Dah kuar pusat,mak dia ingat berubah skali dia curik vacuum umah pegi jual. Keje kuar masuk pusat. Skrg ni dh tua dah abg tu,sakit2. Nasib masa dok pusat ada belajar ngaji. Boleh lah ngaji di hujung usia ni.
Quote booty 4-2-2017 09:50 PM
nice info..thank you
Quote pengaminLF 4-2-2017 10:49 PM
spankee_fili replied at 3-2-2017 11:51 PM
sebab tu la terjadinya second / middle child syndrome..
selalu rebel, baran, attention seeker & pro ...

Setuju.. Middle child syndrome. Anak no 2 ni mmg cepat matang dan independent..
Quote spankee_fili 4-2-2017 11:36 PM
pengaminLF replied at 4-2-2017 10:49 PM
Setuju.. Middle child syndrome. Anak no 2 ni mmg cepat matang dan independent..

paling obvious kalau 1st & 2nd tu same gender..
kalau lain gender kurangla sikit sebab treatment anak laki ngan pompuan lain sikit..
tapi setakat yg diperhati, 2nd child boleh jadik yg paling bermasalah dan yg paling berjaya..
anak sulung ngan last biasanya manja..
Quote chinta89 5-2-2017 10:16 AM
ramai ke idok yg sentap?
Quote ilovetobead 5-2-2017 10:40 AM
Realitinya mmg begitu
Quote ilovetobead 5-2-2017 10:41 AM
Realitinya mmg begitu
Quote ilovetobead 5-2-2017 10:42 AM
Begitu jugak atuk nenek. Cucu 1st kemainnn duk manja 2nd cucu lantak ko lah labu nak main dlm baruh ke apa
Quote ngee 6-2-2017 10:32 AM
huhuhu..ada btol gak apa yg ditulis tu..itu dikatakan pgalaman mgajar
Quote sky8gurl 6-2-2017 10:40 AM
Belum berkesempatan ada anak kedua
Quote SitiRopeah 6-2-2017 10:46 AM
aku selalu ambil gambar bila anak2 tidur.
tapi simpan sendiri jelah.
tak ada nak tayang kat socmed.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047890 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top