Ibu durjana tergamak buang anaknya sendiri di dalam longkang di tempat kerjanya pada Januari lalu, dihadapkan di Mahkamah Sesyen, semalam. Bernama melaporkan Mastura Shari, 32, juga merupakan seorang jurutol didakwa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan sehingga boleh mengakibatkan kematian terhadap seorang bayi lelaki, di Pejabat Tol Bukit Kajang, Hulu Langat pada 6 Januari lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam. Mastura yang juga masih belum berkahwin turut didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Atas alasan kes terbabit tidak boleh dijamin Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Abdul Yazaid tidak menawarkan sebarang wang jaminan, namun dia memohon jumlah yang tinggi sekiranya mahkamah membenarkan jaminan. Berikutan itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan sebutan semula kes pada 7 Mac. Tertuduh kemudian dihantar ke Penjara Kajang selepas gagal membayar jaminan itu, manakala bayi lelaki berkenaan yang kini sudah berusia sebulan lebih berada dalam jagaan keluarganya. Terdahulu, media melaporkan sepasukan anggota unit peronda lebuh raya menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui bersama uri di dalam longkang berhampiran pejabat Plaza Tol Bukit Kajang. Bayi malang itu ditemui dengan kesan lebam dan calar pada paha, rusuk kanan serta pipi. - CARI
|
17
Bagus |
11
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
betul la orang kata kebanyakan laki melayu tak berguna, lbih baik kawen dengan bangla dan paki...orang kata la
ADVERTISEMENT