Bukan mudah nak jumpa orang yang jujur mengaku kesalahan sendiri, dan bukan mudah bagi segelintir individu untuk mengaku bersalah serta memohon maaf.
Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial Facebook, Hairi Azaki memuat naik sebuah status berserta gambar sekeping nota daripada seseorang memohon maaf daripadanya kerana tidak sengaja menyebabkan plat nombor motosikalnya patah. "Dalam hati Hairi 'Ya Allah sungguh mulia seorang Hamba Allah ini meminta maaf serta jujur akan perbuatannya' kebanyakan dari kalangan kita ini bila buat salah terus pecut lari," tulisnya.
Menurut Hairi, dia mahu menghubungi individu berkenaan bukan kerana mahu meminta ganti rugi, namun mahu individu tahu bahawa dirinya sudah dimaafkan. Sejurus selepas itu, Hairi menghubungi individu berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp dan memafkannya tanpa meminta ganti rugi. "Saya reda dan maafkan, terima kasih kerana bersikap jujur," tulisnya. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang memuji kejujuran individu terbabit serta sikap keterbukaan Hairi yang tidak mudah menghukum seseorang atas kesalahan dilakukan. "Semoga kebaikan hari ini dibalas baik dan menjadi kesinambungan kebajikan untuk orang lain pula ustaz Hairi Azaki," komen netizen. Seperti yang ditulis Hairi, janganlah terlalu cepat menghukum seseorang. Selidik dahulu sebabnya dengan rasional dan berbincanglah secara baik. - CARI
|
6
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
9
Sedih |
15
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAL replied at 21-2-2017 10:29 AM
Bukan mudah nak jumpa orang yang jujur mengaku kesalahan sendiri, dan bukan mudah bagi segelintir in ...
ADVERTISEMENT