CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ada Berani Ke Korea Utara? Kunjungi 5 Tempat Menarik Ini

8-3-2017 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13105| Komen: 30|Original author: Oleh : Hafiz BZ


Sebut sahaja Korea Utara, perkara pertama yang akan bermain di minda adalah sebuah negara suka bertelagah dengan jiran mereka iaitu Korea Selatan dan mempunyai seorang pemimpin tertinggi yang diktator.


Korea Utara juga sering menjadi perhatian masyarakat antarabangsa kerana dengan selamba membangunkan projek senjata nuklearnya dan perkara itu amat menggerunkan jiran-jiran mereka di Asia timur malah juga kuasa besar di Barat seperti Amerika Syarikat.

Jadi disebabkan ini ramai yang takut untuk melancong di tanah yang dikuasai oleh Kim Jong-Un itu!

Tetapi sebenarnya banyak tempat menarik di Korea Utara namun ramai yang tidak tahu kerana Korea Utara merupakan sebuah negara yang "suka mengasingkan diri".

Andai anda berpeluang ke Korea Utara, kunjungilah lima tempat menkagumkan ini.



1- Victorious War Musieum
Dibina pada tahun 1953, Victorious War Museum merupakan antara tempat paling banyak dikunjungi pengunjung dari seluruh penjuru dunia. Ini kerana hanya dimuseum yang terletak di Pyonyang ini sahaja anda berpeluang menyaksikan pelbagai jenis kenderaan perang dan juga senjata yang dahulu pernah digunakan tentera Korea Utara ketika perang saudara dengan Korea Selatan.

Ada Berani Ke Korea Utara? Kunjungi 5 Tempat Menarik Ini

2- Arc of Thriumph
Arc of Triumph Pyongyang adalah sebuah bangunan triumphal arc kedua terbesar di dunia selepas Monumento a la Revolucion di Mexico. Bangunan megah yang terletak di sebelah utara Pyongyang ini dibina sebagai tanda kekuatan Korea Utara ketika melawan Jepun pada tahun 1925-1945.



3- Kumsusan Palace of the Sun
Kumsusan Palace of the Sun adalah sebuah bangunan megah yang terletak di Pyongyang. Bangunan ini awalnya dibangun Kim II-Sung dan kemudian diubah suai oleh anaknya, Kim Jong-il. Selepas Kim II-Sung meninggal dunia pada tahun 1994, bangunan ini berubah fungsi sebagai mausoleum. Kim Jong-il merombak semula hampir seluruh struktur bangunan hingga menampakkannya lebih gah dan setanding mauseloum terkenal dunia, iaitu Taj Mahal.



4- Juche Tower
Mengapa perlu ke Juche Tower? Kerana tower ini adalah kebanggaan rakyat Korea Utara. Seperti namanya, tower ini adalah simbol ideologi politik Juche yang diperkenalkan oleh Kim II-Sung. Pada tahun 1982 menara ini selesai dibina sempena ulang tahun Kim II-Sung yang ke-70. Hingga ke hari ini, menara yang memiliki tinggi hingga mencapai 170 meter ini menjadi tarikan utama buat pelancong. 



5. Museum Koryo
Museum Koryo adalah sebuah museum yang menyimpan banyak artifak dan peninggalan sejarah yang sangat berharga dari kerajaan Koryo (918-1392). Nama Korea sebenarnya sebuah turunan dari kata Koryo. Di muzium ini anda akan menyaksikan bagaimana kehidupan rakyat Korea kuno di zaman dahulu. Kerana di sinilah sejarah Korea bermula hingga akhirnya terpecah dua dan saling bermusuhan.

Ternyata, Korea Utara juga mempunyai banyak tempat menarik namun difahamkan untuk melancong di negara komunis ini, pelancong tidak dibenarkan bebas melancong tanpa pengiring iaitu dikalangan rakyat Korea Utara sendiri. - CARI



15

Bagus
19

Marah
36

Terkejut
12

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 8-3-2017 05:30 PM
Tak berminat nak kesana buat masa ni
Quote aznizazzadele 8-3-2017 05:33 PM
boring jer
Quote pistolairAbah 8-3-2017 05:38 PM

wadehekk.. bagi tiket free pun x hengin ke sana. setakat bangunan2 lama baik pi kuala kangsor



Quote shanshero 8-3-2017 06:25 PM
keras kejung je pemandangan dia
Quote AbukRokok 8-3-2017 06:57 PM
malaysian lbh minat pergi selatan untung untung ketemu aktor kacak dan aktress seksi kpop.
Quote CiliPadiSedap 8-3-2017 06:57 PM
cari forum tak de sensitiviti langsung ye..
Quote AbukRokok 8-3-2017 06:57 PM
korea utara xde lee min ho...
Quote felinecat 8-3-2017 07:09 PM
time2 ni nak promot korea utara!
Quote RatuDunia94 8-3-2017 09:21 PM
AbukRokok replied at 8-3-2017 06:57 PM
malaysian lbh minat pergi selatan untung untung ketemu aktor kacak dan aktress seksi kpop.

Sebenarnya wajah dorang sama je baik utara or selatan.. Cumanta yg selatan dh byk polish plus operate sana sini.. Pastu industri hiburan kt selatan lbh meriah..
Quote WhiskeyScotch 8-3-2017 10:21 PM
Not in my list.
Quote mrizumi 8-3-2017 11:41 PM
Xda feel nk ke sana..xmenarik..
Quote DeeHanania 9-3-2017 12:11 AM
X berminat...
Quote babyface_beauty 9-3-2017 06:39 AM
Curious nak tau cara hidup mereka
Quote obical 9-3-2017 08:25 AM
Belum teringin nk pegi
Quote kaspar0v 9-3-2017 10:12 AM
pompuan korea utara tak lawa mcm korea selatan. korea selatan ada plastik surgeri
Quote reeny 9-3-2017 12:56 PM
tak pernah berminat nk ke sana..
Quote clara_nur 9-3-2017 02:41 PM



https://www.thevocket.com/travel-ke-korea-utara/

kt sites ni lagi byk gmbar2 psl korea utara ni..

Quote Sooooooo 9-3-2017 03:49 PM
Korea utara mcm kashmir...xde pe sgt cuma pemandangan semulajadi. Pencemaran kurang coz kenderaan xde. Better pilih kashmir
Quote Leo_Gurlz 9-3-2017 05:27 PM
Macam bosannn jeee. Tak ada benda yg menarik

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.151823 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top