CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pernah Mandi Sebelum Subuh? Ini 7 Manfaatnya Yang Ramai Tak Tahu

8-3-2017 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12460| Komen: 55|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Gambar hiasan. Kredit foto - klorophill.blogspot.com



Mandi adalah perkara wajib dilakukan setiap hari bagi membersihkan kekotoran serta memberi kesegaran pada badan.

Tetapi mungkin ramai yang belum tahu bahawa salah satu waktu paling ideal untuk mandi adalah sebelum waktu subuh. Wah! sudah pasti ramai akan berkata TIDAK untuk mandi diawal pagi kerana alasannya sejuk dan masing-masing masih lena dibuai mimpi. 

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya sangat rugi jika tidak mandi di waktu sebelum subuh. Ini kerana mandi diwaktu itu mempunyai banyak kebaikan terutamanya kepada kesihatan dan kecantikan, berikut adalah 7 manfaatnya.


1. Meningkatkan Kesuburan
Mandi dengan air dingin pun mempunyai kesan positif bagi kesihatan pembiakan, kerana mandi dengan air sejuk boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosterone pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita yang berpengaruh pada peningkatan kesuburan dan keghairahan seksual.

2. Melancarkan Peredaran Darah
Mandi subuh ternyata mempunyai manfaat yang luar biasa bagi kesihatan. Menurut Dr. dr. Aru W. Sudoyo, MD, doktor pakar penyakit dalam dari FKUI dan RS Medistra, mandi pagi secara perubatan akan merangsang sistem peredaran darah dan persyarafan menjadi lebih aktif.

Hal ini timbul sebagai reaksi terhadap rangsangan suhu sejuk secara ringkas. Sepanjang seseorang tidak sakit, maka mandi subuh atau sebelum subuh memberikan kesan positif kerana tubuh disebat oleh temperature rendah.


3. Membuat Kulit Menjadi Lebih Halus dan Cantik
Dr. Midi Hariyani, SpKK pakar kulit dan kelamin dari klinik nusantara tembaga menyebutkan bahawa dengan mandi subuh dapat membangunkan tubuh yang terlelap di mana metabolisme tubuh sedang melambat.

Diibaratkan membangunkan mesin yang awalnya pelan kemudian dinaikkan. Suhu tubuh akan dinaikkan mencapai kestabilan. Jantung menjadi terpacu untuk bangun, adrenalin meningkat, pembuluh darah jadi lebih lancar untuk bergerak sehingga aliran darah dalam tubuh menjadi sangat baik, termasuk aliran ke kulit, tisu kulit akan bertambah baik tidak kering dan menjadi lebih kenyal atau lembab.

Mandi dengan air sejuk juga mampu mengurangkan noda hitam pada lingkaran bawah mata sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan kulit kelihatan lebih fresh



4. Membuat Rambut Lebih Sihat
Apa yang terjadi dengan rambut bila dibilas dengan air sejuk? Ternyata air dingin dapat menutupi kutikula rambut, sehingga mampu mengurangkan keguguran. Air sejuk juga mampu melindungi rambut dari kotoran-kotoran yang biasanya melekat pada kulit kepala, dengan demikian rambut akan lebih sihat dan kuat.

5. Meningkatkan Sel Darah Putih
Mandi dengan air sejuk pada waktu subuh akan meningkatkan sel darah putih dalam tubuh yang mengakibatkan peningkatan daya tahan tubuh dalam melawan virus yang masuk kedalam tubuh, dan tubuhpun akan menjadi lebih sihat dan bugar.


6. Meredakan Kemurungan
Mandi dengan air sejuk juga berpengaruh pada jiwa, menjadikan jiwa dan fikiran lebih tenang dan bersemangat menjalankan aktiviti sehari-hari. Namun, untuk mereka yang mempunyai penyakit berat sebaiknya mandi dengan suhu air hangat (bukan panas) yang mendekati suhu tubuh sehingga sistem penyesuaian atau adaptasi yang sedang lemah tidak dirangsang secara paksa.

Khas untuk pesakit ekzema dan penyakit sendi sebaiknya tidak melakukan aktiviti mandi sebelum subuh ini kecuali dengan air hangat. Para pesakit ekzema jika mandi menggunakan air sejuk akan menyebabkan gatal gatal pada kulit, sedangkan pesakit rematik akan meningkatkan keradangan sendinya.

Perubahan suhu yang terlalu mendadak juga boleh menyebabkan aliran darah terganggu sehingga tekanan darah lebih tinggi daripada biasanya yang menyebabkan munculnya hipertensi dan jantung.

7. Kurangkan Risiko Darah Tinggi
Menurut Frederic Premji serang hypnotherapis dari The American Board Of Hypnotherapy bahawa mandi dengan air sejuk juga mampu mengurangkan risiko timbulnya darah tinggi, varises dan mengerasnya pembuluh darah, hal ini terjadi kerana air sejuk akan melancarkan peredaran darah keseluruh organ-organ tubuh.

