Percayakah terdapat benua yang dikatakan tersembunyi tanpa disedari sebelum ini, kini telah ditemui sekumpulan saintis? Baru-baru ini, menurut laporan jurnal Persatuan Geologi Amerika Syarikat, bahawa sekumpulan saintis telah berjaya menemui sebuah benua yang berukuran dua pertiga saiz Australia di bawah permukaan barat daya Lautan Pasifik.
Memetik laporan Reuters, benua terbabit mempunyai jisim tanah berkeluasan 4.5 juta kilometer persegi, dengan hanya bahagian tertinggi, New Zealand serta New Caldeonia muncul di permukaannya, manakala 94 peratus keluasannya itu berada di bawah air. Menurut ahli geologi di GNS Science di Dunedin, New Zeland, Nick Mortimer, "Jika kita menarik 'palamnya', ia jelas menunjukkan kewujudan rantaian gunung dan benua berdiri tinggi di atas kerak lautan." Jelasnya, granit dari kepulauan sub-antartik berhampiran New Zealand turut ditemui penyelidik pada abad sebelum itu.- CARI
|
bulan_gerhana replied at 20-2-2017 12:53 PM
adakah sebab ini ke new zealand kerap dilanda gempa bumi... rasanya sejak 3 thn kebelakangan ni mema ...
ADVERTISEMENT