Kebiasaannya ayam dan daging sering dijadikan bahan utama untuk membuat begedil. Tetapi cara pembuatan begedil sedikit berbeza di negeri-negeri pantai timur Malaysia. Caranya penyediaannya adalah hampir sama sahaja seperti membuat resepi begedil yang lain, cuma di negeri pantai timur ikan akan dijadikan sebagai bahan utama. Jadi, jom bersiap sedia dengan resepi begedil ikan untuk menu makan tengahari anda hari ini. Bahan-bahan: 2 ikan kembung sederhana besar, diambil isinya sahaja 3 bawang merah, dimayang halus 1/2 kelapa parut 1 telur
1 tangkai daun kesum, diracik halus Gula dan garam secukup rasa 4 sudu besar minyak zaitun untuk menggoreng Cara Membuatnya: Gaul kesemua bahan hingga sebati. Kemudian masukkan telur. Bentukkan campuran menjadi leper sederhana besar dan goreng dengan api perlahan. Letakkan minyak zaitun sedikit demi sedikit untuk mengelakkan ia melekat di kuali. Goreng hingga menjadi warna coklat keemasan. Rasanya sangat sedap dan lebih enak dimakan bersama nasi yang masih hangat. Tak percaya, cubalah! - CARI |
36
Bagus |
18
Marah |
19
Terkejut |
15
Sedih |
33
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
makneng replied at 10-2-2017 11:34 AM
Ikang kembung tu nak kena rebus dulu ke uolls? Kentang x yah letak juga ke?
CARI-HBZ replied at 10-2-2017 12:13 PM
ikan tak perlu rebus. Terus siat-siat ambil isi je. kentang tak perlu letak.. begedil pantai t ...
ADVERTISEMENT