Jadi mulai esok kepada sesiapa yang belum pernah mandi sebelum subuh, mari kita biasakan diri untuk mandi diwaktu itu. Sekarang baru faham kan kenapa orang tua dulu-dulu suka mandi di awal pagi? - CARI.





29

Bagus
19

Marah
26

Terkejut
16

Sedih
20

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 8-3-2017 04:19 PM
ok, noted
Quote fara7351 8-3-2017 04:20 PM
mmg bagus mandi pagi ni.. mak mertua sy hari2 bangun mandi pukul 4 pagi.. kagum! tapi sy belum sampai tahap ni lagi..  huhuhu
Quote harrypoter 8-3-2017 04:21 PM
fara7351 replied at 8-3-2017 04:20 PM
mmg bagus mandi pagi ni.. mak mertua sy hari2 bangun mandi pukul 4 pagi.. kagum! tapi sy belum sampa ...

4pagi? uih..awalnyer
Quote EvieWanKenobi 8-3-2017 04:23 PM
tq for info, tt..
Insyallah akan diusahakan..
Quote WhiskeyScotch 8-3-2017 04:26 PM
Memang bagus mandi sebelum subuh. Sangat digalakkan pun. Btw, thank you for the info.
Quote fara7351 8-3-2017 04:34 PM

yep betul.. dia mmg jenis rajin..  
tapi mmg betul lah kebaikan mandi pagi tu, dia jarang kena sakit2..
alhamdulillah.

Quote mieymiey 8-3-2017 04:37 PM
Jam5 dikira sebelum subuh kan?
Quote harrypoter 8-3-2017 04:39 PM
fara7351 replied at 8-3-2017 04:34 PM
yep betul.. dia mmg jenis rajin..  
tapi mmg betul lah kebaikan mandi pagi tu, dia jarang kena sa ...

ya, dulu sy pernah masuk tinju...
jurulatih suruh mandi pkul 5 pagi tiap2 hari, tujuannya menguatkan badan dan tulang...
Quote UsuFie 8-3-2017 05:04 PM

betul la tu..arwah ibu usu mmg setiap hari mandi awal pagi..padan la arwah awet muda jer..
Quote prettyuglybabe 8-3-2017 05:26 PM
mandi sebelum subuh pun guna air panas, baik tak yah..
kat situ clearly dia cakap mandi guna air sejuk
Quote emelia1509 8-3-2017 05:30 PM
iols mmg mandi pukul 4 pagi hari2..hehe..sebab tu time baru nak tido..dapat jugak ke manfaat macam atas tu
Quote jejai 8-3-2017 05:35 PM

kalau rumah sendiri ok lah tapi kalau balik kampng segan la pulak. takut mak ayah adik2 fikir iols baru lepas jimak. mandi wajib sebeb nak solat subuh






Quote uda 8-3-2017 05:57 PM
I pun setiap hari mandi kul 4.30am  tapi dengan air panas
Quote Olleo 8-3-2017 06:43 PM
jejai replied at 8-3-2017 05:35 PM
kalau rumah sendiri ok lah tapi kalau balik kampng segan la pulak. takut mak ayah adik2 fikir iols ...

Dah kalau xjimak pun, ko solat subuh xmandi ke?Kalau nk solat subuh plak, mmg kena bangun mandi sebelum subuh kan..ke ko cuci muka je?
Quote mbhcsf 8-3-2017 06:54 PM
i seee.....okay ...just curious mandi air panas ke air sejuk mati? kalau air sejuk

noooooooooooo.....kejung dalam shower ,sad sad sad morning  hmmm....
Quote mbhcsf 8-3-2017 06:56 PM
prettyuglybabe replied at 8-3-2017 05:26 PM
mandi sebelum subuh pun guna air panas, baik tak yah..
kat situ clearly dia cakap mandi guna air se ...

alaaaaa....u know kalau air sejuk , well....kejung lah you sini.....

kalau air panas shower okay gak
Quote mbhcsf 8-3-2017 06:57 PM
jejai replied at 8-3-2017 05:35 PM
kalau rumah sendiri ok lah tapi kalau balik kampng segan la pulak. takut mak ayah adik2 fikir iols ...

hmm? nape segan ye? i mean kalau hubby wife  okay lah kan? atau ini budaya melayu kita ke?
Quote Jorja 8-3-2017 07:16 PM
I sedari anak dara mmg early riser.. tiap hari berpagi2 mandi sbelum subuh dah jadi habit.. org yg suka mandi awal pagi ni kulit belakang licin gebu jarang naik jerawat #janganjeles
Quote mbhcsf 8-3-2017 07:20 PM
Jorja replied at 8-3-2017 07:16 PM
I sedari anak dara mmg early riser.. tiap hari berpagi2  mandi sbelum subuh dah jadi habit.. org y ...

i see... i bukan early riser, i tidoq waktu pagi hahahahah  i malam punya orang

actually early riser amat bagus..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.079223 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top