CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wajah Kering, Kusam? Sembur Saja Dengan Penyegar Wajah Lemon DIY Ini!

7-2-2017 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5728| Komen: 12|Original author: Oleh: Maly Rosli

Kandungan Vitamin C daripada lemon bukan sahaja bagus untuk kesihatan, malah ia juga berfungsi sebagai antioksida yang baik bagi merawat kulit kering dan kusam akibat radikal bebas.




Bukan itu sahaja, lemon juga mampu mengecilkan pori-pori di wajah, membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengatasi masalah kulit berminyak. 

Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri penyembur penyegar wajah (face spray atau face mist) untuk menikmati manfaat dari lemon pada setiap masa?



Bahan:

- 2 sudu besar air perahan lemon
- 4 sudu besar air sejuk


Caranya:

1. Campur kedua-dua bahan dan kacau rata. 
2. Masukkan ke dalam botol spray dan simpan dalam peti ais kira-kira 30 minit sebelum digunakan.


Foto: Carian Internet

Anda boleh menggunakan penyegar wajah lemon buatan anda sendiri sebelum mengenakan alat solek mahupun selepas bagi mengelakkan wajah rasa kering.
Bukan sahaja menyegarkan dan melembapkan, malah ia juga mampu mencerahkan wajah anda.

Spray penyegar ini boleh bertahan selama seminggu tau! Apabila dah habis, bolehlah buat lagi. Tak susah pun, bukan? Selamat mencuba! - CARI

14

Bagus
12

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 7-2-2017 06:38 PM
oo. senangnya nanti nak cuba buat
Quote meklalala 8-2-2017 08:54 AM
nak tanya jugak..boleh simpan untuk berapa hari ya agak2?
Quote fa_fah 11-2-2017 05:03 AM
jimat dan mudah,xpyh g bazir duit beli spray muka
Quote Azu_dizzie 11-2-2017 07:49 AM
meklalala replied at 8-2-2017 08:54 AM
nak tanya jugak..boleh simpan untuk berapa hari ya agak2?

Dia tulis situ dlm seminggu.. jangan lebih sebab nanti air tu mesti dah bertukar rasa and jadi ala2 basi..so tak bagus la utk kulit muka kita...
Quote hearthati714 12-2-2017 05:40 PM
good sharing
Quote Leo_Gurlz 12-2-2017 05:47 PM
Wahhh senang nihhh boleh cuba
Quote ajuliana 13-2-2017 08:33 PM
pernah buat buat.. but muka a bit pedih.. maybe x sesuai kulit muka i
Quote esbatu 14-2-2017 10:55 AM
good info. nak try nanti
Quote arsasa 3-3-2017 10:44 AM
good info
Quote IxoraP 3-3-2017 11:50 AM
siskepoh replied at 7-2-2017 06:38 PM
oo. senangnya nanti nak cuba buat

sis try dl ye.. lps tu mai sini lg abaq kt kita apa result nya ye.. bkesan ke dok.
Quote amisery 19-7-2017 04:03 PM
BOLEH LA CUBA NANTI
Quote ShiningStars 22-7-2017 10:51 PM
Bagus juga..x perlu mbazir duit

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.077185 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top