CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menggemparkan! Ratusan Paus Ditemui Mati Terdampar Di Pantai New Zealand

10-2-2017 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6047| Komen: 44

Keadaan yang cukup menggemparkan apabila lebih 400 ekor ikan paus terdampar di pantai New Zealand dengan ratusan daripadanya mati. 

Memetik laporan CNN, pada masa yang sama terdapat sukarelawan tempatan bertindak untuk mengapungkan mamalia yang didapati masih hidup.


Jelas jurucakap Jabatan Pemuliharaannya, Andrew Lamason, kes ikan paus mati terdampar di pantai memang dianggap perkara biasa, namun kejadian kali ini adalah yang terbesar pernah dicatatkan di negara tersebut.

Malam kelmarin, sejumlah 416 ekor paus jenis pilot dihanyutkan ke pantai di Farewell Spit, wilayah teluk Golden Bay di utara Pulau Selatan, ujar Lamason.  

Bagaimana pun, tegas beliau usaha sedang dilakukan untuk menarik baki yang masih hidup ke dalam laut ketika air pasang, walaupun harapan tampak tipis.

“Dengan jumlah yang sudah mati itu, anda boleh membuat kesimpulan bahawa yang lain juga berada dalam keadaan yang teruk.”


“Jadi kami sudah bersedia untuk berdepan tempoh yang menyedihkan selepas ini.”

Paus jenis pilot boleh membesar sehingga enam meter panjang dan menjadi spesies paus yang lazim dilihat di perairan New Zealand.

Farewell Spit terletak 150 kilometer di barat pekan pelancongan Nelson, pernah menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan kejadian paus mati terdampar dalam jumlah besar sejak sedekad lalu, namun kes kali ini dipercayai paling buruk.

Dilaporkan setakat ini, punca kematian ikan paus masih tidak diketahui tetapi dipercayai ada kaitan dengan faktor geografi tempatan.- CARI

sumber foto: CNN
sumber foto: CNN



19

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 10-2-2017 03:29 PM
kesian paus
Quote supernaturalee 10-2-2017 03:31 PM
paus ni mamalia rite?

ade ke org mkn paus?

Quote ad_hoc79 10-2-2017 03:32 PM
pencemaran ke
Quote WhiskeyScotch 10-2-2017 03:37 PM
Tak sampai hati tengok paus tu terdampar mati. Banyak pula tu.
Quote ocho 10-2-2017 03:40 PM
sonar malfunctioned somewhere kot ...
Quote AbukRokok 10-2-2017 03:43 PM
supernaturalee replied at 10-2-2017 03:31 PM
paus ni mamalia rite?

ade ke org mkn paus?

Jepun kiasu

Quote pearlspth 10-2-2017 03:43 PM
kesian encik paus, ape lh yg buat mereka tkleh survive ni
Quote supernaturalee 10-2-2017 03:46 PM

oh ya...jepun kiasa
mesti bnyk lemak paus ni kan


ikan bnyk lemak yg i blh hadam patin je
Quote manjalara_01 10-2-2017 03:46 PM

dlm artikel kata faktor geografi..maknanye?

[youtube]OTMcdgzFTNY[/youtube]
Quote slavehunter 10-2-2017 03:51 PM
Mungkin area dalam laut tu dah contimated plus weather change......theory aku la.....RIP to paus......
Quote CiliPadiSedap 10-2-2017 03:56 PM
nak selamat bela paus dalam akuarium
Quote NAT_11 10-2-2017 04:04 PM
Hantarkan semua bangkai paus tu ke Jepun, tak payah
lagi diorang hunting kat ICELAND. Kalau lebih 400 ekor,
boleh jadi stock 2-3 tahun sushi.........
Quote pearl.silver 10-2-2017 04:07 PM
supernaturalee replied at 10-2-2017 03:46 PM
oh ya...jepun kiasa
mesti bnyk lemak paus ni kan


Kan ada movie tu
Yg diorg gi buru ikn paus
Untuk bekalan minyak
Sebelum dijumpai minyak tanah
Quote supernaturalee 10-2-2017 04:17 PM
pearl.silver replied at 10-2-2017 04:07 PM
Kan ada movie tu
Yg diorg gi buru ikn paus
Untuk bekalan minyak

ada satu tu tajuk the covetp psl ikan lumba2
mng di oscar





Quote miss_bear 10-2-2017 04:31 PM
https://youtu.be/iGYTYl7ghB0

Quote MissNigga 10-2-2017 04:55 PM
supernaturalee replied at 10-2-2017 03:31 PM
paus ni mamalia rite?

ade ke org mkn paus?

Manusia2 kat Faroe Island  ... (negara kat laut utara europe ..)
Quote supernaturalee 10-2-2017 04:59 PM
MissNigga replied at 10-2-2017 04:55 PM
Manusia2 kat Faroe Island  ... (negara kat laut utara europe ..)

ye ye
ade thread psl tu sblm ni
kemerahan je laut kt tepi pantai tu
kononnya budaya dr dulu lagi



Quote aku.semut.merah 10-2-2017 05:03 PM
tanda2 tsunami kah?
Quote dauswq 10-2-2017 05:13 PM
MissNigga replied at 10-2-2017 04:55 PM
Manusia2 kat Faroe Island  ... (negara kat laut utara europe ..)

China pun same kan? Aritu ade bideo paus kena belah hidup-hidup  

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.045276 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top