Siapa tak kenal nama pelakon hebat Raja Ilya dan geram dengan lakonan watak antagonisnya yang berkesan kebelakangan ini. Namun sejak tahun lalu, aktres berusia 32 tahun berkelahiran Ipoh ini telah cuba mempelbagaikan watak lakonannya kerana tidak ingin hanya terhad dengan watak antigonis sahaja dalam bidang lakonannya.
Dan jelas, keputusan pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Appalam ini membuahkan hasil. Akui Ilya, dia pada mulanya mengambil masa untuk menerima tawaran Razak Mohaideen dan tidak yakin untuk membawakan watak komedi. Bagaimanapun dia mencabar diri untuk menerima dan ternyata percubaan itu berjaya kerana pada sesi pratonton filem berkenaan, ramai yang memuji keberkesanan lakonannya. "Saya akui agak bimbang juga pada mulanya, tapi bila dengar ada yang ketawa, sedikit sebanyak saya lega."
"Saya tidak buat banyak rujukan pada mana-mana watak. Saya dengar penjelasan Prof Razak dan kemudian cuba mengembangkan ikut imaginasi saya." Tambah Ilya, gandingan pertama kalinya bersama Taufik Batisah juga dianggap berjaya dan dia berterima kasih kepada isteri penyanyi tersebut, Sheena Akbal yang banyak membantu memecahkan rasa segan dan janggal mereka. Selain Ilya dan Taufik, turut membintangi filem yang akan ditayangkan pada 16 Februari depan adalah Erra Fazira, Douglas Lim, Azhari Zain, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.- CARI |
14
Bagus |
8
Marah |
15
Terkejut |
19
Sedih |
5
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
buragazz replied at 11-2-2017 03:33 AM
Memula teruja tapi bila nampak Prof Razak... terus sendu otak aku...
ADVERTISEMENT