CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Internet di Malaysia Antara Termahal Berbanding Negara Jiran Lain-PIKOM

14-8-2013 12:31 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12612| Komen: 118

Harga internet perlu lebih rendah




Shaifubahrim Saleh

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) berpendapat harga langganan internet dan jalur lebar perlu lebih rendah di negara ini

Presidennya, Shaifubahrim Saleh seterusnya menggariskan tiga elemen mengapa ia seharusnya lebih mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya, ketiga-tiga elemen itu adalah industri mudah alih yang semakin inovatif, pengguna media sosial yang meningkat dan pelaksanaan urusniaga elektronik (e-dagang) yang meluas.

"Ketiga-tiga elemen tersebut semakin berkembang dan meningkat di negara ini bahkan di seluruh dunia," katanya.

Malah, katanya, pengguna media sosial di Malaysia terutamanya Facebook juga merupakan antara yang tertinggi di ASEAN dan ia merupakan faktor penting bagi negara ini menawarkan jalur lebar dan internet pada kadar yang murah.

"Kita sedang menuju ke arah negara maju dan harga internet dan jalur lebar wajar dikurangkan bagi memastikan setiap rakyat mampu berkemampuan memperoleh capaian jalur lebar dan internet," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Pikom beranggapan beberapa isu seperti liputan internet jalur lebar serta harganya yang tinggi memberi kesan kepada kedudukan Malaysia di dalam Laporan Daya Saing Antarabangsa 2012-2013, yang dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada tahun lalu.

Isu-isu tersebut adalah kolektif dan mempercayai kriteria tersebut menyebabkan kedudukan negara di dalam laporan itu telah jatuh ke kedudukan 25, berbanding ke 21 tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada harga jalur lebar dan internet di negara ini lebih mahal berbanding dengan negara-negara jiran, Shaifubahrim berkata, harga internet dan jalur lebar di negara ini sememangnya lima sehingga 10 kali lebih mahal.

Malah, katanya, negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AdamBillionaire 14-8-2013 11:22 AM
perkasa ckp bersyukur asal ketuanan melayu tak digugat walaupun internet mahal
Quote benzo33 14-8-2013 11:24 AM
perkara ni mmg dah sedia maklum. cuma masing2 hanya mendiamkan sahaja.
Quote pakwetizzaqyah 14-8-2013 11:24 AM
sabarlah...kekal je DS Najib jadi presiden UMNO..harga broadband akan turun...streamyx dan unifi pun mesti turun..harap korang sme sabar untuk proses TRANSFORMASI....asalkan jngn bg wak yidin jadi PM...abis la...smua harga naik..dia ni mazhab TUN
Quote little_sis 14-8-2013 11:28 AM
mmg mahal, pastu slow melow lak tuh.. tensi je aku..
Quote putr@polo 14-8-2013 11:33 AM
harap bajet 2013 ni ada berita baik lah pasal kadar internet ni..
kang kalau komplain lebih2 tak pasal2 kena pindah duduk negara lain plak..
Quote nour2001 14-8-2013 11:36 AM
kata haritu nak kasi turun,  ke nak kena tunggu pru14...
Quote kegimaru 14-8-2013 11:47 AM
streamyx 1mbps rm100++ wth
Quote mycute 14-8-2013 11:48 AM
memang mahal..
servis tak setanding dgn harga..
Quote aziz79 14-8-2013 11:48 AM
memang antara yg termahal pon..
pastu slow.
Quote hyie 14-8-2013 11:50 AM
perkara ini (harga internet) sedang, mungkin, akan, masih, perlu dikaji...
Quote perang_sivil 14-8-2013 11:52 AM
aku spend RM200 utk internet..
Quote namirulmukminin 14-8-2013 12:00 PM
Antara janji Manifesto PRU13 oleh BN...

- Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan "Bandwith" internet.

Lagi satu JANJI diCAPATI....
Quote tungkai 14-8-2013 12:09 PM
Bila nak turun rate internet wei...tunggu PRU10000000000 ke?
Quote ResellerMaxis 14-8-2013 12:10 PM
biasa ar..negara kaya macam malaysia..memang ar internet mahal..cuba bandingkan dengan negara yang lagi kaya dari malaysia macam singapore, usa dan lain-lain..mesti dia orang lagi mahal..ehe ni banding dengan negara macam indon n thailand..memang ar kita lagi mahal..
Quote bluemenx 14-8-2013 12:11 PM
Puak2 Alip Tendang Wau : u tak suka internet mahal u keluar lahhhh !
Quote skicysonic 14-8-2013 12:12 PM
malaysia semua mahal n berbayar...



ada x org cakap den x reti bersyukur
Quote bluemenx 14-8-2013 12:14 PM
tak yah gi jauh2 la... pegi indonesia.. topup hp boleh aktif sampai 2 bulan.. kat mesia 10 hengget 7 hari ja..
Quote chaoyunjie 14-8-2013 12:33 PM
bluemenx posted on 14-8-2013 12:14 PM
tak yah gi jauh2 la... pegi indonesia.. topup hp boleh aktif sampai 2 bulan.. kat mesia 10 hengget 7 ...

itu la pasal...

aku suka sms...tapi airtime dh habis...
kena topup semata2 nak panjangkan airtime je...
kredit banyak la juga...
Quote din_atos 14-8-2013 12:45 PM
chaoyunjie posted on 14-8-2013 12:33 PM
itu la pasal...

aku suka sms...tapi airtime dh habis...

sbb tu aku tukar umobile..

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.064978 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top